Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan sekarang dirasakan lebih teruk berbanding terdahulu kerana ia dilihat mempermainkan kepercayaan rakyat.
Menurutnya, selepas 118 hari PH didapati masih gagal menunaikan pelbagai janji ditaburkan mereka untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya lepas.
"Masa pilihan raya, dia kata akan buat perubahan tapi tak buat perubahan pun, sedangkan sudah menabur pelbagai janji.
"Inilah langkah memperlekeh daya fikiran rakyat. Itulah kemuncak kebiadapan dan menunjukkan betapa teruknya kerajaan hari ini. Jadi, rakyat kenalah sedar dengan keadaan berlaku," katanya.
Nasrudin berkata, kerajaan PH membuat 10 janji yang akan ditunaikan dalam 100 hari pemerintahan ketika PRU 14 lalu, bagaimanapun kini hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang ditunaikan untuk rakyat.
"Sebenarnya, isu dia bukan tak boleh tunai janji 100 hari. Bagi saya, memang tak adil dalam tempoh singkat 100 hari untuk tunai janji itu. Bagaimanapun, kalau kebetulan boleh buat buat alhamdulillah.
"Kita tak ralat tak boleh buat. Yang kita ralat, apabila tidak mengaku apabila gagal buat janji tersebut. Apabila memungkiri janji, mereka kena rasa bersalah dan bukannya berbangga dan cakap nak tanggung dosa," katanya.
Katanya, beliau beranggapan adalah lebih baik PH meminta maaf kepada rakyat kerana kegagalan menunaikan janji dalam tempoh 100 hari seperti dikatakan, sekali gus meminta supaya diberi masa untuk menunaikannya.
Menurutnya, kerajaan juga tidak menunaikan janji untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti dikatakan sebelum ini.
Malah, kebelakangan ini, kumpulan LGBT dilihat makin berani untuk bersuara, seolah-olah ada pihak melindungi hingga mereka berasa selamat dan selesa bersuara, meskipun bertentangan dengan ajaran Islam.
"Jadi, kita lihat kerajaan sekarang tak serius untuk jaga Islam. Sebenarnya, yang dahulu ataupun sekarang, lebih kurang sahaja, bagaimanapun kita nampak yang kini lebih parah sebab dilihat tak bersungguh menjaga agama," katanya.
Lebai Leboi PAS ni macam Kelemboi musim banjir bila ada Pilihan Raya.. panjat makin tinggi dok huluk kepala..tak sedak orang dok meluat pasai puak nie perosak padi...!
ReplyDeletePuak-puak ini kalau bersuara saja nampaklah ketololannya.
ReplyDeleteSang keLEBAI MUNAFIQ & x sedar diri. Buka mulut je.. bau bangkai.
ReplyDelete