Friday, September 15, 2023

SETAHUN SELEPAS MAHATHIR KAFIRKAN PAS, MAHATHIR KINI PENASIHAT NEGERI2 PAS


 *SETAHUN SELEPAS MAHATHIR KAFIRKAN PAS, MAHATHIR KINI PENASIHAT NEGERI2 PAS.*

1. Hanya setahun (16 Sept 2022) selepas Mahathir amalkan Takfiri belajar dari PAS yang dulu kafirkan UMNO, kini PAS lantik jadi Penasihat (14 Sept 2022).

2. Tersenyum saya pagi ni sambil hirup nescafe. Lucunya politik Takfiri PAS-TunM.

3. Banyak ingatan Nabi bahawa siapa yang kafirkan saudaranya yang muslim maka dialah menjadi kafir.

4. Kini pemikir2 Takfiri bergabung bentuk pasukan 'Ahzab' Ghuluw untuk lawan MADANI. Ibarat Ahzab kepung kerajaan Madinah. Itu jika pinjam cara PAS.

5. Dalil terkini PAS: Abu Sufian yang jahat pun akhirnya masuk Islam. Di Mata saya, ini pakatan Khawarij menentang Saidina Ali.

6. Dalil sentiasa sebelahi mereka dan lawan politik sentiasa bersalahan dengan dalil PAS.

7. Bila perdebatan politik berkisar hal kafir, munafik, lawan Islam, musuh Islam, musuh Al-Quran, mereka perlu guna dalil juga untuk halalkan apa yang mereka haramkan sebelumnya.

8. Aktiviti menjual agama untuk kepentingan dunia berleluasa. Inilah maksud 'Penunggang Agama'.

9. Jika debat idea ekonomi dan polisi untuk bersaing, maka berlawan dan berkawan dianggap bukanlah hal akidah tapi maslahah.
10. Mesej PAS: Negeri PAS tak perlu PMX nak bangunkan negeri, yang diperlukan lawan-PMX iaitu TunM.


Ahmad Mursi
Follow di:
https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid02q7kpbJFE49GNRYQBD9PN7rZGgAsEXtMoFUNPPGsz6U23Q31TKJhQXTAVTFR3SymFl

No comments:

Post a Comment