Sunday, February 17, 2019
Tiba masanya kita tahu hakikat tentang Tabung Haji!
Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.
BERITA pelupusan subsidi haji kepada jemaah pengiring yang tersebar sejak 10.00 malam hari Jumaat 15 Februari, sebenarnya bukan satu kejutan bagi wartawan yang sudah mengikuti dilema kewangan yang dihadapi Tabung Haji (TH).
Pada Mac 2018, enam minggu sebelum PRU14, isu ini sudah diperkata. Dalam satu pertemuan tertutup antara barisan kepimpinan tertinggi TH dan media massa di Cyberjaya – isu ini sudah dikemukakan.
Cuma pada masa itu kenyataan mengenai kemelut ini adalah rahsia. Mengapa rahsia?
Jawapannya mudah.
Sebab enam minggu lagi akan pilihanraya. Mengumumkannya secara terbuka adalah satu bencana!
“Kami perlukan bantuan media massa untuk mendidik bakal jemaah supaya tidak lagi bergantung pada subsidi. Kosnya sudah mencecah RM400 juta. TH tidak mampu menanggungnya,” kata pegawai tinggi TH berkenaan dalam ucapannya.
Wajahnya kusut dan suaranya berat tanda menanggung beban. Sepuluh pegawai tertinggi TH dan 20 wakil media massa agensi penyiaran milik kerajaan, mendengar kenyataan itu dengan rasa terkedu.
“Media massa harus membantu TH untuk menyedarkan masyarakat bahawa dengan kos hanya RM9,980 ia beban pada TH. Kos sebenar RM22,900. Baki RM12,920 adalah beban yang tidak dapat diteruskan TH,” kata pegawai tinggi itu lagi.
Wakil media massa yang mendengarnya agak mengejutkan kerana ini suara hati serta pertama kali kedudukan sebenar kemampuan TH disebut kepada media massa. Apa lagi menjelang pilihanraya.
Jangan harap kerajaan memgumumkannya. Siapakah ahli politik BN yang berani mengucapkan realiti ini menjelang pilihanraya?
Pendedahan berani dan jujur hanya datang daripada pemimpin korporat. Kumpulan yang memikul bahu kewangan TH yang sudah hampir patah.
Sikap kerajaan waktu itu serta realiti kepimpinan politik menjelang pilihanraya menyebabkan keadaan tenat TH dirahsiakan.
Hakikat politik yang mahu kekal popular menjadikan isu realiti kewangan TH disembunyikan.
Enam minggu menjelang pilihan raya menyebabkan isu subsidi TH satu fakta yang ‘haram’ untuk didedahkan. Undi 9.3 juta pencarum TH sangat penting.
Jadi, pada awal Mac itu, masalah TH yang sudah tidak mampu memberikan subsidi kepada jemaah haji kekal menjadi rahsia.
“Kami akan melabur dalam media massa untuk menyedarkan pencarum dan masyarakat, subsidi kini satu beban kepada TH!”
Ucap pegawai kanan itu tanpa membenarkan kenyataannya disiarkan.
Jadi, sebenarnya – soal subsidi jemaah haji adalah isu bom jangka. Kerajaan BN sudah menyedari realiti ini.
Namun, kepentingan undi PRU 14 menjadikan maklumat mengenai bibit-bibit krisis dalam TH hanya dibiarkan berlegar di sesi tertutup itu sahaja.
TH pada Mac 2018, sudah pun membuka ruang atau ‘memohon bantuan kecemasan’ ala SOS kepada media massa. Malah, bukan mengenai isu subsidi pengiring, tetapi menjelaskan kepada 320,000 bakal jemaah yang akan menunaikan haji dalam tempoh sedekad terdekat.
Itu cerita lama.
Tetapi kebenarannya sudah dikongsi sejak enam minggu sebelum PRU14 lagi. Justeru, ia bukan isu kerajaan BN atau PH. Ia realiti bahawa TH sebagai agensi korporat sedang parah.
Jadi, apabila muncul isu melupuskan subsidi kepada pengiring jemaah yang hangat sejak dua hari lalu, serta meletup-letup pada Sabtu (16 Februari) – jangan dipolitikkan.
Ini isu korporat yang bersifat bom jangka.
Cuma ia tidak meletup pada sebelum pilihan raya. Bomnya meletup hari Jumaat lepas, tujuh bulan selepas PRU14.
Menurut sumber terkini pula, pada Sabtu 16 Februari, pencarum dan masyarakat belum tahu yang TH mengalami kerugian RM1 bilion! Walaupun banyak aset tepu milik TH sudah diletakkan dalam seliaan Bank Negara – TH tetap sedang tenat.
Isu subsidi pengiring jemaah haji hanyalah bongkah ais di permukaan laut. Beban TH yang lebih besar, ialah gunung ais yang tenggelam di bawah permukaan air.
“TH sedang disusun semula. Masih tenat dan RM400 juta setahun sebagai subsidi, akan menyeret kemelut kewangannya ke dasar laut. Akan tenggelam TH kalau isu subsidi diteruskan,” kata sumber.
“Mana mungkin TH menanggung kos subsidi dan pada masa sama bertanggungjawab pada kepentingan 9.3 juta pencarum yang mengharapkan dividen dan hibah!” Jelas sumber itu lagi.
Secara korporat, kata sumber itu: “Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.
“Jadi hakikat sebenar, tahun ini sama, 32,000 jemaah telah mengambil RM400 juta keuntungan yang sebenarnya dividen milik pencarum,” kata sumber berkenaan.
Logiknya pula, menurut sumber itu, pengiring sepatutnya sedar dan berfikiran ehsan.
Mereka telah mendapat manfaat sebagai status pengiring dan memotong giliran jemaah haji yang lain. Ini bererti hak jemaah dalam senarai layak telah hilang.
“Pengiring didahulukan, Jadi, wajarkan menikmati 56% subsidi setelah mendahului giliran orang lain?
“Kalau pengiring pun nakkan subsidi, tidak adillah. Mereka ambil giliran dan mereka nikmati subsidi yang sepatutnya adalah dividen pencarum,” kata sumber.
Setiap tahun, terdapat antara 200 hingga 300 jemaah yang terlepas giliran kerana memberi laluan kepada pengiring.
Hari Sabtu, sekitar 5.00 petang, TH mengeluar kenyataan media sebagai langkah kawalan kerosakan. TH mengulangi jaminan kos haji tahun ini tetap disubsidikan.
TH menanggung subsidi RM12,920 untuk setiap jemaah. Jumlah keseluruhan jemaah tahun ini melebihi 32,000 orang.
Itu jawapan kawalan kerosakan kerana masyarakat sedang terperanjat. Namun, realitinya: Apakah masyarakat tahu betapa tenatnya TH.
Isu kemelut TH satu realiti bisnes korporat. Tiada kaitan politik kononnya, ini polisi Kerajaan PH yang sengaja mengabaikan jemaah haji.
Isu sebenar, ialah realiti kedudukan keadaan kewangan TH yang sedang tenat.
TH sedang disusun semula. Namun, mustahil dalam enam bulan keadaan ‘kesihatan kewangan dan pentadbiran dapat dipulihkan segara’.
Kes TH bukan panyakit yang baru melanda pada 10 Mei selepas PH menang. Isunya beban subsidi yang makin tinggi setiap tahun dan TH tidak lagi mampu membiayainya.
Apa pun jawapan popular yang dikeluarkan TH semalam, ia hanya satu kenyataan media bagi mengawal kerosakan kerana respons panik dan kemarahan awam.
Sedangkan logiknya, TH pada bila-bila masa saja akan mengumumkan subsidi RM400 juta setahun adalah beban. Malah, wajar dilupuskan.
Sama ada 32,000 jemaah masih diberikan subsidi RM12,920 per jemaah atau dikurangkan secara berperingkat-peringkat, ia tetap berita yang akan satu hari diumumkan.
TH kini bukan lagi agensi korporat yang sihat.
TH sedang disusun semula kerana suasana kewangannya memerlukan penstrukturan yang realistik secara bisnes. Bukan ditunggang untuk populariti politik.
Tidak mudah untuk TH berterus-terang keranan akibatnya pasti fenomenal.
Risiko kejujuran untuk mengakui TH bermasalah, akan menyebabkan 90% pencarum akan kecewa.
Malah, akan bertindak membuat pengeluaran simpanan secara mendadak dan beralih ke institusi pelaburan lain.
Ini risiko yang mampu mencetuskan teori domino.
Walaupun terdapat 9.3 juta pendeposit TH, harus difahami, hanya 10% sahaja pendeposit yang menyimpan untuk tujuan menunaikan haji. Manakala, 90% pendeposit adalah pelabur komersial. Itu sebab TH dalam dilema.
Era TH sebagai institusi yang hebat dan lubuk dividen kita berubah. Pada masa yang sama, pengurusan TH harus bijak mengendalikan suasana.
Selain isu subsidi, dalam masa terdekat akan ada lagi satu kejutan. Pendeposit sedang menanti pengumuman dividen.
Bekas pengarang ekonomi yang sempat dua penggal berkhidmat sebagai exco negeri sempat bergurau, tapi nadanya serius.
“Tahun ini realistiknya TH kena umum dividen bawah 1% dan tiada hibah,” katanya.
Bayangkan, kalau kenyataan bekas pengarang ekonomi dan ecxo negeri ini satu berita benar, apa respons pendeposit?
Tapi itulah hakikatnya. Hentikan sikap mengkritik dan mencela TH tanpa melihat realiti. Sekiranya isu pelupusan subsidi kepada 300 pengiring jemaah haji pun membuatkan masyarakat emosional, apa lagi untuk menerima berita dividen di bawah 1% dan tiada hibah.
Hentikan serangan melulu. Fahami dan terima hakikat bahawa TH kini sedang tenat. Namun, bukan tumbang. TH sedang disusun semula menjadi lebih dinamik dan kekal releven.
