Sunday, February 25, 2018

Apa.... Najib nak hapuskan TOL..?

Dari meja Peguam Zulhazmi Shariff

NAJIB NAK HAPUSKAN TOL!!


Arghhhhh lawak jenis apa pulak yang Najib buat sehari dua ni. Punya la nak bagitau semua orang bahawa kononnya dia baik, prihatin dan faham masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, dia sanggup buat lawak bodoh tahap tertinggi sehingga gila jadinya kita dok pikiaq.

Najib semalam katanya mengatakan bahawa tol tidak baik untuk rakyat Malaysia.

Kata Najib "Wherever I can I will abolish tolls, it causes heartache and traffic jams... I will have to unravel some legacy problems, I will unravel whatever I think is not of the interest of the people of Malaysia, This is why the Pan-Borneo highway does not have any tolls and we have abolished toll collection at the Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam and Eastern Dispersal Link routes."

Haaaaa dengaq memang sedap tapi sebenarnya Najib ni pembohong dan dia ni jenis yang suka bohong berdepan. Tak rasa malu untuk berbohong depan-depan kita.

Najib ingat kita ni bodoh mcm pemimpin Umno di bawah dia.

'Takrif kemiskinan oleh BN menipu rakyat'


Saya meneliti laporan terkini Jabatan Perangkaan yang kononnya membuktikan pengurusan ekonomi yang dirancang oleh kerajaan Umno BN mencapai keputusan yang cemerlang.

Laporan itu juga menyatakan pendapatan isi rumah kumpulan sederhana meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu pertumbuhan pada kadar 6.6 peratus setahun dengan nilai nominal.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan pencapaian itu secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak memberangsangkan dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Berikutan kesan kejatuhan nilai matawang ringgit dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semasa, boleh saya sifatkan angka yang dikemukakan ini tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.

'Bukan orang lain burukkan negara, tapi MO1'

Saya ambil maklum kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak memburukkan Malaysia di luar negara sehingga memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak-anak muda dalam negara.

Tidakkah Abdul Rahman sendiri sedar bahawa Malaysian Official 1 (MO1) sendiri yang tidak segan silu yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi skandal 1MDB?

Salah satu penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Umno BN ialah tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) serta amalan ketelusan yang sangat diperlukan.

Hal ini terbukti apabila kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib Razak terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, sekali gus membawa kesan buruk negara di mata pelabur - sama ada tempatan mahu pun antarabangsa.

Kerajaan harus sedar bahawa hampir separuh daripada jumlah pekerja menganggur di negara ini adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia.

Pemain lama dan baru serasi, Kedah mantap


Keserasian antara pemain lama dan baru menjadi penanda aras dalam membantu memantapkan pasukan Lang Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keserasian antara pemain dalam pasukan sangat penting bagi membolehkan ia diterjemahkan di atas padang semasa perlawanan.

"Kita (KFA) telah penuhkan kuota pemain import dan terbaru ialah bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah, yang mengisi slot kuota import Asean.

"Jadi sekarang pemain lama dan baru masih dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain.

"Pada perlawanan lepas, saya tengok ada perubahan dalam corak permainan tetapi apa yang penting sekarang adalah keserasian semua pemain kerana bila sudah serasi itu, ia dapat mantapkan pasukan Kedah untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas perjumpaan bersama pemain Kedah di Padang Stadium Suka Menanti di Alor Setar, hari ini.

CPI negara jatuh merudum, perasuah kekal sebagai MO1

DATUK MAHFUZ OMAR

CPI negara jatuh merudum, perasuah kekal sebagai MO1
ULASAN: Kedudukan Malaysia yang jatuh sebanyak tujuh tangga dalam indeks rasuah dengan kini berada di kedudukan ke 62 di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah Malaysia. Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas.

Malaysia hanya mencatat skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), sebuah badan yang mengkaji tahap rasuah di negara-negara di dunia ini yang berpangkalan di Berlin, Jerman.

Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai “penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi”.

Walaupun Malaysia berada pada kedudukan ke tiga dalam kalangan 10 buah negara Asean, namun ia masih jauh ketinggalan daripada negara-negara lain.

Menghairankan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi respons terkejut dengan pengumuman kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Mungkin Cuba sahaja akan terima indeks rasuah bikinan SPRM

MALAYSIA DATELINE


Berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berkata SPRM akan mengemukakan rancangannya sendiri bagi mentukan indeks rasuah, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerimanya.

“Mungkin negara Cuba sahaja yang akan menerima indeks rasuah bikinan SPRM ini,” kata beliau.

Dalam kenyataan medianya kelamrin Lim Lip Eng memberikan analogi mengenai penerimaan Malaysia terhadap indeks persepsi rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia baru-baru ini.

“Seorang pelajar yang degil gagal dalam peperiksaan bertaraf antarabangsa tahun ini dengan keputusan yang paling teruk sepanjang tempoh lima tahun lalu.

“Bukan sahaja dia menolak keputusan itu kerana katanya dia telah belajar dengan gigih, dia turut memecat lembaga peperiksaan antarabangsa itu dan menggantikannya dengan lembaganya sendiri.

ISU TANAH IJOK - BN dan KHALID buat-buat lupa, akhirnya kerajaan negeri yang selesaikannya.

ISU TANAH IJOK – MAKLUM BALAS SAYA TERHADAP ABDUL RAHMAN DAHLAN DAN PUTAR BELIT MEDIA MASSA BN


Dalam tempoh beberapa hari ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, pemimpin UMNO Selangor dan media kawalan BN cuba memberi gambaran negatif terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu tanah di Ijok.

 Serangan pada sebelah pihak saja yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir menunjukkan UMNO dan BN terdesak. Malah, ia juga menunjukkan sikap hipokrit kerana Mohamed Azmin telah menyelesaikan ketidakadilan besar yang dilakukan BN – beliau menunaikan janji yang dimungkiri BN terhadap peneroka pada tahun 2000 apabila BN mengambil tanah mereka setiap tiga ekar dan menjanjikan pampasan RM180,000 dan rumah bernilai RM180,000. BN kemudiannya memberikan tanah itu kepada kroni yang memperkayakan diri sendiri, tetapi gagal menunaikan janji kepada peneroka. Sehingga 2008, BN berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

Kenyataan Abdul Rahman dan beberapa pemimpin UMNO, seperti biasa mempersembahkan fakta separuh benar, salah tafsir dan membangkitkan persoalan salah untuk mengelirukan orang awam. Bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas setiausahanya, Faekah Husin juga turut bersubahat, mungkin mahu membalas dendam susulan penyingkirannya sebagai Menteri Besar?