Wednesday, October 4, 2023

BERAS OH BERAS.. APAKAH MALAYSIA SAHAJA YANG PARAH ATAU DAH BERJANGKIT SATU DUNIA?


 Dalam satu video klip menyebut di Thailand harga beras paling rendah ialah RM37.20 bagi 10 kilo. Thailand adalah pengeluar beras ke 6 terbesar dunia dgn 19.88 juta tan. Namun ia menjadi pengeksport beras kedua terbesar dunia di belakang India.




Kita lihat pula di Indonesia yang menjadi pengeluar beras ke 4 di dunia dengan 34.4 juta tan. Namun Indonesia hanya cukup utk sara diri dan tidak mengeksport beras kerana rakyatnya yang ramai.

Dalam satu screenshot dari Indonesia, rakyatnya juga "menjerit" dengan kenaikan harga beras yang melambung tinggi. Mereka tidak mengimport beras mcm Malaysia tetapi disebabkan penyusutan matawang Rupiah berbanding Dollar Amerika maka komponen pembuatan baja perlu diimport. Ia menyebabkan kos pengeluaran hasil padi meningkat berkali ganda.


Disebutkan purata harga beras ialah Rp12,810 atau bersamaan RM3.84 sekilo. Bermakna untuk 10 kilo harga beras ialah RM38.40

Setengah tempat pula harga sekilo beras ialah Rp15,000 atau RM4.50 yang bermakna RM45 bagi 10 kilo.

Indonesia negara lbh miskin taraf KDNK perkapita. Namun mereka terpaksa makan "beras lebih mahal" dari Malaysia jika diukur dari taraf hidup secara purata.



Cuba fikir dengan waras adakah hanya di Malaysia saja mengadapi masalah kenaikan beras?

China adalah pengeluar beras terbesar dunia dgn 148.99 juta tan tapi China tidak mengeksport beras kerana rakyatnya ramai. Mengikut statistik China hanya mengeskport sejumlah 2.2 juta tan kepada negara tertentu saja. Mungkin ke Korea Utara dan negara sekutu yg lain.

India pengeluar beras kedua terbesar dunia dengan 129.47 juta tan. Namun India adalah pengeksport terbesar beras dengan menguasai 40% pasaran beras dunia.

Setelah India menghadapi gelombang haba di mana petani kurang turun ke sawah dan diikuti oleh kesan El Nino maka penghasilan beras India merosot. Lalu India mengambil langkah menyekat sekitar 10 juta tan atau hampir 50% jumlah eksport berasnya.

Ia bertujuan untuk menstabilkan harga beras dalam negara dan mencukupkan bekalan untuk rakyatnya.

Kalau di Thailand harga beras paling murah ialah RM37.20 bagi 10 kilo dan di Indonesia pula RM38.40 sudah dikira mahal sbb kedua-dua negara adalah pengeluar beras utama dunia.

Tentu kita lebih rasional untuk membandingkan harga beras di Malaysia.

Harga beras di Medan, Indonesia.

Beras premium RP153,590 = RM4️⃣6️⃣.8️⃣6️⃣

Beras medium RP129,900 = RM3️⃣9️⃣.6️⃣3️⃣

“Paling layak di makan ialah beras medium”, kata mereka. Kalau yang teruk lagi. Banyak ulat atau kutunya.

Waduh!

cnp

No comments:

Post a Comment