Friday, May 18, 2018

Majlis Penasihat Kerajaan - Dalam 6 hari ditubuh sudah 40 mesyuarat, temu 50 individu

Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan memanggil kedua-dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Samad untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang membelenggu agensi pengurusan perladangan itu.

Ketua majlis berkenaan, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan itu tidak perlu kerana pihaknya sudah memanggil pegawai dan ahli lembaga pengarahnya.

"Kami sudah mendapat gambaran yang menyeluruh,” kata bekas menteri kewangan itu pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu dengan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Majlis, yang ditubuhkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (HARAPAN), Sabtu lepas, turut diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda, Datuk Hanapi Suhada, Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

PM umum senarai kabinet

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai kabinet terasnya.

Senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V, petang tadi untuk mendapat perkenan baginda.

Tanpa mengira jawatan perdana menteri dan timbalannya, BERSATU mendapat tiga jawatan, PKR (3), DAP (4) dan AMANAH (3).

Berikut senarai jemaah menteri itu.

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

Salahudin Menteri Pertanian, Dr Dzul Kesihatan, Mazlee Malik Pendidikan

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani manakala ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malik, ahli parlimen Simpang Renggam, dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan penama awal yang dinamakan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir dalam satu siaran medianya selepas menghadap Yang Dipertua Agung jam 5 petang tadi.

Turut dilantik adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Azmin dijangka akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor jika menerima perlantikan ini.

Kelantan, Terengganu akan dapat royalti Petroleum, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, Kelantan dan Terengganu akan menerima royalti petroleum selepas ini.

“Mereka akan mendapat royalti petroleum selepas ini. Mereka akan menjadi kaya raya,” kata Mahathir dalam dialog dengan media Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary hari ini, lapor Malaysia Decides.

Menurut Mahathir, kerajaan persekutuan juga menerima sebahagian royalti petroleum sekarang ini.

Kerajaan negeri Terengganu telah menerima 5% royalti petroleum dari Petronas namun ia ditamatkan selepas empat bulan PAS memenangi kerajaan negeri pada tahun 1999 ketika Mahathir adalah perdana menteri.

Ekoran itu, kerajaan negeri Terengganu telah menyaman Petronas dan kerajaan persekutuan namun selepas BN memenangi balik kerajaan negeri selepas 2004, saman ini ditarik balik.

Cari siapa yang mahu Altantuya mati..??


Kerajaan mesti tunjukkan 'iltizam politik' untuk membongkar pembunuhan itu atau dilabel seperti Barisan Nasional, kata Ramkarpal Singh.

Ramkarpal Singh berkata kerajaan mesti mencari punca pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpene.

PETALING JAYA: Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti adiakan untuk menentukan siapa yang mengarahkan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2009, kata seorang ahli politik DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memanggil satu siasatan diraja, dan penemuan itu boleh menjadi asas kepada pertuduhan terhadap orang yang bertanggungjawab.

“Kerajaan PH mesti tunjukkan iltizam politik yang kuat untuk mencari punca pembunuhan Altantuya atau akan dilabel seperti pentadbiran dulu,” katanya dalam kenyataan.

‘Tegur jika saya lemah, terkurang’, kata Mukhriz

JITRA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Katanya, kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

“Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.

“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin, pagi ini.

10 exco Kedah angkat sumpah Selasa, kata Mukhriz

ALOR SETAR: Seramai 10 Adun Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengangkat sumpah jawatan exco Kedah, Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat persetujuannya di Istana Anak Bukit pada Isnin.

Beliau berkata barisan exco terdiri daripada 4 PKR, 3 Amanah, 2 PPBM dan seorang DAP.

Selepas majlis angkat sumpah jawatan, mesyuarat exco pertama akan diadakan pada hari berikutnya, kata Mukhriz kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PH Kubang Pasu malam tadi.

Sementara itu, Mukhriz berkata jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diisi PKR dan timbalan speaker oleh PPBM.

“Saya merasakan pelantikan barisan Exco ini tidaklah lambat seperti didakwa pihak tertentu dan ia tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa,” katanya.

Sah ‘tsunami rakyat’ tumbangkan BN, undi popular merudum di pusat, negeri

HUSIN MAHATMay 18, 2018 10:15 am 0

Sah ‘tsunami rakyat’ tumbangkan BN, undi popular merudum di pusat, negeri
Kajian awal keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mendapati undi popular diperolehi BN di seluruh negara merosot teruk membuktikan gabungan politik berusia lebih enam dekad itu tewas akibat ‘tsunami rakyat’.

Di peringkat nasional, undi popular diperolehi BN merosot daripada 46.7% pada PRU13 kepada 33.9% pada PRU14; kemerosotan 12.8%.

Di masa yang sama undi popular diperolehi Pakatan Harapan pada PRU14 adalah 48.3% manakala Pas mencatat 16.6%.

Pakatan Rakyat yang menggabungkan PKR, DAP dan Pas pada PRU13 memperolehi 50.1% undi popular pada PRU13 namun gagal membentuk kerajaan persekutuan ekoran sistem ‘first past the post’ yang diamalkan sistem pilihan raya negara yang memberi kelebihan kepada BN berdasarkan perolehan kerusi calon-calon parti yang bertanding.

Website KEDAHLANIE kembali beroperasi semula di zaman Kerajaan PH

KENA PENJARA ZAMAN PRU14 OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

AKHIRNYA DILEPASKAN SEMULA SELEPAS KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH