TUKAR
Ada kawan2 di kedutaan, yang dok text saya sepanjang 2 minggu ini. Tanya2 pasal gossip politik. Ada juga sahabat berlainan parti tetiba tanya khabar. Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?
Jawapan saya standard, ”not in the near future”. Ini semua psywar saja.
Kenapa?
1. Sejak ada pindaan Perlembagaan mengenai lompat parti, pihak Istana takkan terima personal SD (iaitu dokumen sokongan MP untuk lantik Perdana Menteri). Setiap sokongan kepada Perdana Menteri perlu dibuat melalui parti.
NB- ini saya akan buat posting undang2 mengenainya sebentar lagi.
2. Kalaupun nak tukar PM, kena buat undi tidak percaya di lantai Dewan Rakyat. Pihak Pembangkang perlu masukkan usul 2 minggu sebelum Parlimen bermula. Maknanya usul dah perlu masuk minggu ini. 22hb Mei akan bermula. Tapi apa pun tak dibuat lagi.
3. Kita dengar nak tumbangkan Kerajaan sejak awal penubuhan Kerajaan Madani lagi. Mula2 Hadi kata dalam masa 3 bulan. Nothing. Pastu katanya sebelum bulan puasa. Nada! Alih2 ada yang kata ada yang nak letak jawatan 5 Mei, nothing juga. Ini sembang “a boy who cried wolf” namanya.
4. Beberapa Little Birds bagitau saya. Dari pelbagai sumber. Psywar ini dibuat kerana dalam blok Pembangkang pun ada banyak masalah. Ada yang over sampai cakap, seperti retak menanti belah.
A. Dalam blok Bersatu, semua orang tahu DS Hamzah dan DS Azmin Ali tak sebulu. Mereka aiming untuk jadi nombor satu. Ada satu little bird bgtahu SD yang kononnya dah dibuat, bukan letak nama TSMY pun. Nama Hamzah pulak yang naik, tapi tak semua berkenan dengannya. Ada sailang menyailang juga.
B. Ramai pemimpin Bersatu terkesan dengan kes Hoi Ya Hoi mereka. Sejak akaun Bersatu kena sita, banyak benda tak jalan. Ramai yang pikir kan tengkuk mereka saja. Takut rumah diketuk SPRM. Hamzah pun mereka kata dah mula slow down. Sebab kes anak dia.
C. Hubungan Bersatu dengan PAS tak sekukuh dulu. Tiada lagi event bersama TGHH dan TSMY. Mereka pergi event jumpa orang lain pun asing2. Standard la set PAS ni, geng parasit politik. Bila Bersatu tiada duit, mereka sure akan kalih orang lain. Itulah yang dibuat sepanjang 30 tahun ini.
D. Dalam kem PAS pun banyak fractionnya. PAS Kelantan dikatakan mula dah sabo TGHH, berlari untuk cari peluang dengan PMX. Ini termasuk keluarga dan saudara mara TG Nik Aziz. MB mereka pun sama. Mencari nyawa juga.
E. Di Terengganu, anak menantu TGHH pula tak satu kem dengan MB Terengganu. Perang dingin sama. Walaupun PRN ni PAS confirm menang di sana.
F. Mereka kata, ada gerakan oleh 2 Tun nak tumbangkan Kerajaan. Itu pun susah juga. Walaupun berduit, penentuan PM mereka sure nak jadi puppet master.
G. Tambah satu Tun ni fussy orangnya. Yang jadi PM nanti habis akan dikacaunya. Akan ada banyak benda tak kena. Yang nak naik jadi PM pun pikir dua kali. Kalau 2 Tun ni bantu dia, sure terhutang budi. Apa yang mereka nak kemudian hari? Makanya, konklusi saya susah nak jadi.
Jadi berdasarkan ini cerita, saya simpulkan, cerita ada nombor ni sembang saja. Itu saja idea yang mereka ada buat masa ini. Nak bangkang tak banyak isu lagi. Semua artificial. Bukan level 1MDB.
PMX pun redha saja lah. Bukan tak biasa. Masa dia jadi Pembangkang pun cerita sama. Cerita ada nombor sejak tahun 2008. Katanya sampai MP2 UMNO lari ke Taiwan.
Strong, convincing and formidable number, yang dok diulang. Tapi nasib baik juga masa tu Kerajaan tak pernah tumbang.
La ni, PMX kena la seimbang. If you can give one, you can take one. Mungkin sebab tu dia pun macam chill saja. Perhaps dia tahu ini semua trick lama 😅
Kita yang dibawah perlu tetap nilaikan prestasi mereka. Sama ada Kerajaan atau Pembangkang.
Set2 sembang kencang, kita letak ke belakang. Come PRU16, kalau tak perform kita tendang 😊🙏
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- To be fair, sat lagi saya letak gossip politik sebelah Kerajaan juga. Mereka pun ada gaduh sama.
No comments:
Post a Comment