Saturday, December 14, 2019

INDIA DAPAT KUIL & CINA DAPAT TANAH.. MELAYU DAPAT APA..?

Nampaknya sehari dua ini fitnah mengenai INDIA DAPAT KUIL, CINA DAPAT TANAH & MELAYU DAPAT GAMBAR YANG DI ROBOHKAN RUMAH! ini sedang berlegar di merata media sosial.

Golongan yang menyebar kan ini kebanyakan berlegar dalam wasap group sekolah, masjid, taman terus menyebarkan propaganda dan persepsi mmeburukkan kerajaan PH.

Dari apa yang dilihat gambar INDIA DAPAT KUIL itu adalah perjumpaan menteri dengan pemilik kuil yg berlaku rusuhan di Selangor dua tahun lepas dan tak ada upacara serahan kuil pun.

Dan dari CINA DAPAT TANAH pula adalah proses penyerahan geran tanah kepada penduduk Kg Baru di Perak. Penyerahan geran tersebut sebenarnya kerajaan negeri berikan kepada semua kaum dimana Melayu dapat India pun dapat..


Namun yang dibesarkan Cina sahaja.. ia hanya satu sahaja iaitu nak bagi kerajaan ph nampak hodoh di mata rakyat dan nanti datang pilihanraya rakyat akan tolak ph.

Sedangkan sebelum ini pembangkang dendangkan lagu kata kerajaan ph tipu rakyat untuk menang jadi sekarang takan pembangkang pun buat kerja yg sama menipu dan memfitnah ph dengan isu sentimen agama dan bangsa untuk menang..


2 comments: