Monday, July 17, 2023

Apabila Walaun ULAS bab internet StarlinkX dengan line internet fiber dalam negara...!!!!

 


Menulis di Facebook sebab postingan ini di Facebook. Nak komen tapi @Musa Sabri tutup ruang komen. 



Dangkal dan bodoh bila bandingkan Starlink dan WiFi yang kita selalu guna. Pertamanya berbeza teknologi. Starlink guna satellite signal dan WiFi yang kita selalu guna ni wave frequency via fiber. 

Dari segi kelajuan mungkin Starlink ada sedikit kelemahan nak dibandingkan dengan fiber connection, tapi dari segi kos keseluruhan, Starlink lagi jimat sebab dah fiber memerlukan kos yang tinggi bila melibatkan infrastruktur.

Di kawasan yang tak ada coverage, kena pasang tower baru, kena buat routing fiber, kena setup node station untuk letak switches. Kita selalu nampak modem yang pasang dalam rumah kita saja, nak sampai ke rumah kita banyak lagi benda kena pasang. Harga sebiji tower, switches dan cable bukan RM40 tuan puan. Ratus ribu. 

Ini baru bercakap soal infrastruktur

asas. Belum masuk macam mana nak kekalkan kelajuan internet di tempat yang besar macam sekolah dan universiti. Dalam rumah kita kalau pergi dapur atau luar rumah pun internet dah slow, bayangkan sekolah yang besar. 

Nak laju kena pasang WiFi Mesh. Bila kawasan besar mesh tu tak disarankan connect guna WiFi juga sebab kelajuan akan turun. Kena tarik cable juga antara mesh-to-mesh. Kos lagi. 

Ini baru dari segi teknologi. Kalau dari segi harga pula, harga internet untuk homeowner macam unifi, maxis semua ni berbeza dengan industrial punya. Sebab apa ? Sebab sebab² di atas inilah. 

Jadilah bangsa yang berilmu, bukan hentam keromo saja. Sekian.

LINK

No comments:

Post a Comment