Wednesday, March 7, 2018

Pemuda MCA Kedah jawab amaran Ketua Pemuda Umno Kedah

Tan Chee Hiong
ALOR SETAR - Amaran ‘tutup mulut’ sepatutnya ditujukan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bukannya kepada Pemuda MCA Kedah.

Ketua Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Hiong berkata, pihaknya menerima nasihat daripada Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin namun nasihat itu lebih sesuai ditujukan kepada Mohamed Nazri, yang terlebih dahulu memulakan perang mulut dengan MCA.

“Sepatutnya Pemuda Umno Kedah minta Mohamed Nazri tutup mulut dan tumpu pada PRU14, bukan gaduh dengan MCA. Saya juga akui agenda PRU14 paling penting dan perlu diutamakan,” katanya.

Menurutnya, Pemuda MCA Kedah menyifatkan kenyataan Mohamed Nazri keterlaluan dan emosional selain menghina masyarakat Cina.

“Cadangan daripada Pemuda Umno itu amat sesuai kepada Mohamed Nazri, beliau yang seharusnya salurkan sebarang ketidakpuasan hati secara tertutup dengan menjadikan semangat setiakawan BN sebagai pegangan, bukannya secara terbuka,” katanya, mengulangi saranan dibuat Shaiful Hazizy.

1MDB: Sampai bila nak lari?

1MDB
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati apabila Dewan Rakyat menolak hampir kesemua soalan yang diusulkan berhubung isu 1MDB.

Ahli Parlimen Alor Setar (PKR),Gooi Hsiao Leung mempersoalkan sampai bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengelak daripada menjawab isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini.

"Perdana Menteri tak boleh elak, beliau tidak akan selamanya boleh lari daripada menjawab isu dana negara ini.

"Satu dunia dah tahu penguatkuasa undang-undang antarabangsa akan sampai juga di Malaysia, Perdana Menteri tak akan boleh elak lagi dari 2014 hingga dah nak PRU14 isu skandal ini terus berlanjutan,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen.

Speaker tolak usul Najib beri penjelasan isu Kapal Jho Low, ketepikan kepentingan awam

Equanimity: Speaker tolak usul Najib beri penjelasan, ketepikan kepentingan awam 

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul yang dikemukakan pembangkang supaya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi penjelasan dalam sidang dewan rakyat, berkaitan keengganan kerajaan Malaysia menuntut kapal layar ‘The Equanimity’yang dirampas pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.

Dengan rampasan kapal mewah yang bernilai RM1bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai suatu pengabaian terang-terangan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) melahirkan rasa kecewanya apabila Pandikar Amin menolak usul tersebut walaupun ia berkepentingan awam.

“Saya kecewa speaker tendang usul ini. Alasan yang diberikan tadi adalah tidak ‘munasabah’ sedangkan ini isu awam yang sangat berkempentingan kepada rakyat yang sepatutnya dibahaskan di Parlimen.

Zahid perlu bersedia angkat sumpah sebagai PM ke-7, kata Mahfuz

Zahid perlu bersedia angkat sumpah sebagai PM ke-7, kata Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi perlu bersedia untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (PM) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya semalam.

Kata Mahfuz, berikutan penahanan kapal milik Jho Low oleh pihak berkuasa Indonesia bersama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) beberapa kemungkinan boleh berlaku.

“Adakah ianya membawa maksud selepas ini FBI dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) akan memohon perintah Mahkamah Malaysia untuk menyita cincin serta rantai berlian isteri MO1 sepertimana tindakan mereka di Mahkamah Indonesia dalam kes menyita kapal ‘super mewah’ Equanimity milik Jho Low?

“Adakah DOJ dan FBI Amerika akan bertindak memohon ‘red flag’ Interpol bagi menahan dan menangkap Jho Low, Riza Aziz, isteri MO1 dan juga MO1?” soal beliau.

Najmuddin tidak tuntut wang dibekukan kerana kos mahal, kata KPN

Najmuddin tidak tuntut wang dibekukan kerana kos mahal, kata KPN
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak menuntut semula wangnya yang dibekukan di Australia kerana didakwa proses itu bakal menelan belanja besar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut.

“Dia (Wan Ahmad Najmuddin) berpendapat sekiranya dia teruskan untuk mendapatkan kembali wang tersebut, kosnya mungkin lebih besar kerana urusan ini melibatkan luar negara,” katanya seperti dipetik Astroawani hari ini.

Sembilan soalan MP Pakatan Harapan mengenai 1MDB tidak ‘lekat’ di Parlimen

Sembilan soalan MP Pakatan Harapan  mengenai 1MDB tidak ‘lekat’ di Parlimen
Penggal Keenam Majlis Parlimen yang ke-13 hari ini menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan soalan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Ahli Parlimen Sepang,Mohamed Hanipa Maidin memberitahu, empat daripada lima Pertanyaan Jawab Lisan daripadanya yang ditolak berhubung dengan skandal mega syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.

Soalan-soalan tersebut ditujukan kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak serta kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, keempat-empat soalan tersebut ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Nombor 23, antaranya dengan alasan, pertanyaan yang dibangkitkan sedang dalam proses mahkamah.

Naik taraf Pekan Rabu Alor Setar siap

 Naik taraf Pekan Rabu siap
ALOR SETAR - Orang awam boleh mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di Jalan Sultan Ibrahim, di sini, yang akan beroperasi dalam tempoh terdekat pada bulan ini.

Difahamkan, kerja perpindahan peniaga Kompleks Pekan Rabu bermula pada 25 Februari hingga 14 Mac dan kompleks akan beroperasi semula pada 15 Mac nanti.

Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Ahmad Hulmi Ismail berkata, kerja naik taraf dan pembinaan bangunan baharu kompleks itu telah selesai.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak terlibat antaranya kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas usaha pembinaan semula itu.

“Kini, peniaga Pekan Rabu yang menerima surat arahan berpindah akan masuk ke bangunan empat tingkat itu secara secara berperingkat ke lokasi itu,” katanya.