Saturday, December 14, 2019
SUDAH 8 PERKARA YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN PH SECARA SENYAP-SENYAP
Sudah 8 pencapaian cemerlang dibawah Kerajaan Pakatan Harapan yang terpaksa disenyapkan, demi nak selamatkan UmPas dari terus bergelumang dgn dosa main isu agama & perkauman sebab dah takde modal nak fitnah kerajaan..
SENYAP-SENYAP.... 8 PERKARA YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN SECARA SENYAP-SENYAP
1. SENYAP-SENYAP SAHAM FGV NAIK 104.69% (LEBIH SEKALI GANDA).
Saham-saham FGV di mana pemegangnya 100% peneroka dan pemegang taruh golongan Bumiputera Muslim naik dari RM0.64 setahun yang lalu kepada RM1.31 pada 26 November 2019, sekaligus mengukuhkan penglibatan golongan Bumiputera Islam dalam bidang ekonomi.
(https://www.majalahlabur.com/saham/harga-saham-fgv-naik-100-tak-sampai-setahun/)
2. SENYAP-SENYAP TABUNG HAJI CATAT UNTUNG BERSIH RM500 JUTA DALAM Q3 2019.
Tabung Haji yang membantu berpuluh ribu orang Islam menunaikan hasrat mengerja Haji kini mempunyai untung bersih sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh Jan-Sep 2019, sekaligus meningkatkan nilai caruman para pencarum.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/11/632922/tabung-haji-catat-untung-bersih-rm500-juta-suku-ketiga)
3. SENYAP-SENYAP PETRONAS CATAT KEUNTUNGAN RM36.4 BILION DALAM SEMBILAN BULAN PERTAMA 2019.
Meskipun keuntungan bersih Petronas dalam tempoh Jan-Sep 2019 susut 11% berbanding Jan-Sep 2018, prestasi ini menunjukkan keberdayasaingan Petronas dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Perlu faham, pasaran minyak dikawal oleh major players dari negara asing, dan Malaysia (Petronas) hanya small player di peringkat global. Namun Petronas masih mampu bertahan melalui cara tadbir urus yang lebih cekap, berhemah dan bijak.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632326/petronas-catat-untung-bersih-rm364-bilion-untuk-tempoh-sembilan-bulan)
4. SENYAP-SENYAP TELEKOM MALAYSIA RAIH UNTUNG BERSIH RM261.3 JUTA DALAM Q3 2019.
Meskipun harga internet telah diseparuhkan (agar pengguna internet yang mana majoritinya Bumiputera Muslim mampu menikmati kelajuan internet yang sama pada harga yang lebih murah berbanding zaman BN), TM masih mampu mencatat turnover dari kerugian RM175.59 juta dalam Q3 2018 kepada keuntungan RM261.3 juta dalam Q3 2019. Pelik bukan? Harga internet telah diseparuhkan, jadi pendapatan TM pun sepatutnya berkuranglah. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pihak pengurusan TM berjaya meningkatkan untung bersih TM sebab cekap dan kurangkan pembaziran.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632235/tm-raih-untung-bersih-suku-ketiga-rm2613-juta)
5. SENYAP-SENYAP MAHB CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI RM197.87 DALAM Q3 2019.
MAHB adalah pihak yang mengurus operasi lapangan terbang, berbeza dengan syarikat penerbangan MAS. MAHB berjaya meraih keuntungan bersih RM197.87 juta dalam Q3 2019, peningkatan daripada RM168.49 juta dalam Q3 2018. Peningkatan jumlah ini didorong besar oleh peningkatan jumlah penumpang di Malaysia sebanyak 8.9%. Maksudnya, penumpang-penumpang seperti businessmen, pelancong dan sebagainya yang menaiki kapal terbang semakin ramai.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/11/632632/mahb-raih-untung-bersih-rm19787-juta)
6. SENYAP-SENYAP RHB BANK CATAT UNTUNG BERSIH LEBIH TINGGI (RM615.8 JUTA) DALAM Q3 2019.
RHB adalah bank swasta. Namun, kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan saham yang terbesar di dalam RHB. Penglibatan kerajaan Malaysia adalah melalui KWSP (41.4%), PNB (10.1%) dan 3.24% (KWAP), yang mewujudkan blok kerajaan Malaysia sebagai "pihak paling berkepentingan" dengan saham majoriti 54.74% dalam RHB. RHB untung, kerajaan melalui KWSP, PNB dan KWAP pun untung. KWSP, PNB dan KWAP untung, akhirnya golongan yang paling untung adalah golongan Bumiputera Muslim yang dibela oleh GLC.
