Friday, June 30, 2023

MENJAWAB FITNAH KATAKAN SELAMA 7 BULAN PMX TAK BUAT APA..!


 Kempen terbaharu walaun. Lemah. Tuduhan yang tak disertakan fakta.

Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu, kalau perhatikan, point ketiga, keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif. Belum belum terjadi pun. Ini menjurus kepada fitnah.

Ok, ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh. PM dah jawab, Rafizi pun dah jawab. Aku tak mahu sentuh aspek teknikal. Aku cuma nak tanya, kesan apa yang kita rasa?

Kita risau bila ringgit jatuh akan buat ekonomi juga jadi merudum. Barangan yang diimport akan jadi mahal. Itu adalah kesan langsung kepada marhaen.

Tapi itu tidak berlaku. Ekonomi terus berkembang. Malah tertinggi di rantau ini. Begitu juga inflasi kian turun. Jadi terendah berbanding semenjak PN curi mandat rakyat.

Nak ringgit naik, kerajaan boleh je naikkan kadar faedah. Tapi nanti banyak syarikat kecil terjejas, susah bayar hutang, jadi untuk cover kerugian, mereka naikkan harga barang. Nak ke jadi begitu?

Soal jual saham pun sama. Aku nak tanya, apakah kesannya kepada kita marhaen? Dah ada yang kena buang kerja ke? Walaun tak usah acah-acah main saham la. Fokus kepada diri sendiri.

Point ketiga dan keempat, macam aku kata tadi, ia berbentuk spekulatif. Tapi kerajaan dah tegaskan yang harga beras tempatan adalah kekal. Ia harga kawalan. Tak boleh naik sesuka hati.

Yang naik beras import. Kalau walaun jenis miskin dan tak mampu makan beras mahal, belilah sajalah beras tempatan. Nak meroyan harga beras import naik tu kenapa? Lupa diri?

Harga makanan di restoran naik, janganlah makan di restoran. Masak sendiri. Bawa bekal. Sekarang harga ayam, telur, minyak masak semua dah murah berbanding zaman PN.

Jadi kalau masak sendiri, tak adalah terkesan mana pun. Yang walaun tak sedar diri, dah tak mampu tapi nak hidup cara orang kaya tu kenapa? Gila?

Harga susu formula dan lampin pakai buang naik diam-diam. Aku nak tanya, dua benda ni barang kawalan ke? Kalau tidak, jadi janganlah disalahkan kerajaan. Tapi salahkan diri sendiri yang support.

Ini basic ekonomi. Supply and demand. Kalau susu dan lampin tu mahal, beli yang murah. Bila tak laku, dia akan turunkan harga. Nak lebih murah, susu ibu. Pakai lampin kain.

Itu masalah pengilang dan pengedar. Yang walaun nak salahkan kerajaan kenapa? Walaun ingat ini negara komunis ke? Negara komunis pun tak kawal harga semua barangan.

Ketujuh, Menu Rahmah bakal berkubur. Tapi sudah berkubur atau belum? Belum, kan? Lagipun, menu ini inisiatif Kerajaan Perpaduan. Bukan sedia ada semenjak dari merdeka lagi pun.

Menu Rahmah ni antara matlamatnya, untuk gesa harga makanan lain diturunkan. Ingat tak, lepas menu ini diperkenalkan, banyak kedai yang turunkan harga makanan mereka.

Bila harga makanan lain dah turun, jadi menu ini pun makin lama makin kurang sambutan. Rakyat dah mampu makan kedai biasa. Jadi matlamat tercapai. Apa masalahnya di situ?

Bil elektrik melambung ni aku dah ulas sebelum ni. Aku dah buktikan tiada kenaikan tarif. Boleh periksa bil sendiri. Jadi kalau bil melambung, itu maknanya sendiri pakai banyak.

Kalau kata TNB menipu, itu salah TNB. Boleh report polis atau saman TNB. Sebelum sebelum ni pun, bil elektrik naik disalahkan TNB. Tiba sekarang ni pulak salahkan kerajaan. Niat jahat ke?

Tarif kekal, jadi kerajaan dah jalankan tugas. Tapi jangan lupa, Taki pernah cadangkan kaji semula tarif elektrik. Nasib baik tukar kerajaan. Kalau tak, lagi tinggi bil sekarang ni.

Akhir sekali, subsidi. Ini menyentuh golongan maha kaya. Kerajaan sedang sediakan klasifikasi baharu. Akan ada susunan semula. In fact, yang sekarang tergolong dalam T20 pun bakal terkeluar daripada senarai maha kaya tersebut.

Bermakna yang akan tak dapat subsidi nanti sikit saja bilangannya. Cuma mereka yang pendapatan boleh belanja mereka tinggi sahaja. Bermakna duit lebihan gaji tu banyak.

Yang walaun nak marah kenapa? Berapa ramai walaun termasuk golongan maha kaya? Masa PN nak hapuskan subsidi untuk T20 dulu, walaun juga yang sokong. Walaupun sebenarnya ramai T20 tak mampu. Walaun siap hina T20 yang pakai RON95.

Tiba sekarang ni, potong untuk golongan maha kaya, yang gajinya banyak lebih, walaun melenting pulak? Nampak sangat yang walaun ni tak ada arah pun dalam perjuangan.

9 isu yang dibangkitkan ni, tak ada satu pun yang kukuh. Malah majoriti tak valid. Tapi begitulah PN. Tak kisah soal fakta. Yang penting cipta persepsi. Siapa bodoh, dia akan percaya. Guane boh?

 
Raja Gelap 

.

No comments:

Post a Comment