Friday, June 23, 2023

FITNAH.. MINTAK MAAF.. SELESAI..! MANA BOLEH SELESAI.. SAMAN SAMA DEPA..!


 FITNAH.. MINTA MAAF.. SELESAI?

Semalam seorang Adun Parti Islam telah memuat naik suatu tulisan di facebook milik beliau yang mengatakan Perdana Menteri melantik YB Seputeh Teresa Kok sebagai Pengerusi baru Felda.

Felda menafikan perlantikan, justeru Adun tersebut meminta maaf dan menyatakan tulisan dan siaran tersebut dibuat oleh admin yang menguruskan facebook tersebut.

Adakah tulisan tersebut fitnah? Untuk mengetahui sesuatu tulisan itu fitnah atau tidak, perlu lihat kepada tiga (3) asas utama iaitu :

a) Adakah kata-kata tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah?

b) Adakah kata-kata merujuk dan/atau ditujukan kepada Plaintif?

c) Adakah kata-kata dikeluarkan dan/atau diterbitkan oleh Defendan?

A) Adakah kata-kata (siaran) tersebut mempunyai unsur fitnah?

Adun tersebut menulis 

"Di Kawasan Dun Kubu Gajah tempat saya ada Felda Ijok. Ramai sahabat dan kawan saya anak jati Felda tinggal di situ ada juga tinggal di luar kawasan. 

Hari ini dimaklumkan Pengerusi Felda telah ditukar ke YB Teresa Kok menggantikan Tan Sri Idris Jusoh."

Selamat berkhidmat"

Siaran tersebut dimuatnaik bersama dua (2) gambar iaitu surat pembatalan perlantikan dan poster ucapan tahniah perlantikan.

Perlantikan Teresa telah dinafikan sendiri oleh Felda, justeru tulisan Adun tersebut adalah tidak benar dan fitnah.

Apa itu fitnah?

Mahkamah Rayuan pernah memutuskan bahawa :

Libel is a tort actionable per se, ie without proof of actual harm. In other words, damage is not an ingredient of the tort. The law presumes that when a man's reputation is assailed, some damage must result. Evidence about the extent of that damage is admissible. But evidence that purely speculates is not. That, in a gist, is the effect of the passage cited.

B)Adakah kata-kata merujuk dan/atau ditujukan kepada Plaintif?

Siapa Plaintif? Plaintif ialah orang yang akan menuntut atau orang yang terkesan dengan fitnah. Dalam isu ini, ianya mungkin PM sendiri atau Teresa Kok atau Felda.

Tulisan Adun merujuk kepada surat pembatalan oleh PM dan perlantikan Teresa sebagai Pengerusi Felda dan Felda sebagai pihak yang menerima Pengerusi baru.

Jadi ketiga-tiga ini boleh mengambil tindakan kerana tulisan merujuk kepada mereka.

c) Adakah kata-kata dikeluarkan dan/atau diterbitkan oleh Defendan?

Tulisan dimuatnaik di facebook milik Adun yang jelas tertera nama dan gambar beliau. Malah beliau telah muat naik permohonan maaf yang membuktikan facebook itu milik beliau.

Siaran tersebut boleh diakses dan dibaca oleh masyarakat awam seluruh dunia.

Tiga elemen fitnah dengan mudah dibuktikan.

Maaf? Adun tersebut membuat permohonan maaf. Adakah boleh dianggap selesai?

TIDAK, permohonan maaf tidak menyelesaikan kes kerana "damage" sudah berlaku. Permohonan maaf boleh dikira sebagai "mitigasi" bukan menutup kes.

Kalau aku, aku saman malah aku minta polis ambil tindakan atas fitnah jenayah. Biar dia ada akai.

Suka-suka hati dia saja nak fitnah orang.

ZULHAZMI SHARIFF

No comments:

Post a Comment