Tuesday, June 5, 2018

Bayar syarikat dikaitkan Jho Low RM8.3 bilion, hanya 13% kerja selesai

Laporan dibuat kepada SPRM untuk siasat 2 projek saluran paip minyak diberikan kepada sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Lim Guan Eng menggesa Najib Razak menjelaskan satu kontrak projek saluran 
paip gas bernilai berbilion dolar. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan sebuah syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho dibayar RM8.3 bilion atau 88% daripada nilai kontrak, tetapi hanya 13% kerja pembinaan 2 saluran paip di Kedah dan Sabah disiapkan.

“Kami dapati bayaran yang dijadualkan untuk kontrak di atas berdasarkan masa ditetapkan dan bukan tahap kerja disiapkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Projek bernilai RM9.4 bilion itu diberikan kepada Suria Strategic Energy Sdn Bhd (SSER), sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 2016, khasnya untuk mengambil projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP).

Bayaran itu tidak termasuk 2 perjanjian perundingan lain bernilai RM525 juta dan satu perjanjian penyelenggaraan bernilai RM476 juta, yang ditawarkan kepada syarikat China.

Lim berkata, projek itu diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada November 2016, yang ditandatangani Pengerusi SSER, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang juga bekas ketua setiausaha perbendaharaan.

'Hadi jumpa Mahathir bukan untuk melutut'

Seorang pemimpin PAS berkata, tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemui Perdana Menteri di Putrajaya semalam bukan bermakna anggota parlimen Marang itu melutut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik, ekoran tularnya beberapa keping gambar pertemuan tersebut ada juga pihak menyangka Abdul Hadi sudah membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau begitu giat mengecam serta menyindir Dr Mahathir.

Sebaliknya kata Mokhtar pelbagai persepsi salah itu berpunca daripada kegagalan orang awam memahami pendekatan taawun (saling bertolong-tolongan) PAS.

"Mereka belum faham bahawa atas sifat taawun, PAS bersedia bekerjasama dengan siapa sahaja demi kebaikan Islam dan rakyat.

"Kalau Firaun masih hidup, PAS akan datang mengunjungi Firaun untuk menyampaikan dakwah demi Islam dan ummatnya," kata calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Rosmah beri keterangan selama lima jam di SPRM

Rosmah beri keterangan selama lima jam di SPRM
Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberikan keterangan selama 5 jam ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Beliau dilihat tenang keluar dari SPRM sambil memberikan senyuman kepada wartawan yang menunggu beliau sejak awal pagi hari ini.

Rosmah keluar daripada pejabat SPRM tepat jam 3.40 petang ini.

Rosmah yang datang menaiki kenderaan Mercedez tiba pada kira-kira 10.43 pagi tanpa polis pengiring. Polis dilihat mengawal ketat perkarangan bangunan SPRM.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa telah berkumpul di premis SPRM seawal jam 6.30 pagi.

9 Adun BN akur Raja Perlis lantik Azlan sebagai MB


MALAYSIA DATELINE

9 Adun BN akur Raja Perlis lantik Azlan sebagai MB
Semua 9 adun Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar, manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini.

Adun Chuping, Asmaiza Ahmad berkata Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumkan keputusan itu juga tidak membantah.

“Keputusan ini dicapai sebulat suara atas nama rakyat oleh semua 9 adun tersebut sebelum kami menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Ahad lepas.

“Kami akur dengan titah Tuanku…tidak akan toleh belakang lagi,” katanya selepas penyampaian sumbangan Ramadan oleh Azlan kepada 1,531 penerima dalam Dun Mata Ayer di Dewan 2020 hari ini seperti dipetik Bernama.

Asmaiza berkata, semua adun terbabit membuat keputusan itu supaya mereka yang dipilih dapat memberi khidmat kepada rakyat tanpa gangguan, selain agenda pembangunan negeri dilaksanakan dengan lancar.

Najib dengan barisan peguam YAHUDInya..


Tun M lantik peguam negara bukan Islam korang bising. Najib Razak lantik YAHUDI jadi peguam bela dia korg jadi bisu boleh ok pulak. Nah baca ni:

Bukan setakat siasatan #1MDB berlaku di Malaysia sahaja, tetapi siasatan turut berjalan di seluruh dunia.

Jika sebelum ini Najib bolehlah mengelak dan ada imuniti sebagai Perdana Menteri, tetapi kekalahan BN pada 9 Mei lalu merubah segala-galanya.

Sebab itu Najib dah siap sedia lantik 'lawyer' terkenal dunia ketika ini. Mereka bukan calang-calang peguam. Dan bayaran tentu juga bukan setakat 100 ribu, tapi mungkin puluhan atau ratusan juta ringgit.

Dan inilah 3 nama besar peguam dunia akan mewakili Najib nanti:

Seronokkah rakyat jadi HAMBA ABDI Najib & kuncu²nya termasuk Jho Low..?

Komentar Topeng Perak.

~ Hutang Negara, Tabung Har∆pan - Penjelasan

PRU-14 dah selesai hampir sebulan. Isu paling panas lepas selesai PRU-14 ialah hutang Negara yang sebahagian besarnya dijana dari Projek 1MDB.

Jumlah hutang jadi perdebatan. Ada yang cakap RM600b++ & ada yang cakap RM1t++.

Pedulik lah. Yang pasti jumlahnya besar & 4-5 hari ni kecoh pasal Tabung Har∆pan Malaysia (THM).

Baik... Aku nak share sikit bagi mata korang terbukak.

Kita sebenarnya bulan dibebani oleh hutang Negara. Review balik kenyataan MOF beberapa hari lepas.

Awas!! Ada pihak sedang jaja cerita Anwar sedang berunding dengan PAS & BN

AWAS!! MUSUH2 ANWAR DARI LUAR DAN DALAM SEDANG GIAT JALANKAN FITNAH

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam.

"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.

"Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa," kata Anwar dalam temubual khas dengan The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian susulan khabar angin disebarkan yang mendakwa PKR yang mempunyai 49 anggota parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 anggota Parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS.

Siasatan SRC: Peguam Najib tarik diri


PUTRAJAYA – Pasukan guaman yang mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk berhenti mewakilinya yang berdepan dakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Difahamkan, bekas pendakwa raya kanan, Yusof Zainal Abideen dan peguam jenayah terkemuka, M Puravalen serta peguam lain dalam pasukan itu gagal mencapai asas yang sama dengan anak guam mereka tentang beberapa isu.

Memetik laporan The Malaysian Insight, melihat ketidaksepakatan itu, barisan peguam berkenaan merasakan tidak guna untuk mereka terus mewakili Najib.

Penarikan diri pasukan peguam ini akan menjadi kerugian besar kepada Najib kerana Yusof dan Puravalen dipandang tinggi sebagai peguam dengan 36 tahun pengalaman.