BUKAN MAIN RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH HARI NI BILA DIA JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, TIME HJ HADI MAKAN GAJI BUTA PULUHAN RIBU JADI DUTA TIMUR TENGAH SEMUA MEMBISU. HIPOKRIT!
Kepada yang tak faham, tolong faham sedikit jenis Penasihat yang wujud dalam Negara ni. Ada Penasihat dilantik secara contract off service, ini jawatan sepenuh masa. Kena punch card setiap hari ikut waktu pejabat, bergaji, dapat elaun bulanan mengikut gred serta kelebihan lain sebagai penjawat awam. Mereka tidak boleh menjadi pengarah syarikat sama macam penjawat awam lain. Kalau jadi Penasihat Perdana Menteri, biasanya Gred Turus Tiga, siap kereta dan driver.
Ada Penasihat yang dilantik secara Contract For Service, mereka ini tak perlu punch card tiap hari, boleh berniaga dan jadi pengarah syarikat, tapi masih dibayar gaji, dapat elaun, kereta, driver dan lain-lain kemudahan sebagai penjawat awam contract for service.