Tuesday, December 4, 2018

RADHI MAT DIN sound "pihak" yang nak ambik player Kedah guna pintu belakang..

“NAK ANAK DARA ORANG, MAI PINANG ELOK-ELOK, BUKAN BAWA LARI MENIKAH DI SIAM”
- RADHI MAT DIN


Bekas kapten Kedah, Radhi Mat Din berkata isu membabitkan Akhyar Rashid tidak akan berpanjangan hingga ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika pihak yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu mempunyai etika, telus dan profesional.

“Sepatutnya depa yang berminat mai bincang elok-elok dengan KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) kerana Akhyar masih ada kontrak dengan persatuan itu, bukannya mengadakan rundingan terus dengan pemain.

“Ibarat kita hendakkan anak dara orang, mai la merisik dan meminang elok-elok, bukan bawa lari menikah di Siam. Itu bukan tindakan anak jantan,” ujar Radhi.


Radhi juga yakin tindakan Akhyar mengadu kepada FAM juga atas ‘tunjuk ajar’ pihak tertentu sebagai jalan mudah untuk mendapat bintang muda itu tanpa perlu berbelanja besar membayar pampasan.

“Saya tidak percaya kalau ada pasukan menafikan mereka membuat tawaran kepada Akhyar. Kalau tak ada tawaran, tak kan Akhyar bersungguh-sungguh mahu meninggalkan Kedah.

“Kita selalu melaungkan mahukan bola sepak kita dijalankan secara profesional tapi perangai kita masih tidak profesional. Saya harap FAM tidak berkompromi dalam soal ini dan memberi pertimbangan yang adil kepada Kedah.

“Saya setuju dengan pandangan pegawai KFA baru-baru ini bahawa sepatutnya soal pampasan adalah hak Kedah untuk menetapkan, bukannya pihak lain.

“Lebih elok pasukan yang berminat ke atas Akhyar membuat tawaran rasmi untuk dipertimbangkan Kedah. Saya rasa jika perkara ini dilakukan secara profesional dan beretika, KFA pun tidak keberatan melepaskan pemain itu demi masa depannya,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Isu membabitkan Akhyar kini makin panas apabila Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris mendedahkan, nilai pampasan ditawarkan kepada persatuan itu untuk melepaskan Akhyar tidak setimpal dengan apa yang sudah dilakukan KFA yang mengilap bakat pemain berkenaan.

"Saya ada melihat draf tersebut dan mengakui nilainya begitu kecil jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh KFA terhadap pemain tersebut sejak 2014 dan masih mempunyai baki kontrak setahun.

"Kami tidak puas hati di mana jumlah pampasan telah ditentukan dan bukannya dari KFA. Mungkin ada penasihat di belakang tapi itu kami tidak kisah. Sepatutnya Kedah yang buat keputusan kerana kami adalah majikan pemain," katanya kepada Sinar Harian.
– RODLY FADLY/ Foto: AFF

#labolamalaya #kfa #pulunkedahpulun #biarjasajadikenangan #captainmarvel #ligamalaysia2019 #langmerah

1 comment:

  1. Mana2 team pun wat camtu bro. Kedah pun apa bezanye. Skrg bole ckp ikut pintu depan.

    ReplyDelete