Friday, February 16, 2018

#AnalisisTaktikal: LIGA SUPER - Kedah Attacking vs Perak

#AnalisisTaktikal: Kedah Attacking vs Perak


Kali ini, saya ulas tentang serangan Kedah vs Perak. Asasnya Kedah bermain dalam sistem 4-2-3-1 dan 4-4-1-1 dengan Sandro menjadi sokongan kepada Pallares.

Pallares adalah typical poacher no.9 dan perlu disuap lebih banyak. Servis itu kurang diberikan. Secara jujurnya, Pallares ada isu dengan komunikasi dengan rakan sepasukan.

Seterusnya, dalam kerangka lebih besar, Kedah lack of teamplay. Terlalu banyak keputusan based on unrealistic dan ambitious.

Pallares pula masih gagal untuk lebih settle down. Mungkin tekanan pada beliau membuatkan dia melakukan beberapa percubaan lemah. Saya cakap mungkin je la. Harap shot technique dia betul ok la. Kalau memang tak ok, Marcote kena fokus kepada isu ini.

Namun seorang poacher ni kelebihan dia adalah mencari dan mencipta space. Itu adalah perkara yang Kedah harus jadikan kata kunci dalam latihan taktikal mereka.

Baka ini memang bukan baka yang sesuai untuk modern football dan juga taktikal yang memerlukan attacker involve actively dalam teamplay.

Musim lalu, mereka mengambil masa untuk set the tempo bermain dengan poacher bernama Ilso. Pemain itu lebih fizikal berbanding Pallares.

Apa yang Kedah perlu baiki adalah teamplay dan sistem no.10 yang menjadi shadow striker, Sandro untuk lebih menjadi outlet bola kepada Pallares.

Sandro kerapkali overide tugas penyerang utama dengan melakukan shot dari keadaan di mana striker meminta bola. No.10 adalah bertugas di belakang no.9, itu perlu.

Saya percaya 4-4-1-1 adalah sistem terbaik untuk memastikan Sandro relevan kerana faktor usia beliau. Harus diingat, sistem 4-4-1-1 ni la projek istimewa Marcote dengan Sandro masa dia jadi interim dahulu yang buatkan Sandro menjadi.

Akhyar Rashid pemain yang akan menjadi pemain penting dalam membantu Pallares untuk settle down dalam pasukan ini. Dia lebih intend untuk memberikan servis yang kerap kepada Pallares.

Sementara kehadiran Andik akan menambahkan spark kreativiti di wide area. Kedah juga kena kurangkan terlalu banyak touches dalam teamplay. Mereka kena lebih decisive dan direct untuk hantar segera bola.

Adakah Pallares bad signing? Terlalu awal untuk berkata begitu. Jika Kedah settlekan isu di pusat latihan mereka:

1. Teamplay - Kurangkan tamak dengan bola. Combination plays kena perbanyakkan

2. Servis kepada striker (type poacher) - mereka bukan pemain yang sukakan pertarungan fizikal. Banyakkan cross dan servis sesuai dengan mereka. Mereka akan sentiasa cuba mengelakkan pertarungan fizikal terutama dengan big CB.

3. Taktikal utama

4. Kreativiti

5. Komunikasi antara pemain terutama Pallares. Kena bagi program untuk mereka boleh berhubung dalam 'bahasa bola sepak' mereka. Ada team di England siap paksa pemain duduk satu rumah dalam masa tertentu untuk dapatkan komunikasi berkesan.

Tak perlu nak semua pemain bercakap fluent English, cukuplah dengan bahasa asas yang semua boleh faham. Alexis Sanchez pun dah lama duduk England tapi tak fluent English.

5 isu di atas adalah masalah Kedah sekarang. Jika isu itu (terutamanya 4) dah diselesaikan dan Pallares masih gagal menjaringkan gol, maka, bolehlah saya membuat kesimpulan. Tiada bias!

Dalam perlawanan vs PKNP FC, penambahan Andik memberikan tenaga. Namun secara teamplay mereka masih ada isu dengan terlalu banyak touches dan membuatkan pemain ditackle dan hilang bola.

Jika dibandingkan dengan game vs Perak, ada usaha pemain lebih cepat release bola, cuma untuk pasukan seperti Kedah, ia masih 'banyak'. Kita dah biasa lihat mereka cuba bermain free flowing football. Jangan kau cakap tiki taka pulak.

Rumusan

Saya masih yakin Kedah ada pasukan yang baik musim ini. Dan mereka dalam proses settle down di bawah Marcote. Bagilah sedikit masa untuk beliau.

Rasanya Akhyar dan Andik penyelesai masalah kepada isu width. Isu depth akan diselesaikan dengan Liridon yang akan kembali dan Baddrol mungkin akan terus menjadi no.6.

Saya ni ulas pasal taktikal je la, kalau ada benda saya rasa nak kritik saya gariskan je la, ada benda nak puji, saya puji dan bagi kredit. So, kapasiti saya sebagai pengulas bebas. Anda sebagai fans Kedah pula di zon yang berbeza.

Pasukan ini perlukan sokongan anda. Itu je la yang saya mampu cakap. Harap ada improvisasi!



Nukilan : Axello Tacts - LINK

No comments:

Post a Comment