Saturday, September 22, 2018

Apabila isu HARAM STRAW di manipulasikan oleh walaun..

BIODEGREDASI

Yang diumumkan akan diharamkan penggunaan ialah straw plastik bukan STRAW!! Bukan semua straw diharamkan.

Faham dulu.

Habis tu nak minum air bungkus tak boleh pakai straw?

Sapa kata tak boleh? Yang kita kata straw plastik, dr sekarang hingga 31/12/2019, kita akan kempen perkenal straw biodegredasi.

Sekarang pun dah byk premis jualan minuman guna straw biodegredasi. Kita ja tak sedar sbb kita anggap ianya sekadar straw.

Kita tak haramkan straw! Kita hanya haramkan straw plastik.

Nak Mengaku Juga hanya Parti dia saja yang lebih ISLAM, Silakan !

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Jika pemimpin parti itu nak mengaku parti dia saja penyelamat Islam, silakan.

Bahkan, jika dia nak mengaku parti dia lebih Islam daripada orang lain, atau parti dia saja yang Islam, silakan.

Sehingga kini tiada akta atau enakmen yang boleh menyekat sesiapa atau pihak mana untuk mengaku sebegitu.

Iblis juga pernah mengaku dia lebih baik daripada Adam hanya kerana dia dicipta daripada api.

Tetapi, jika sesiapa yang tidak memilih, atau tidak bersama kumpulan dia, itu tidak bermakna orang itu tidak memilih Islam, atau tidak bersama Islam.

Islam milik seluruh umat, bukan milik parti dia. Tanpa parti dia pun, Islam tetap terselamat.

Bahkan, jika dengan kewujudan parti dia yang membawa Islam di bawah bayangan faham takfiri, lebih baik parti dia tak ada daripada ada.

Tsunami 9 Mei: Ramai masih meroyan

Oleh Tok Perak

http://suarapakatandaily.com/wp-content/uploads/2018/05/ce0b110c-44e7-4ef1-b207-e0d1b20c2f64.jpg
WALAUPUN dakwat di jari telunjuk sudah hilang, ada sesetengah orang masih tidak dapat menyesuaikan diri – dan perasaan – dengan keputusan PRU14.

Bagi pengundi yang telah membuat pilihan tepat, tempoh bersorak dan riang ria telah tamat; sekarang adalah masa untuk bekerja keras merealisasikan apa yang dihasratkan sebelum 9 Mei.

Tetapi ramai juga yang masih termangu-mangu macam terkena ubat gegat, sebab tidak dapat menerima hakikat bahawa tsunami rakyat telah merubah segala-galanya.

Bagi yang tenat dilanda sindrom hilang kuasa, mereka mula berjalan bagaikan tidak jejak di bumi, dan merepek yang bukan-bukan.

Maka, harap-harap sehari dua ini tidak ada yang bercakap seorang diri, atau marah-marah pada pokok dan tiang lampu.

ALKISAH sebelum tsunami melanda, ramai yang khayal dan leka dengan kehebatan kuasa, sehingga mereka bertindak dan bercakap sesedap lidah, tanpa sedikit pun prihatin terhadap perasaan orang lain.

3 Tahun pencapaian Amanah membanggakan

Oleh Mohd Sayuti Omar
 
http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/04/parti-amanah.jpg
SEMALAM satu detik dan tanggal yang bersejarah buat rakyat negara ini khasnya mereka yang cinta dan sayangkan Malaysia. Semalam adalah tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia, majlis sambutannya diadakan di Sabah.

Tanggal keramat itu menjadi signifikan kepada sebuah parti politik kerana ia berkongsi hari dan tarikh penubuhannya. Semalam juga adalah hari ulang tahun Parti Amanah Negara, (AMANAH). Sambutan HUT AMANAH akan diadakan di Temerloh 22 September ini.
Untuk meletakkan Amanah di garis selari dengan Malaysia agak melampau. Tetapi jika dihitung dari segi usia dengan pencapaiannya, AMANAH bolehlah dianggap sebuah parti yang hebat. Kejayaan dan kecemerlangan digapainya mengiringi pencapaian Persekutuan Malaysia yang berusia 55 tahun.
Salahuddin Ayub
Saya sendiri tidak menduga prestasi dicapai AMANAH setinggi itu. Dalam usia setahun jagung AMANAH berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan parti-parti besar lain khasnya dalam gabungan PH; seperti PKR dan DAP.

Sekiranya soal jawatan dalam kerajaan dijadi ukuran kehebatannya, ternyata pencapaian AMANAH membangga dan memberangsangkan. Pencapaian dan harga yang diberikan kepada parti itu, ia boleh dianggap parti paling hebat dan dihormati. Bahkan dari sisi itu AMANAH  mengatasi rekod parti sekutunya Pas yang sudah wujud dan menongkat langit selama 64 tahun namun belum pernah sekalipun Pas mencapai setanding dengan apa diraih oleh AMANAH.


Menyertai pilihan raya.
 