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/631926/rhb-bank-raih-untung-suku-ketiga-rm6158-juta)
7. SENYAP-SENYAP DRB-HICOM MENCATAT KEUNTUNGAN RM40.08 JUTA DALAM BULAN JUL-SEP 2019.
DRB-HICOM adalah ibu syarikat yang memiliki 49.9% Proton, 70% Bank Muamalat, Puspakom, Pos Malaysia dan sebagainya. Pemegang saham terbesarnya seorang Bumiputera Muslim, dan pemegang saham lainnya termasuk GLC-GLC seperti KWSP dan Lembaga Tabung Haji. DRB-HICOM telah berjaya mencatat turnover sebanyak RM51.5 juta bagi mencapai keuntungan RM40.08 juta dalam Q2 2019 (Jul-Sept 2019) berbanding kerugian RM11.42 juta dalam Q2 2018 (Jul-Sept 2018).
(https://bebasnews.my/2019/11/28/24367/)
8. SENYAP-SENYAP TNB RAIH KEUNTUNGAN LEBIH DUA KALI GANDA.
TNB telah berjaya meriah keuntungan bersih RM1.2 bil dalam Q3 2019 berbanding RM501 juta dalam Q3 2018, sekaligus merekodkan peningkatan lebih dua kali ganda. Antara pemilik-pemilik saham TNB adalah Khazanah Nasional (27.3%), KWSP (15.2%), PNB (14.1%), KWAP (5.4%), Amanah Raya dan sebagajnya.
(https://headtopics.com/my/tnb-catat-keuntungan-bersih-rm1-2-bilion-the-malaysian-insight-9813082)
Ko main sedap cakap je ye. Mane ade, 1mdb lagi Untung, Berapa ramai Yg dijutawankan oleh kompeni tu. Sampai nak pujuk bini pun main ratus2 ribu. Ingat kalau takde 1mdb boleh ke buat mcm tu . Aku yg pagi ptg siang mlm bergelumang Minyak pun, nak Beli HP utk anak pun berkira kira...
ReplyDeleteDalam dok heboh pun ramai masih tak tahu. KES SRC DAH MASUK HARI KE 63 NAJIB DIBICARAKAN MASIH RAMAI YANG KATA KALAU BETUL NAJIB BERSAALAH BICARAKANLAH. Lone ranger pomen (merujuk kepada perbicaraan kes SRC) Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor dipilih sendiri oleh isteri bekas perdana menteri itu. Pembelian jam tangan berkenaan bertujuan menebus rasa bersalah memandangkan percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh disebabkan beliau perlu pulang segera ke Malaysia kerana Kelantan dilanda banjir teruk pada bulan Disember 2014. Lihat betapa sayangnya Najib kepada rakyat berbanding isteri dan keluarganya. Isterinya pulang ke Malaysia melalui Thailand dan bermalam di Bangkok. Sebanyak RM127,017.46 pula dibelanjakan untuk menginap di Shangri-La Hotel dan lain2 perbelanjaan bersama pembantu-pembantunya. Tak tahu pula samada dia singgah di Kelantan jumpa rakyat yang sedang mengharungi kesusahan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL.
ReplyDeleteTak baik tuduh..mahkamah belum jatuh hukum...
ReplyDeletePerkataan yang mana ditafsirkan sebagai tuduhan? Angka RM466.330 dan RM127,017.46 adalah merujuk kepada kenyataan Najib sendiri semasa beliau membela diri di mahkamah.
ReplyDelete