Friday, March 30, 2018

Sambutan Melayu Kedah tanda 'tsunami' nak jadi


 
PRU14 | Ada ribuan orang yang turun menyaksikan ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapang Padi malam tadi.

Anak kelahiran negeri itu yang pernah menjadi perdana menteri - dan kini menjadi pengerusi HARAPAN - Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang daripada penceramah yang ditampilkan.

Bagi salah seorang pemimpin DAP, jumlah kehadiran itu mencecah 15,000 orang dan ia membayangkan tsunami pengundi Melayu yang akan diterjemah melalui peti undi tidak lama lagi.

Apabila pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan tidak lama lagi, anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong yakin pola tsunami pengundi Melayu itu akan melanda ke seluruh Malaysia.

"Dengan tekanan politik yang ada, orang ramai masih sanggup menghadiri ceramah HARAPAN walaupun hujan berjam-jam.

"Setiap seorang daripada mereka mereka mungkin boleh mempengaruhi lima individu lain apabila pulang ke rumah.

"Program besar-besaran ini boleh menjadi penanda aras buat kita, terutamanya apabila media tidak melaporkan (program HARAPAN)," kata Liew dalam satu kenyataan.

‘Hey Nazri, hey Annuar…’ – Saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno kata Rafidah

 
KUALA LUMPUR: Siapa yang tidak kenal Tan Sri Rafidah Aziz. Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan itu memang terkenal dengan sikap tegas, lantang dan berterus terang dalam pendiriannya.

Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, akhir-akhir ini bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu kembali ranggi apabila pandangan yang diberikannya mengenai isu semasa negara disambut dengan sindiran serta cemuhan beberapa menteri.

Antara mereka ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Annuar misalnya semalam menempelak Rafidah – serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim – sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan.

“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.

“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.

Tun M - NAJIB PM pencuri..!!!

NAJIB – PERDANA MENTERI

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/06/07/20/35/najibtunm.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

1. Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri.

2. Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.

3. Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.

4. Tidak juga pernah ada tuduhan, bahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri adalah perasuah yang terlibat dengan penyelewengan berbillion duit Kerajaan, dengan namanya disebut dalam kes-kes pembersihan wang berbillion yang dicuri dari syarikat 1MDB.

5. Laporan-laporan dalam akhbar dan T.V. seluruh dunia jelas dan terbuka mendedah akan pembelian rumah mewah di London, New York dan Hollywood, pembelian pesawat jet, kapal layar gergasi, intan berlian berjuta ringgit untuk isteri Perdana Menteri, berjudi di Las Vegas, hadiah bermillion kepada gadis cantik, sebagai cara untuk bersihkan wang yang dicuri dari dana 1MDB.

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dan kesannya


ZULQARNAIN LUKMAN


RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dan kesannya
Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan di Parlimen telah mendapat liputan meluas kerana kesan sabitan terhadap kesalahan menerbitkan atau menawarkan berita tidak benar adalah sangat berat iaitu boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 tahun.

Selain itu, jika kesalahan itu dibuat secara berterusan denda tidak lebih RM3,000 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.

RUU tersebut yang mengandungi 14 seksyen adalah bertujuan untuk memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan. Mengikut huraian kepada RUU ini, perkembangan pesat teknologi telah menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam sehingga memerlukan kawal selia yang lebih tegas.

‘Berita tidak benar’ telah ditafsirkan sebagai apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. “Penerbitan” pula ditafsirkan sebagai termasuk apa-apa penerbitan bertulis atau yang serupa dengan penerbitan bertulis atau salinan atau penghasilan semula secara substansial penerbitan itu dan apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal atau replikasi substansial penerbitan itu.

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan


Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan
Lebih 5,000 rakyat Kedah membanjiri ceramah perdana Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Guar Chempedak malam tadi dengan kemuncak pidato oleh calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, siaran langsung menerusi Facebook PH juga menarik perhatian seluruh negara apabila mencatatkan jumlah mencecah lebih 7,000 tontonan ketika giliran Tun Mahathir berucap.

Lautan kehadiran masyarakat setempat pada malam cuti bagi negeri di utara tanah air itu sekali gus menyaksikan sambutan paling menggalakkan selepas berlangsungnya enam siri jelajah yang sama ke negeri-negeri lain sebelum ini.

Gelanggang ceramah perdana didahului bacaan doa dan tahlil ringkas untuk bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 9 Mac lalu yang dipimpin Ustaz Mohamad Hassan dari Bersatu.