Sunday, May 21, 2023

Lelaki itu, mengapa dia dimusuhi?

 


Lelaki itu, mengapa dia dimusuhi?

Catatan : Abu Mishkat

Kerana dia pejuang yang berjuang sejak zaman bujang. Bersuara utk rakyat bawahan yg tak cukup makan... walaupun tanpa jubah dan serban.

Kerana dia cuba merubah keadaan. Masuk dalam kerajaan, menjiwai pelbagai medan perjuangan, menggunakan peluang dan kuasa agar rakyat lebih terbela, menikmati keadilan.

Kerana dia pemimpin Melayu yang tidak menipu bangsa Melayu. Beliau berjuang utk semua rakyat miskin semua kaum dan bangsa. Kesederhanaan diri dan keluarganya disaksikan semua, termasuk mantan duta2 asing dari pelbagai benua. 

Kerana dia tidak mesra dan tidak membela kapitalis dan sang penguasa berharta. Kapitalis pembolot harta negara melalui politik, GLC dan korporat sudah tentu tidak percaya lelaki itu menyebelahi mereka.

Kerana dia telah membuktikan keupayaan menguruskan negara lebih baik dengan pengiktirafan antarabangsa.