Saturday, August 19, 2023

MU NAK BANTUAN KA MU NAK ISLEY..?!?


 Ada orang lihat sudah selesai PRN ni, maka berhentilah berpolitik dan tak perlu lagi buat komen2 negatif. 

Saya pula melihat keputusan PRN ini amat membimbangkan kerana ia menyerlahkan pemikiran orang Melayu yg semakin merbahaya. 

Kegagalan PN berkhidmat utk rakyat dan membangunkan negara serta terpalit dgn berbagai-bagai skandal tidak diendahkan oleh orang Melayu. Sebaliknya, sentimen dan emosi menguasai segala-galanya. 

Penunggang agama yg menjanjikan syurga walaupun akhlak mereka buruk dan menabur fitnah yg sahih2 jelas tetap disokong dan dipilih sebagai pemimpin. Momokkan bahawa DAP adalah komunis dan ingin merampas hak orang Melayu tetap dipercayai walaupun Gerakan jauh lebih ekstrim dari mereka dan pernah mengheret Pas ke mahkamah atas tentangan Gerekan terhadap hudud.

Persetankan pembangunan negara dan keadilan sosial. Orang Melayu lebih rela hidup dgn air karat yg tidak boleh diminum sampai kiamat. Lantaklah kepada nilai2 murni yg diajar oleh Nabi (saw) asalkan Sanusi yg celupar memfitnah dan menghina orang lain disanjung sebagai hero dan menang pilihanraya. 

Dan yg paling menyedihkan sekali ialah Hadi Awang tetap dianggap maksum hingga segala yg keluar dari mulutnya adalah benar dan wajib ditaati walaupun dia berbohong dan terang2 menunggang agama demi kuasa politik. Skandal2 para pemimpin Bersatu menyakau duit rakyat beratus-ratus juta ringgit ketika mereka buat hidup rakyat jadi sengsara di waktu pandemik Covid pun tidak dipedulikan.

Jika trend pemikiran orang Melayu sebegini diteruskan malah diperhebatkan lagi, yakinlah bahawa negara ini akan hancur sekiranya ia berjaya menewaskan Kerajaan Perpaduan pada PRU 16 di tahun 2028 nanti.

NUKILAN RASA
ADY ANAK MERDEKA

No comments:

Post a Comment