Monday, December 25, 2023

Busuk Ketua Negara maka busuklah negara...!


 Ikan membusuk bermula dari kepalanya. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kuat kepada Ketua Negaranya. Busuk Ketua Negara maka busuklah negara. 

China bangkit dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara super power hampir disemua bidang setelah China jatuhkan hukuman tembak kepada pesalah rasuah. China dijangka menjadi negara ekonomi terbesar dan terkuat mengatasi Amerika Syarikat 
pada 2028.

Ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selama sebulan pada 1997, beliau telah menggubal akta rasuah yg membolehkan pesalah rasuah didakwa walaupun telah meletakkan jawatan. Beliau seperti WELL PLANED untuk menggunakan akta tersebut sekarang.

Hari ini SPRM sita Menara Ilham milik Daim Zainuddin. Pasti akan ada ramai tokoh yg akan terkait dan terpalit. Ini pasti tidak akan terjadi dibawah pemerintahan sebelum ini. Tidak ada siapa yg berani usik apatah mendakwa Super VVIP sebelum ini walau PM kita silih berganti, tapi tidak kali ini..Gandingan mantap YDP Agong ke-17 dan PMX. Sama2 kita dukung dan beri kedua pemimpin ini peluang untuk mengangkat martabat Malaysia ke Persada Dunia dan kembali menjadi Harimau Asia...Amin...๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช ๐Ÿ’ช

Imbasan sejarah :

Akta Pencegahan Rasuah 1997 Punca Anwar Disingkir

Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.

Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu.

Kenapa?

Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.

Anwar Memerangi Rasuah Semasa Dalam Umno

Anwar telah berusaha membawa usul untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah 1997 di Parlimen yang memberi lebih autonomi kepada BPR dan kuasa meminta Peguam Negara membuka kes yang ditutup namun dihalang oleh PM, Tun Mahathir.

Dalam tahun 1997 juga, Anwar telah memperkemaskan lagi jawatankuasa displin bagi membenteras rasuah dalam UMNO.

Tahun 1997 juga merupakan antara yang terbanyak kes siasatan rasuah dikalangan exco dan ahli UMNO.

11 April 1997, lapan Exco negeri, 3 dari Melaka, 1 dari Kedah, Selangor dan Johor, Pahang dan Sabah disiasat atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Anwar telah mengumumkan pada hari yang sama di Dewan Rakyat kes siasatan BPR ke atas Menteri Besar yang menyeludup wang tunai RM2.4 juta ke Australia.

14 April 1997, skandal salahguna wang RM1.8 juta milik Wanita UMNO menyaksikan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Siti Zainab Abu Bakar dan Setiausaha Wanita UMNO, Senator Habshah Osman dipecat dari semua kedudukan.

9 Jun 1997, Anwar mengumumkan kempen basmi rasuah tidak terhad kepada UMNO sahaja, malah kepada semua komponen BN.
12 Jun 1997, enam exco negeri dan seorang Menteri Sabah disiasat oleh BPR.

4 Julai 1997, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Displin UMNO dalam kes rombongan 49 ahli UMNO Kemaman ke Zurich, Lucerne, Paris dan London.

Perakuan telah dibuat oleh Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bhg Kemaman, Mohamad Abu Bakar tentang pembiayaan rombongan berkenaan pada 29 Mei 1997 dengan belanja sebanyak RM112,700 diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu )

Menteri-Menteri Rasuah Cemas

Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.

Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya. Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas.

Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.

Mungkin macai berkata anwar juga rasuah dalam umno

Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar. 16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai. Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.

Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah?

Orang yang duduk di rumah kaca tidak berani membaling batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah.

Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.

No comments:

Post a Comment