Sunday, July 22, 2018

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Bukan sekadar wang untuk jadi pelanggan firma barang kemas Lubnan

Global Royalti Trading SAL, yang melabelkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai “pelanggan lama” adalah firma barang kemas yang sangat ekslusif sehinggakan tidak semua orang boleh dengan mudah berurusan dengan mereka, biarpun mereka memiliki wang.

Firma yang berpengkalan di Lubnan itu merupakan pembekal barang kemas antarabangsa dengan pelanggan-pelanggan yang ekslusif termasuk keluarga raja, selebriti dan ahli politik.

Daripada semakan yang dibuat menunjukkan antara pelanggannya ialah pelakon pemenang anugerah Angelina Jolie, supermodel dan pelakon Naomi Campbell, mogul media Amerika Syarikat Oprah Winfrey, keluarga diraja Arab Saudi dan tokoh-tokoh yang cukup kaya dari Timur Tengah, lapor Asia One.

Sumber berkata, berurusan dengan firma berkenaan tiba kepada seuatu peringkat pelanggan tidak perlu datang bertemu mereka, sebaliknya mereka pergi bertemu pelanggan.

“Begitulah proses bagaimana mereka yang kaya raya membeli apa yang dikehendaki. Barang kemas dihantar kepada mereka, mereka pilih apa yang mereka mahu dan bayar untuk semua itu.



“Pelanggan yang berurusan dengan mereka adalah mereka yang cukup dikenali dan sesetengahnya dalam kalangan VIP, kebanyakannya telah menjadi pelanggan tetap dan mempunyai rekod bayaran yang baik,” kata sumber tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, adalah tidak diketahui sama ada selain Rosmah, terdapat juga rakyat Malaysia yang lain turut menjadi pelanggan Global Royalty.

Dalam samannya ke atas Rosmah sebanyak RM60 juta itu, Global Royalty mendakwa pihaknya akan menyerahkan barang kemas kepada isteri perdana menteri itu secara konsainan mengikut permintaan beliau untuk dinilai dan akan dibeli kemudian.

Ia juga berkata dalam keadaan tertentu, Rosmah boleh meminjam barang kemas tersebut dan kemudian memulangkannya semula kepada Global Royalty.

No comments:

Post a Comment