Thursday, November 8, 2018

Macam nie punya peruntukan untuk ISLAM pembangkang boleh pertikai lagi?

Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019.

Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada RM 1.2 bilion berbanding RM1.1 bilion pada belanjawan lepas.

Zaharuddin juga berkata mengetengahkan peningkatan peruntukan untuk Jabatan Kehakiman Syariah dari RM55.7 juta kepada RM68.4 juta dan Jabatan Pendakwaan Syariah dari RM3.4 juta kepada RM4.14 juta.