Sunday, February 11, 2018

MCA, Gerakan duri dalam daging, UMNO tak sedar: Zam

BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Selama ini UMNO sering menakut-nakutkan masyarakat Melayu bahawa kuasa mereka akan hilang jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa, kerana kemungkinan parti anti-Islam DAP akan menang banyak kerusi Parlimen.

Oleh itu, UMNO terus menjadikan DAP sebagai fobia kepada orang Melayu, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin.

Namun, katanya, UMNO seolah-olah tidak menyedari bahawa prinsip ketuanan Melayu sekarang ini telah banyak terhapus apabila parti anti-Islam MCA dan Gerakan menjadi duri dalam daging yang memaksa UMNO bertolak ansur, terutama dari segi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

“UMNO yakin menjadikan DAP fobia kepada orang Melayu akan dapat mencegah orang Melayu untuk mengundi Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengekalkan kuasa UMNO di negara ini.


“Untuk menenangkan ketakutan orang Melayu, pemimpin UMNO boleh menunjukkan perpaduan dengan PAS dan menuding jari ke arah DAP sebagai parti yang berniat jahat mahu menghapuskan kuasa Melayu.

“Sedangkan MCA telah menggunting dalam lipatan dan kuasa China yang lebih besar yang bersifat penjajahan ekonomi telah pun berada di negara ini,” katanya.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu berkata, penyertaan ekonomi dari China berlaku dengan agresif sekarang ini dan Malaysia tidak dapat lari daripada imperialisme serta kapitalisme baharu China.

Katanya, orang banyak membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa penanaman modal China ke negara ini ialah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari MCA, Ong Ka Ting yang menjadi Duta Khas PM ke China.

https://www.ismaweb.net/2018/02/08/mca-gerakan-duri-dalam-daging-umno-tak-sedar-zam/

No comments:

Post a Comment