Tuesday, July 11, 2023

Harga Barang Naik.. Apakah Mainan Persepsi Walaun Nak Burukkan PMX?


 posting wall Tuan Guru Mat Alishah

BETULKAN HARGA BARANG NAIK

Ada usaha bina persepsi terhadap kerajaan yang terbaharu. Kononnya sebelum ini belanja RM200 dah cukup sekarang RM500. Tapi aku nak tahu dia rujuk tahun bila sebenarnya? Tahun 90an ke?

Kenaikan harga barangan menggila ketika Abdullah Ahmad Badawi jadi PM di mana subsidi petrol telah dihapuskan sepenuhnya. Harga runcit bahan bakar itu meningkat hingga ke RM2.70 seliter.

Selepas dari itu, harga semua barangan meningkat. Harga teh tarik pun naik. Tak percaya tanya KJ. Masa tu bapak mertua dia jadi PM. Dia pun bukan main kempen suruh rakyat terima hakikat subsidi mesti dihentikan masa tu. Ya, KJ yang korang suka sangat tu. Dia pun anti subsidi masa tu.

Aku ni jenis pergi sendiri ke pasar. Selalunya aku pergi satu family. Dan aku tak pergi satu tempat je. Di JB ni, ada kala aku ke Smart, kadang pergi pasar Orang Asli di Bakar Batu. Tak pun pasaraya seperti Hero Market dan Maslee pun ada. Semua aku pergi.

Bukan baru ni je. Aku dah pergi dari tahun 90an lagi. Dari sebelum kahwin sampai anak aku dah habis SPM. Jadi aku memang akan perasanlah kalau ada kenaikan harga barangan.

Memang ada peningkatan harga tapi bukan baru 7 bulan ni. Dah lama. In fact, dalam tempoh 7 bulan ke belakang ini, aku nampak harga barangan jauh lebih murah dari tahun lepas. Bekalan pun cukup.

Begitu juga makan di kedai. Rumah aku ni, setiap hari Sabtu memang dapur tak berasap. Daripada pagi sampai ke malam makan di kedai. Kalau tak keluar pun, akan order guna aplikasi telefon.

Aku pergi semua jenis kedai. Restoran makanan segera, restoran mamak, restoran Melayu, warung tepi jalan, semua aku pergi. Asal ada kawan kata situ makan sedap, aku cuba. Yang penting halal.

Orang nak kata harga makan siap naik, memang ada tapi bukan 7 bulan ni. Sebelum ni lagi dah naik. Paling gila masa Malaysia jadi penjara. Rakyat kena kurung macam banduan. Siapa PM masa tu?

Dalam tempoh PKP, order makanan melalui aplikasi Grab ataupun Food Panda, memang nampak harga jadi mahal semua. Tapi waktu itu aku fikir mungkin sebab kos penghantaran dan atas faktor bekalan susah nak dapat. Tapi lepas habis PKP pun harga masih begitu juga. Tak turun-turun.

Lebih masalah, selepas PKP bahan mentah seperti ayam, telur, minyak masak dan banyak barangan lain tiada di pasaran. Permintaan pula tinggi dan itu menjadikan harga barangan meroket.

Syukurlah selepas Kerajaan Perpaduan terbentuk, banyak harga dah kembali kepada asal. Tapi yang aku pelik, masa harga barang tinggi, walaun bisu. Bila harga dah turun baru walaun ada mulut. Otak mereka terbalik ke camne?

Nak tahu kedai makan baru naikkan harga, senang saja. Tengok di buku menu mereka. Kalau ada sticker harga baru yang tutup harga lama, maka itu maknanya kedai tu dah naikkan harga hidangan.

Kalau sticker tu baru lagi, maknanya baru naik tu. Kalau sticker dah buruk, maknanya dah lama naik. Kalau tak ada stiker tutup harga tapi buku menu tu dah buruk, maknanya harga tu harga lama la.

Mungkinlah... Walaun ni masa Mahiaddin PM dulu, mereka tak mampu langsung nak makan di kedai. Sebab memang masa PN memerintah ramai orang jadi miskin. Jadi walaun tak tahu kenaikan harga.

Tapi bila Kerajaan Perpaduan terbentuk, belanja mereka dah dapat jimat, baru walaun mampu nak makan di kedai. Sekali tengok terus terperanjat beruk sebab harga lebih mahal dari sebelum PKP.

Atas sebab kedunguan yang memang sifat semula jadi walaun, mereka terus salahkan kerajaan yang ada. Sedangkan harga menggila masa Mahiaddin jadi PM. Tapi dia tak tahu sebab Mahiaddin buat mereka jadi papa dan tak mampu makan di kedai.

Usah dilayan permainan persepsi walaun. Mereka burung kakak tua. Cuma tahu sebut apa yang diajar tapi sendiri tak faham apa yang dia cakap. Jangan bodohkan diri percaya cakap walaun. Guane boh?

 
Raja Gelap 

.
Lihat apa jawapan PMX dan HADI AWANG bab kenaikan harga barang..

iklan..

Ulasan PMX

Ulasan Hadi Awang


No comments:

Post a Comment