Dah makin parah rupanya penyakit mental Sanusi ni. Sebelum ni kata dilarang sertai acara Kerajaan Persekutuan. Bila minta bukti, dia kata pegawai dia dah tengok surat tu. Tapi setakat tengok je la.
Padahal Menteri KKD, Fahmi Fadzil dah kata tidak ada larangan tersebut. Malah Fahmi sendiri jemput semua anggota kerajaan negeri sertai acara yang dianjurkan oleh KKD. Tiada masalah pun.
TPM Zahid pun kata tak ada pekeliling yang larang Sanusi ikut acara kerajaan pusat. Malah Zahid siap minta Sanusi tunjuk surat yang larangan tersebut sekiranya betul wujud.
Malah Menteri Besar Terengganu juga berkata yang dia tidak ada masalah menyertai mana-mana acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Pusat. Dia sendiri tak mengalami larang seperti yang didakwa Sanusi.
Tak habis di situ, Sanusi bikin gempar lagi konon majlis berbuka puasa yang dianjurkannya pula telah dihalang hinggakan dia terpaksa tukar lokasi acara dari MAEPS ke Kuala Lumpur. Tapi betul ke?
Rupanya tempat yang diwar-warkan itu belum rasmi lagi. MAEPS pun belum keluarkan sebut harga lagi. Entah macamana Sanusi dah kata jadi dan boleh pula sebarkan poster tentang acara itu.
Nampak sangat Sanusi bermain sentimen di sini. Dia yang cipta isu, kemudian dia talakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dengan niat supaya rakyat lihat kerajaan sebagai jahat. Samalah taktik dengan Mahathir dalam kes Proklamasi Melayu yang dia dakwa dihalang.
Tapi begitulah cara PAS. Meskipun tak mampu beri bukti dan ada penafian dari pihak terbabit, mereka masih mainkan isu itu. Tak kisah walaupun itu dah seakan memfitnah asalkan hasrat mereka tercapai.
Ketua Pemuda PAS Kedah tak semena-mena buat kenyataan yang keputusan halang Sanusi hadiri LIMA'23 perlu dikaji semula. Nak kaji apa kalau dia tak dihalang pun. Nampak tak cara dia reka isu?
Mereka akan terus mainkan isu ini agar fitnah jadi sehampir realiti. Kemudian mereka gunakan isu itu sebagai kempen. Begitulah modus operandi mereka yang seperti tak percaya wujudnya Hari Akhirat.
Sebab itu bila datang berita daripada puak ini, kena ambil masa untuk percaya. Mereka tak kira berita sahih atau fitnah. Mereka langgar semua kerana mereka lebih takut kehilangan kuasa dari mendapat dosa. Guane boh?
Raja Gelap
.
No comments:
Post a Comment