Pada 9 Mei lalu adalah penyertaan pertama AMANAH dalam Piraum -- pilihan raya umum dalam negara ini. Dalam kata lain penyertaan itu buat pertama kali ia masuk gelanggang politik secara rasmi. Dalam usia setahun jagung miskin segala prasarana, dalam gelora penghinaan, -- pemimpinnya dimaki hamun dan dinesta dengan pelbagai kata dan cara, tidak ada siapa terfikir yang AMANAH mampu meraih kejayaan itu. Bagi mereka yang memperkecilkan AMANAH mungkin "kena reti", dan malu sendiri dengan pencapaian AMANAH hari ini.

Menjawab Hujah Tontowi Tentang Anwar Di Muktamar PAS

Editor Akhbar Rakyat September 20, 2018 Pendapat
Oleh WFAUZDIN NS

Tontowi dlm Muktamar baru2 ini menyerang Anwar. Dia kata sebaik saja Anwar keluar dari penjara, Anwar terus serang Pas apabila Anwar berkata PH mahu rampas Kelantan dan Tganu. Dia pun ungkit kononnya Anwar tak kenang jasa Arwah Us Fadzil Noor yg buka pintu kpd Anwar sebaik saja Anwar dipecat dari Umno dan TPM.

Aku nak jawab la kata2 Ketua Penerangan Pas, Tontowi yg lari dari Temerloh dalam PRU14 yg lalu kemudiannya kalah teruk pula di Indera Mahkota.

Betulkah Anwar serang Pas? Adakah sebagai pemimpin utama di dalam PH yg menjadi kerajaan, apabila Anwar mahu rampas Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis yang dikuasai oleh Pembangkang (Umno/Pas) itu satu perkara yg pelik? Kalau tidak mahu ditentang dalam politik, baik daftar Pas sebagai NGO atau Jemaah Tabligh. Masuk politik mesti bersedia untuk ditentang oleh pihak lawan. Itu asas politik yang mustahil Tontowi tidak tahu.

Hakikatnya, Anwar secara peribadi telah lama diserang oleh Pas semenjak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Anwar sentiasa diserang oleh Pas sejak Anwar di dalam penjara lagi setelah Pas putus hubungan dengan Pakatan Rakyat dan Keadilan lagi. Waktu itu Anwar tidak boleh menjawab serangan Pas kerana beliau di dalam penjara. Pas serang Anwar lebih awal lagi.

Gesa kerajaan fokus sektor hiliran getah

Gesa kerajaan fokus sektor hiliran getah
Kameruzaman (kiri) bersama Timbalan Menteri Industri Utana Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) dalam Majlis Penyerahan Memorandum dari PUGBM berkaitan Proposal Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Getah dan Cadangan Tambahbaik Skim Subsidi Pekebun Kecil Getah sebelum ini di Kuala Lumpur.

BALING - Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) menyarankan kerajaan memberikan tumpuan kepa­da sektor hiliran berasaskan getah.

Presiden PUGBM, Kameruzaman Ab Rahman berkata, tumpuan lebih ke­pada sektor hiliran berasaskan getah mampu menjana ekonomi penoreh.

Menurutnya, perancangan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan utama tana­man getah perlu digerak­kan secara bersepadu meli­batkan semua agensi berkaitan.

"Langkah ke depan adalah perlu dengan mem­berikan tumpuan yang lebih kepada sektor hiliran berasaskan getah.

"Ia penting bagi memberi ruang kepada golongan pekebun getah untuk terlibat dalam sektor ini," katanya.

Disamping itu katanya, kerajaan juga perlu mem­berikan fokus kepada pembangunan aktiviti eko­nomi tambahan di mana melibatkan ternakan dan pertanian dalam kalangan masyarakat penoreh.

Menurutnya, langkah ini bagi menampung keperluan sumber daging dan sayuran yang kini masih bergantung kepada sumber import.

"Kerajaan menyasarkan pengeluaran daging 50 pera­tus menjelang 2020, sekali gus mengurangkan import daging yang mencecah 70 peratus ketika ini.

Polis rampas 40 mesin judi di Alor Setar

 PDRM
ALOR SETAR - Polis merampas 40 mesin judi dalam operasi yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Telok Wanjah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata, rampasan dilakukan oleh 38 anggota diketuai Pegawai Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Insp Darlveen Singh pada 5.30 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, turut dirampas 90 joy stick (alat kawalan simulator) di premis yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan mesin judi berkenaan.

"Operasi yang kita buat ini daripada waran geledah yang diperolehi daripada Mahkamah Majistret Alor Setar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini dan turut menambah sebanyak 11 premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian digeledah pagi tadi.

LZNK - Sasar satu daerah, satu sekolah asnaf

 Sasar satu daerah, satu sekolah asnaf
ALOR SETAR - Sekolah asnaf kedua yang dibiayai sepenuhnya Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dirancang diwujudkan pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya mensasarkan untuk mewujudkan sekolah asnaf di setiap daerah di Kedah.

Syeikh Zakaria berkata, setakat ini, LZNK sudah memiliki sekolah pertama, iaitu Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim di Jalan Suka Menanti, di sini di Kota Setar.

"Untuk peringkat seterusnya, kita merancang untuk menyediakan sekolah asnaf di daerah Sik pada tahun depan demi membantu keluarga asnaf miskin.

"Selepas itu, kita akan susuli di daerah lain untuk mewujudkan sekolah asnaf terbabit dalam usaha membela nasib keluarga asnaf miskin." katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian selepas sesi penyerahan kunci Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim kepada Pengetua Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim, Abdullah Harun, semalam.