Pengumuman PM
1.Bonus RM400 kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
2. Harga minyak Ron 95 dikekalkan tetapi Ron 97 ditetapkan secara apungan ikut pasaran semasa.
3. Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan untuk rakyat menyalur sumbangan membantu kerajaan melunaskan hutang.
4. Projek LRT3 tidak akan diteruskan
5. Tol diberi diskaun 50% dalam tempoh dua hari sebelum Aidilfitri
6. Sayangi Malaysiaku tema Hari Kebangsaan 2008
7. Program Permataku diletak di bawah Kementerian Pendidikan
8. Pesara kerajaan menerima bonus RM200 sempena Aidilfitri
9. GST digantikan SST mulai September
Wednesday, May 30, 2018
Kakitangan Jasa patut sedar mereka lantikan politik, MPN ahlinya pembodek, kata A Kadir
MALAYSIA DATELINE
Tokoh wartawan veteran A Kadir Jasin berpandangan demikian dalam tulisan di blognya, menyebut apa yang dikatakan itu adalah pandangan peribadinya sebagai blogger tidak mewakili mana-mana jawatan disandangnya,
Beliau menjelaskan, kakitangan terbabit juga sepatutnya tahu dan sedar bahawa turun naik nasib mereka bergantung pada jatuh bangun parti yang melantik mereka dan yang mereka sokong selama ini.
“Mereka terbabit secara subahat apabila ketua mereka ‘mempolitikkan’ tugas mereka. Ketua macam Ketua Pengarah dan Ketua Pemikir Jasa adalah orang yang perlu mengambil tanggungjawab atas kecelakaan yang menimpa anak buah mereka jika mereka berhati perut,” katanya.
Kedudukan kewangan negeri Kedah dijangka pulih pada Jun
MOHD ALI HASHIM
Menurut Exco Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama, Datuk Amiruddin Hamzah, lonjakan hasil tersebut akan berjaya diperolehi daripada hasil cukai tanah yang telah diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga Mei ini.
Malah ujarnya lagi, kelazimannya, perolehan pendapatan negeri akan mulai melonjak naik mulai pertengahan tahun.
Tegasnya lagi, sebahagian besar daripada perolehan tersebut adalah daripada hasil cukai tanah yang menjadi kelaziman penduduk menjelaskannya sebelum Jun.
Jawapan KEMENTERIAN PERTAHANAN isu Mat Sabu naik pesawat tentera ke Butterworth
Menurut kementerian, Mohamad harus menghadiri program rasmi perjumpaan tahunan dengan anggota-anggota tentera udara atas undangan Panglima tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Penerbangan tersebut juga, kata kementerian bagi melengkapkan jumlah jam penerbangan juruterbang demi mengekalkan kompetensi mereka.
"Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan," katanya.
Ia juga, kata kementerian, bagi memberikan pendedahan terhadap keputusan pesawat pengangkut pelbagai guba A400M kepada menteri dan pegawai kanan tentera.
Projek ECRL ‘pejanjian aneh’, kata Wan Azizah
Mohamad Fadli
Timbalan perdana menteri berkata terma-terma dalam perjanjian projek Laluan Kereta Api Pantai Timur amat aneh kerana tidak berdasarkan kemajuan kerja.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan tidak mahu membayar pampasan yang merugikan negara.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan perlu berhati-hati menilai perjanjian projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana terma-terma perjanjian yang amat aneh.
Wan Azizah berkata pihaknya diberitahu terma-terma dalam perjanjian itu “boleh kata amat aneh” kerana antaranya ia “tidak berdasarkan kemajuan kerja.”
“Perdana menteri perlu mengkaji semula projek itu kerana kita sudah membuat satu perjanjian semasa kerajaan lepas dan kita tidak mahu bayar pampasan yang akan merugikan negara,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Kompleks Sukan Pantai Eco City Park.