Bukan soal siapa yg patut menjadi isu…
KERJA TANPA GAJI ANAK BERANAK PATUT DIPERSOALKAN
Heboh di media sosial mengenai perlantikkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kpd Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Jika semalam saya menulis mengenai bukan perkara luar biasa seorang Presiden memecat atau mematikan karier politik seterunya… hari ini isu nepotisme.
Sekali lagi saya ingin bertanya adalah ia isu yg luar biasa atau yg baru pernah di dengar oleh kita semua? Jika ingin berbicara soal nepotisme ini mari kita lihat sejarahnya….
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pernah melantik anaknya, Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat Aid4Palestine. Akmal Kamaruddin yg juga menantu Hadi dilantik menjadi Exco Perak.
Anak Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017 dan bertanding di DUN Batu Buruk.
Tidak silap menantu TGNA, Ir Haji Abdul Ariffahmi Abd Rahman pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) pada 20 September 2009. Selain daripada itu beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dan agensi tempatan.
Itu belum Mahathir lantik anak jadi MB, Pak Lah lantik menantu bekerja di PMO dan lain2… Jadi adakah ia sesuatu yg pelik?
———————————————————————————-
Bagi saya bukan soal anak siapa? Yg penting integriti yg kita mahukan. Integriti maksudnya bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yg kuat.
Di sebalik perlantikan ini isu yg patut kita berasa kagum apabila kedua beranak ini benar2 ikhlas mahu membantu memulihkan ekonomi negara dgn dibuktikan mereka tidak mengambil satu sen pun duit rakyat utk dibayar gaji.
Tiada org bekerja tidak mahu dibayar gaji. Tapi mengapa mereka mahu bekerja tanpa bergaji utk rakyat dgn menyumbangkan tenaga, masa dan idea semata mata utk fokus utk memulihkan ekonomi.
Ia jauh lebih mulia daripasa org yg dilantik dan diberi gaji berpuluh ribu tetapi tidak bekerja. Jika bersoal kpd hukum yg mana makan duit haram? Kerja tak dibayar gaji atau bergaji tetapi tidak bekerja???
Ia boleh dijadikan isu jika berlaku korupsi mencuri wang rakyat utk mengkayakan keluarga. Jika bekerja tanpa gaji dijadikan isu ia pelik berbanding daripada org lain merompak harta rakyat berbillion billion dipandang sebagai hero.
Pandangan saya beri peluang kpd Nurul Izzah dlm tempoh setahun ini membuktikan kemampuannya membantu memulihkan ekonomi negara. Jika dia gagal atau korup barulah kita pertikaikannya.
Lagipun dia hanya sekadar adviser yg tak bergaji saja bukannya sebagai Menteri Utara atau Selatan negara. Dia hanya penasihat yg tiada apa2 kuasa memutuskan keputusan. So what is the issue?
Jgn terpengaruh dgn cybertrooper lawan. Mereka boleh org lain tak boleh. Anak dia ok anak org lain nepotisme.
Bila Anwar tolak gaji PM dan sebagai Menteri Kewangan dan Izzah tidak bergaji… kita patut berbangga kerana kedua mereka benar2 walk the talk. Yg penting bagaimana kita mengawal persepsi ini.
Apa itu nepotisme? Definisi nepotisme amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb. Maksudnya jika beri jawatan kpd kawan2 yg kita kenal pun nepostisme la juga. Jadi…?
Bagi saya nepotisme itu bermaksud menafikan hak org lain dan hanya mengkayakan keluarga diri dgn kuasa yg ada.
Jika itu berlaku saya akn paling kuat bersuara mengenainya… noktah. Tanya saya tidak berasa bimbang dgn lantikan ini kerana kedua anak beranak ini tiada rekod rompak wang rakyat.
No comments:
Post a Comment