Monday, July 10, 2023

KXP oh KXP - Hangpa paham dak lagi atau saja buat-buat tak paham..?


1. MULA-MULA HANGPA BACA KENYATAAN MEDIA MUKHRIZ NIE DULU DAN PAHAM DULU APA DIA KXP NIE..

KENYATAAN
 PRESIDEN PARTI PEJUANG TANAHAIR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JITRA
 
“USAH RETORIK MENGENAI KXP, HENTI UMUM PROJEK MEGA YANG TAK MENJADI. BAIK SANUSI TUMPU SELESAI MASALAH YANG SEMAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT.”
 
1. Saya merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor kepada soalan saya berkenaan bayaran deposit untuk pengambilan tanah bagi tujuan Kulim International Airport (KXP) yang sepatutnya dibayar oleh pihak Kumpulan ECK. YAB Menteri Besar telah menyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada November 2021 bahawa Kumpulan ECK akan membayar lebih RM2.0 bilion untuk tujuan itu. Bagaimanapun, saya mendapat pengesahan bertulis daripada Kerajaan Negeri bahawa Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun Kerajaan Negeri.
 
2. Sebagai latar belakang, pada Januari 2020 kawasan tanah seluas 3,982 hektar di Sidam Kiri, Kedah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dibangunkan sebuah lapangan terbang kargo antarabangsa serta kawasan perindustrian berkaitan sektor penerbangan, logistik dan pengeluaran.
 
3. Setelah Kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional pada Mei 2020, beberapa ketetapan utama berkenaan KXP telah diubah. Antara lain, pada 2 Ogos, 2021 Kerajaan Kedah telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan Kumpulan ECK untuk membina lapangan terbang KXP itu. Sebuah syarikat bertujuan khas, yang mana Kumpulan ECK memiliki 80 peratus ekuiti, telah ditubuhkan.
 
4. YAB Menteri Besar mengumumkan bahawa projek ini akan siap dibina pada tahun 2026, selepas mana lanskap ekonomi Kedah akan menyaksikan perubahan besar. Beliau juga berkata bahawa fasa pertama projek ini akan menelan belanja sebanyak RM6.0 bilion yang juga melibatkan kos perolehan tanah.
 
5. Apabila saya bertanya kepada YAB Menteri Besar semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada November 2021, beliau memberikan jaminan bahawa Kumpulan ECK akan membayar RM2.0 bilion kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pengambilan tanah. Tempoh bayaran tersebut sangat penting kerana Kerajaan Negeri telah pun meletakkan tanah yang dikenalpasti di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menghalang sebarang transaksi ke atas tanah tersebut antara pemilik tanah dengan mana-mana pembeli. Sekatan Seksyen 4 ini hanya boleh dikuatkuasakan selama dua tahun sahaja. Selepas itu Seksyen 8 akta sama perlu diwartakan, di mana bayaran perlu dibuat sekiranya pengambilan tanah tidak dibatalkan sebelum itu.
 
6. Kerajaan Kedah kini menjawab soalan saya bahawa Kumpulan ECK tidak membuat sebarang bayaran. Walhal pada hari yang sama sewaktu perjanjian perkongsian antara Kumpulan ECK dan Kerajaan Kedah ditandatangani, Kumpulan ECK juga telah memeterai perjanjian dengan Ivory Properties Group Berhad untuk membangunkan komponen perumahan di AirportCity dan Aerotropolis di Kedah, melibatkan tanah seluas 135 ekar.
 
7. Sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, Ivory Properties telah membuat deklarasi bahawa salah satu syarat yang dikenakan ke atasnya oleh Kumpulan ECK ialah pengeluaran jaminan korporat tidak melebihi RM1.0 bilion di atas nama KXP AirportCity Holdings. Jaminan korporat itu perlu sah sehingga Julai 31, 2022. Setahu saya tiada pengeluaran jaminan korporat dikeluarkan oleh Ivory Properties kepada KXPACH.
 
8. Kebimbangan saya ialah sambil Kerajaan Kedah mahupun KXPACH tidak menerima barang sesen pun dari Kumpulan ECK mahupun Ivory Properties, Kumpulan ECK telah pun meraih keuntungan atas angin dengan “menjual” projek perumahan kepada Ivory Properties.
 
9. Terkini, YAB Menteri Besar tampak tidak yakin projek KXP Aerotropolis akan mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan. Jawapan Menteri Pengangkutan kepada soalan saya selaku Ahli Parlimen Jerlun pada Sidang Dewan Rakyat juga mengesahkan jangkaan itu. YB Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa suatu Pelan Perkhidmatan Penerbangan Nasional perlu dikaji dan diluluskan terlebih dahulu sebelum sebarang ketetapan dibuat berkaitan KXP.
 
10. YAB Menteri Besar memaklumkan kepada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini bahawa tempoh kajian tersebut adalah selama tiga tahun. Kajian belum dimulakan. Maka, adakah realistik projek ini boleh siap pada tahun 2026 seperti yang pernah diumumkan oleh YAB Menteri Besar?
 
11. Pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah itu juga YAB Menteri Besar menyatakan bahawa konsultan untuk merekabentuk dan menasihati berkenaan KXP, yang dilantik melalui tender terbuka oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, telah ditamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan konsultan baharu. Alasannya, KXP hendak dibangunkan hanya sebagai lapangan terbang kargo sahaja, dan bukan untuk perkhidmatan penumpang. Syarikat Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) yang telah dilantik semasa saya Menteri Besar diiktiraf dunia sebagai syarikat pengurusan dan pembangunan lapangan terbang antarabangsa yang terbesar dan paling berjaya. Siapa konsultan baharu yang menggantikan ADPI yang dianggap oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi sebagai lebih hebat daripada pakar ternama dan diiktiraf dunia itu? Adakah lantikan konsultan baharu itu dibuat melalui tender terbuka?
 
12. Kalau dilihat dari pengumuman demi pengumuman yang saya telah buat semasa berjawatan Menteri Besar, KXP itu adalah lapangan terbang kargo, dan bukannya untuk penumpang. Oleh itu, KXP tidak bersifat saingan kepada perkhidmatan penerbangan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Maka, pengumuman mutakhir YAB Muhammad Sanusi kononnya beliau telah membuat keputusan baharu untuk menukar model perniagaan KXP supaya hanya mengendalikan perkhidmatan kargo adalah tidak masuk akal sama sekali. KXP sememangnya dari asal lapangan terbang kargo. Namun, di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah, perkhidmatan penumpang ditambah dalam skop model perniagaan KXP.
 
13. Kes ini membuktikan bahawa YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinannya tidak cekap, dan tidak mengamalkan tadbir urus yang baik untuk membangunkan Negeri Kedah. Malah keputusan-keputusan yang telah dibuat merugikan Kedah dan membantut pembangunan infrastruktur perhubungan penting untuk seluruh wilayah utara Semenanjung iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.
 
14. YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi harus telus dalam hal ini dan menyatakan keadaan sebenar berkenaan pengambilan tanah KXP di Sidam Kiri. Berterus terang sajalah mengenai KXP. Hentikan retorik seolah-olah projek mega ini akan menjadi kenyataan dan memanfaatkan rakyat, walhal tiada satu apapun yang dibuat untuk menjayakannya. Hentikan sikap suka mengumumkan projek mega yang akhirnya tidak direalisasikan dan sebaiknya, tumpukan kepada masalah rakyat yang sebenar iaitu kos sara hidup yang semakin hari semakin membebankan.
 
Dato’ Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir
Selasa, 5hb April, 2022


2. OK DAH PAHAM ASAL USUL PROJEK KXP NIE KAN... TAK PAHAM JUGAK TAKPA KAMI DETAILKAN KAT HGPA SEBAB KAMI TAU HGPA MEMANG KAKI MALAS MEMBACA PON DAN KAMI JUGA JAWAB PERSOALAN YG SELUANG DOK BISING KAT BAWAH...

  1. PROJEK KXP nie adalah projek KERAJAAN NEGERI
  2. BUJET akan DANA nak bina bukan datang dari KERAJAAN PUSAT
  3. Oleh itu DANA nak bina adalah berdasarkan dari PELABOR yang minat ( LINK : KXP GUNA DUIT PELABOR)
  4. Nak buat projek kena ada tanah.. ada tanah pulak kena bayaq pampasan.. dan duit pampasan pula dari pelaboq ( LINK : SYARIKAT SUNTIK 2BIL UNTUK PAMPASAN TANAH)
  5. Kerajaan Pusat tak terlibat dari segi dana, mencari pelabor dan urusan pembinaannya
  6. Kementerian yg terlibat ialah KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT) dimana kelulusan membina kena dapat kelulusan dari MOT.
  7. Nak dapat kelulusan MOT kena ada PELABUR dan bawa DANA untuk bina KXP
  8. PMX TAK MAU JUMPA dan TAK NAK DENGAQ PENERANGAN MB pasal KXP.. nak jumpa buat apa dah kata ini projek negeri jadi pielah buat... nak buat kena ada pelaboq dan dana...dah jumpa dah ka???
  9. Zaman MUKHRIZ dah ada syarikat sanggup nak bina KXP nie.. iaitu ECK tapi datang MB SANUSI syarikat ECK telah ditamatkan  kebenaran membinannya. ( LINK : ECK TIDAK LAGI TERLIBAT BINA KXP)
  10. Apabila ditamatkan maka MB SANUSI kena buat permohonan baru pada MOT  untuk dapat kelulusan membina.
  11. Jadi berbaliklah pada agenda no.7 dimana proses kelulusan kenalah dilakukan semula...
3. SEMALAM BILAMANA ADA PERJUMPAAN ANTARA MB SANUSI DAN RAFIZI masih lagi dok cerita bab KXP dan RAFIZI dah jawab dengan jelas... ini ada video dia hgpa dengaq laa..

video google



dari YouTube

No comments:

Post a Comment