Thursday, January 25, 2024

Mengapa panik dan marah skim PENCEN hendak ditukar ke KWSP..?

 


Jangan sampai anak cucu kita merana
DARI PENCEN KPD KWSP SGT WAJAR
Mengapa panik dan marah? Jika utk populis biarkan persaraan pencen diteruskan tetapi tahukah anda menjelang 2040 kerajaan akn terbeban sehingga RM 120 billion setahun hanya utk pemberian pencen sahaja.
Kita mesti sedar beban kerajaan berdepan dgn skim berpencen sebagai contoh pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion dan kemudiannya meningkat kpd RM29.1 bilion pada 2021, ini merupakan beban yg sangat tinggi dan saban tahun akn terus meningkat.
Pada 2018 Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yg tertinggi di Asia Pasifik iaitu seramai 1.6 juta org mewakili 11 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.
Namun kakitangan awam di Malaysia dikira sekali
ketiga tiga sektor ini iaitu petugas kesihatan, keselamatan dan pendidikan. Di mana sektor ini sahaja berjumlah 600 ribu org.
Saya tidak hairan Muhyiddin memberi komen tentang isu ini kerana kita tahu sewaktu dia menjadi PM buat pertama kali dlm sejarah kerajaan mempunyai Menteri paling ramai iaitu 70 org.
Muhyiddin peduli apa beban kerajaan yg penting menjadi PM dgn mengamalkan ‘scheme of things’.
Ia berbeza dgn PMX yg mahu lakukan reformasi yg beliau lakukan bukan sahaja melawan korupsi tetapi turut juga fokus kpd good governance.

𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗨𝗛 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 & 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗨𝗛 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 & 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

✍️ Ahmad Mursi

1. Skim PENCEN tu 'Time B*mb' dan memakan sumber negara yang besar & semakin membengkak.

2. 2022 belanja 27.5bil & 2023 belanja 30.5bil. 2040 dijangka cecah 120Bil.

3. 20 hingga 30 tahun dibayar lepas besara. Mungkin lebih lama. Lepas meninggal pergi ke Isteri. Jika umur 98 Tahun seperti Tun M, itu dah 38 tahun makan pencen.

4. 8% dari budget 2023 untuk bayaran pencen dan trend sedang menaik mungkin cecah 1/10 dari belanjawan negara. Pelarasan pencen kena dibuat seiring dengan kenaikkan gaji.

5. Nak lantik kakitangan awam baru kena fikir besarnya bebanan kerajaan puluhan tahun lepas besara untuk satu jawatan. Setiap 5 tahun, wakil rakyat baru ramai pula dilantik.

Wednesday, January 17, 2024

KERJA NAK BUAT FITNAH AJA, SEDANGKAN HIDUP PUN MEREMPAT..!!!

 


Apabila keperluan hidup dengan kehendak diri sendiri dimana sanggup membuat fitnah demi kepuasan diri dan mencari pengikut...

PELABURAN MALAYSIA DI BAWAH PMX


1. Malaysia adalah sebuah negara destinasi pelaburan yang tersohor di rantau ini, kelebihan kita dipacu oleh kestabilan politik, lokasi strategik, kepelbagaian ekonomi, infrastruktur yang mapan dan tenaga kerja yang mahir.

2. Di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI, negara ini menikmati kestabilan politik yang belum pernah dikecapi sejak dari tercetusnya Langkah Sheraton pada tahun 2020.
3. Kestabilan politik ini adalah penting dalam usaha kita menarik pelaburan masuk ke Malaysia kerana kebanyakan pelabur mahukan sebuah negara yang stabil bagi melindungi kepentingan mereka.
4. Justeru tidaklah menghairankan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kita kini kembali berupaya menarik minat pelabur khususnya dari luar negara.
5. Sepanjang setahun di bawah gabungan PMX dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz pelbagai misi pelaburan telah dijalankan di seluruh dunia.
6. Hasil dari misi pelaburan di negara-negara tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk komitmen pelaburan bernilai RM347 bilion merangkumi pelbagai bidang industri pembuatan dan perkhidmatan.

Disebalik PMX ditenggelamkan dengan kisah TILAM.. cuba lihat sisi ini pula..!!


PMX adalah Perdana Menteri Malaysia Pertama yang terpelajar dan berpendidikan. 

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia PERTAMA yang TERPELAJAR dan BERPENDIDIKAN. 

2. Maksud terpelajar dan berpendidikan di sini adalah seorang AHLI AKADEMIK ( FELLOW ) yang terlibat secara langsung dengan PERTUBUHAN INTELEKTUAL beberapa buah Universiti. 

3. Dato' Seri Anwar Ibrahim memiliki Ijazah pertama dalam bidang SEJARAH dari Universiti Malaya. 

4. Dato' Seri memiliki Ijazah kedua dalam bidang Pengajian DAKWAH ISLAM dari The International Islamic University Islamabad,Pakistan. Dato' Seri pernah menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH di The International Islamic University Islamabad,Pakistan. 

5. Dato' Seri memiliki Ijazah diperingkat Masters Degree dalam bidang SAINS POLITIK ( Hubungan Antarabangsa ) dari University of Wisconsin Madison,Amerika Syarikat. 

Tuesday, January 9, 2024

KENAPA ADA PUAK YANG BEGITU PULUN NAK TEBUK ATAP?


 Semalam aku balik puncak alam, selain dari melawat homestay kami, aku turut sertai mesyuarat politik dengan kawan-kawan LTL.

Grup yang ditubuhkan pasca langkah sheraton .

Maklumat yang kami dapat, langkah Dubai ni memang wujud.

Tapi keterdesakan untuk ambil alih kerajaan tu bukan sebab tempoh YDPA al Sultan Abdullah akan tamat...atau lebih tepat sebelum Sultan Johor ditabal jadi YDPA...

Bukan....sebab Sultan Abdullah sendiri memang tidak akan layan puak tebuk atap ni..

Baginda pun nak bersara dengan damai.

Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan. 

Anwar Ibrahim sendiri dikatakan malas nak ganggu Tun yang sudah tua tersebut.

Tapi Tun dan puak kartel marah dengan tindakan Kerajaan PerPADUan yang baru-baru ini mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM415 juta.

FAHAM ATAU BUAT TAK FAHAM - ANTARA SD DENGAN AKTA LOMPAT PARTI..


SD SD SD SD SD SD SD....

TPM 1 DSZH mengatakan SD tidak lagi terpakai dalam pembentukan kerajaan kerana negara kita telah ada akta anti lompat parti.

Tapi MP Pasir Mas berkata sebaliknya.

Siapa yang benar??

Baik, lihat fakta ini.

1. Sejurus PRU-15, PN telah mengumpul SD untuk membentuk Kerajaan, dengan bantuan Speaker Parlimen TS Azhar Harun, senarai SD dihantar melalui e-mail pada malam pilihanraya kepada pihak istana.

2. Penasihat undang-undang telah menasihati Tuanku bahawa SD tidak boleh digunakan kerana adanya akta lompat parti yang diluluskan parlimen.

3. Disebabkan tiada parti yang mencapai majaroti mudah, maka pembentukan kerajaan perlulah kerjasama parti politik melalui enbloc. 

4. Bagi menghormati suara rakyat, gabungan parti yang paling banyak memiliki kerusi parlimen dipilih untuk mengetuai kerajaan. Maka mandat diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerajaan. 

5. Selain itu, YDPA juga memainkan peranannya dengan menitahkan agar semua parti menyertai Kerajaan Perpaduan yang bakal diketuai oleh parti yang paling banyak mendapat kerusi, tidak lain tidak bukan ialah PH.