Wednesday, June 21, 2023

Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ?


 Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ? Siapa ❓❓❓

INTRO
PMX , Kerajaan Perpaduan sedang bergerak dalam membina STRUKTUR EKONOMI yang baru , sebagai salah satu fokus utama , selain berperang dengan PERASUAH , pembasmian KEMISKINAN.

KERANGKA EKONOMI yang baru fokus kepada Ekonomi DIGITAL , TENAGA DIPERBAHARUI , START UP INDUSTRY , EV dan lain² yang memungkinkan negara menuju status pendapatan tinggi.

Ini semua telah dan sedang dirangka Menteri Ekonomi Rafizi RAMLI dan Kerajaan Perpaduan , katanya dengan data² @DOSM , ia merupakan KEKAYAAN baru ekonomi negara. 

25 tahun , pasca 02Sept 1998 Struktur ekonomi negara lebih berasaskan kepada perindustrian , semikonduktor , elektronik , buruh dan konvensional yang sudah ke arah tahap tepu dan tidak produktif lagi.

MISI
Rafizi hari ini musuh utama sekelompok , ' KAPITALIS UMNO' dari ELIT POLITIK [ tidak berkuasa & tidak diberi kuasa ] dalam UMNO , dan bekas ELIT POLITIK UMNO yang disingkir

I. Rafizi mesti dikeluarkan dari Kementerian Ekonomi. BY HOOK OR CROOK.
II. RAFIZI mesti dikeluarkan dari senarai Menteri 

NARATIF 
Kelompok 'KAPITALIS UMNO' didalam parti , atau diluar parti sedang membina NARATIF 'Rafizi Incompetence'. Ini paling mudah untuk cuba pengaruhi PMX menyingkirkan Rafizi 

OBJEKTIF
I. Menghalang Kerajaan Perpaduan meneruskan PELAN PENSTRUKTURAN semula ekonomi 
II. Mengekalkan struktur ekonomi sedia ada yang berasaskan perindustrian , semikonduktor , elektronik , buruh dan konvensional

SIAPA
Mereka ini disyakki terdiri dari susur galur dan saki baki penyokong DSNR.

Era DSNR , 'Cash is king' adalah 'MODUS OPERANDI' utama. Najib berbelanja BERBILION² untuk kekal berkuasa 2009/2018 dengan membentuk pelbagai platform seperti 1MDB dan lain².

Semua ELIT POLITIK DSNR dibekalkan dengan dana yang cukup besar. Penggerak² utama mewah.

Rasuah bersaiz mega merentasi semua Disiplin , lokasi dan aktiviti , sehingga jamaah Haji pun dirasuah dengan penaja utama nya 1MDB di era DSNR.

RUMUSAN
JIKA Rafizi RAMLI berjaya menukar struktur ekonomi , dalam masa 5 tahun ini , maka saiz ekonomi , saiz perniagaan , saiz perbelanjaan Pembangunan akan tertumpu majoriti nya ke sektor DIGITAL , TENAGA DIPERBAHARUI , START UP , EV dan lain²

Lebih PENTING , JIKA Rafizi RAMLI berjaya , Rasuah [ yang banyak terkait dengan projek² ekonomi kerajaan seperti bangunan , Jalan raya , lebuhraya ] bakal beransur² mengecil dan menutup ruang 'KAPITALIS UMNO' ini.

Perbelanjaan Pembangunan untuk projek [ bangunan , Jalan raya , jambatan dan lain² ] akan mengecil . Ini menyempitkan peluang perniagaan kepada KAPATALIS UMNO ini , yang sudah 40,50 tahun hidup atas nama projek² kerajaan. 

KAPITALIS UMNO ini faham maksud projek ialah merujuk kepada tajuk² kerja berkaitan bangunan [ sekolah , KLINIK , hospital ] , Jalan , lebuhraya sahaja. 

Beberapa contoh TOKOH yang menggerakkan MISI ini boleh dilihat dan telah/sedang menonjolkan diri , mutakhir ini hingga Ogos / september , iaitu ura² perubahan kabinet selepas PRN 

'KAPITALIS UMNO' akan beransur² mati bila struktur ekonomi baru yang telah dan sedang dibangunkan kerajaan Perpaduan ini berjaya. Ruang Rasuah makin sempit. 'KAPITALIS UMNO' tidak reti struktur ekonomi baru. Untuk belajar dan jadi mahir mengambil masa yang lama. 

MISI PMX memerangi RASUAH berprestasi tinggi #GAGAL , JIKA 'KAPITALIS UMNO' ini berjaya 

CATATAN
Ini lah MUSUH terbaru Kerajaan Perpaduan yang telah berani memunculkan diri. 

cc
PMO Malaysia 

Anwar Ibrahim 

Rafizi Ramli

No comments:

Post a Comment