Monday, October 29, 2018

NAK JADI TUAN, TAPI PERANGAI MACAM...!

Tuan perlu punya akhlak terpuji. Jika tuan kaki rasuah dan songlap, kemudian tuan ditolak daripada terus menjadi tuan, haruskah tuan memberontak?

Jika Melayu ingin menjadi tuan, perubahan mesti bermula dalam diri orang Melayu. Sesiapa saja yang mengaku Melayu, mesti berakhlak mulia.

Ketuanan Melayu tidak cukup dengan sokongan undang-undang. Sudah begitu lama termaktub dalam pelbagai undang-undang tentang "ketuanan Melayu".

Di sana-sini dicanang tentang ketuanan Melayu sampai ada yang sanggup bermandi darah, kononnya atas nama ketuanan Melayu.



Tapi Melayu yang kononnya pejuang ketuanan Melayu itulah yang melingkupkan status tuan pada diri dan bangsanya.

Pagi dia bercakap ketuanan Melayu, petang dia rembat tanah rezab Melayu. Malam dia bercakap tentang hak Melayu, pagi esok dia kelentong duit kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu.

Tiba-tiba ada pihak lain yang bukan Melayu tampil memperbaiki keadaan, membetulkan apa yang salah, si penyonglap tadi pun bangun, "Awas ketuanan Melayu terancam, Islam terancam..."!

Orang Melayu yang selama ini terbuai dengan candu sentimen Melayu dan Islam, dalam keadaan separuh mamai pun menyambung, "Yaaaa.... Kita mesti pertahankan Melayu dan Islam...", sambil melempar botol air ke tepi longkang.

Orang Melayu baca al-Quran, ada kaum lain yang akan ganti suatu kaum jika kaum itu sudah tidak berakhlak. Tapi, apabila kena ke atas batang hidungnya sendiri, dia tolak ke tepi ayat al-Quran itu.

Jika mahu ketuanan Melayu kekal, dan orang Melayu terus jadi tuan, orang Melayu mesti ubah perangai dan berakhlak mulia. Kalau orang Melayu kaki maki orang, kaki perasan, kaki buang sampah tepi jalan, kaki hisap pek hun, kaki betina, kaki botol, kaki ketum, kaki laloq...

Tak payahlah perasan untuk terus jadi tuan. Secara peribadi, aku lebih rela bertuankan Cina, atau India, atau orang asli yang berakhlak daripada bertuankan Melayu yang haprak.

Sembang nak jadi tuan, perangai macam ....!

Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

4 comments:

  1. Ketuanan hanya untuk golongan atasan. Golongan bawahan diminta pertahan ketuanan. Padahal pertahanan golongan atasan.

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kadir Jasin nak bawa masuk 40 ekor perompak2 berketuanan Melayu kerana BERSATU nak mungkir janji2 awal PH.

    Anwar mesti dihalang dgn apa cara pun.

    ReplyDelete
  3. Dah lama merdeka pun dok benggong lagi...kalau tuan rumah dah mula tidok diserambi,tetamu tidok didalam nak kalut buat apa? tu tanda tuan rumah cerdik sampai tak buleh nak diajar...la ni padan muka...bukan saja rumah,tanah2 pun habeh depa sapu..! Bijaklaksana...terpijak taik Cina..nasib hangpa la..

    ReplyDelete