Kepada TH pula, hadapi rakyat dengan berani. Dedahkan semua. Biar rakyat faham hakikat sebenar. Ia memang pahit, tetapi sebagai agensi berteraskan agama, umat Islam harus relevan dan berjiwa besar untuk terus menyokong kebangkitan TH.
Malah, inilah masa kita berada bersama TH demi masa depannya!
— BebasNews
Assalamualaikum dan salam ikhwalmuslimin.
ReplyDeleteSaya tertarik tentang isu Tabung Haji (TH) untuk kita melihat dengan lebih meluas diatas sebab musabab situasi TH dilanda kemelut yang dilihat amat menngerunkan ini.
Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan olig saudara KedahLani, tapi maaf bukan lah seratus peratus saya menyetujuinya. Bagi saya banyak faktor lain yang perlu diambil kira mengapa TH terseret dalam keadaan terkini.
Sebahagian darinya harus dipertanggung jawabkan kepada mereka2 yang membuat keputusan di TH.
Disini ingin saya membawa beberapa isu, yang telah menyumbang kepada keadaan semasa.
Pertama, perlaburan perladangan kelapa sawit di Indonesia, kita ingin tahu apa yang telah terjadi dengan ladang di Indonesia itu. Adakah TH yang menuai labanya atau ada pihak lain yang menikmatinya.
Kedua, apa terjadi dengan pelaburan TH dalam sektor Industri Berat, khusunya Tabung Haji Engineering. Kita ingin tahu kedudukan sebenarnya, kalau ada laba, berapa kah yang didapati, atau segalanya telah menjadi debu....
Ketiga, bagaimana dengan pembelian hartanah yang sedikait sebanyak keterlibatan TH dengan 1MDB. Kita ingin tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut olih TH. Atau hanya retorik dari pengurusan kononnya membawa keuntungan.
Keempat, berapa banyakkah perbelanjaan pembaziran yang di buat olih TH setiap kali musim Haji. Berapa ramai, kakitangan dan pembantu2 yang dibayar olih TH semata2 untuk dilihat TH adalah terbaik, tapi sebenarnya pembaziran.
dan tak lupa, bagaimana dengan kota2 yang diberi kepada kroni2 yang mengendalikan pakej Haji selain dari Muasasah. Secara terperinci, berapakah keuntungan dari kota2 ini yang di terima TH.
Kita ingin tahu daripada 30000 lebih yang diperuntukan olih kerajaan Saudi, berapa peatuskah yang di nikmati olih mereka melalui Muasasah. Kita juga inga lihat data2 yg diperincikan, apakah yang menjadi perbelanjaan saorang jemaah Muasasah melebihi 20,000.00
Setelah semua ini diperjelaskan, maka kemungkinan kita bolih terima alasan2 TH untuk menarik subsidi yang kononya berjumlH 56%.
Janganlah olih kerana TH ingin menegekalkan laba2 yang selama ini diterima olih para kroni, maka para jemaah dijadikan mangsa.
Kepada Tuan Haji Menteri yang bertanggung jawab kepada TH, diharap dapat meneliti perkara ini, dan kalau perlu, apa kata kita minta pihak2 berwajib masuk membuat sedikit penyiasaatan di TH.
Sekian, Assalamualaikum.
19 billion aset TH di serahkan kpd SPV milik menteri kewangan..tak pulih ke kewaangan TH bila di serah kpd SPV?...setakat 400 juta subsidi berbanding 19 billion yg diterima oleh TH apelah sangat nilai nye...
ReplyDeleteAset2 TH yg diserah kpd SPV plak ape akan jadi?...di jual?....kpd siapa?...
Boleh saper2 jelaskan...
ini zaman tenologi maklumat.kawan dan lawan ada dlm tabung haji.akhirnya cerita sebenar akan keluar juga.bijak pandai pakar bersepah dlm kerajaan atau luar kerajaan.perkara kes nak sorok dan tipu fakta telah berlalu.pentadbiran kita sentiasa dilihat dan diselidiki setiap masa.semua tak boleh sorok dan temberang pasal laporan.oleh itu kenalah berjalan betul. jual asset dpt 19 billion banyak oiiii..madalah tabung boleh selesai.ada baki lagi boleh labur semula.
ReplyDeleteini zaman tenologi maklumat.kawan dan lawan ada dlm tabung haji.akhirnya cerita sebenar akan keluar juga.bijak pandai pakar bersepah dlm kerajaan atau luar kerajaan.perkara kes nak sorok dan tipu fakta telah berlalu.pentadbiran kita sentiasa dilihat dan diselidiki setiap masa.semua tak boleh sorok dan temberang pasal laporan.oleh itu kenalah berjalan betul. jual asset dpt 19 billion banyak oiiii..madalah tabung boleh selesai.ada baki lagi boleh labur semula.
ReplyDeleteIni adalah angkara pihak2 yg tak bertanggung jawab yg telah diberi amanah tidak berlaku jujur akibat mendatangkan masalah terhadap TH. Mereka mendapt lebah yg besar tapi memusnahkan perkembangan ekonomi TH utk mendapatkan untung bagi pengdepositnya. Harapkan pagar tapi pagar yg mkn padi.
ReplyDelete