Sunday, December 22, 2019

ISU HANGAT DI LANGKAWI : PEROBOHAN RUMAH PANTAI PASIR BERDENGUNG

ISU HANGAT DI LANGKAWI : PASIR BERDENGUNG

1. Ianya bukan perkampungan warisan Melayu yang digembar gemburkan oleh orang luar Langkawi. Hanya orang Langkawi sahaja faham situasi.
.
2. Ia merupakan perkampungan yang dibuat oleh golongan tertentu bagi matlamat tertentu.
.
3. Mengapa saya berkata bermatlamat tertentu? Kediaman yang dirikan bukan tujuan untuk didiami tetapi bertujuan untuk komersial , rumah sewa , homestay dan chalet.
.
4. Sejak 2014 dan 2016 lagi notis amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan agar hentikan sebarangan pembinaan baharu tetapi mereka ingkar kerana telah mendapat sokongan oleh tangan - tangan ghaib ketika itu.



Sila rujuk Mantan - mantan YB ketika itu Nawawi Ahmad (Dato Ir Nawawi Ahmad), Nor Saidi Bin Nanyan dan Rawi Hamid.
.
5. Rumah - rumah yang dibina adalah dimiliki oleh Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat semasa, Pegawai Kerajaan, Bekas Pegawai Pencen Kerajaan , pemimpin politik.
.
6. Bukannya pemiliknya orang susah seperti kebanyakkan penduduk Langkawi yang lain, tidak memiliki rumah.
.
7. Isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana pemimpin pembangkang hari ini juga sudah lama sedia maklum dan pihak kerajaan hari ini juga sedia maklum.
.
8. Dengan hanya tindakan penguakuatkuasa sahaja dapat menghalang golongan - golongan tertentu daripada terus menidakkan hak golongan yang kurang berkemampuan.
.
9. Saya akan terkesan sekiranya rumah yang diroboh itu atas faktor tidak sah taraf tanah itu adalah sebuah perkampungan lama dan didiami penduduk yang kurang berkemampuan dan tidak diberi pampasan dan tempat tinggal yang baharu.
.
10. Ramai lagi penduduk Langkawi yang perlu dibela dan dibantu. Terutama anak - anak muda.
.
11. Sekiranya tindakan ini tidak di ambil hari ini, banyak lagi kawasan - kawasan akan dicerobohi demi kepentingan tersendiri.
.
12. Tak kira waktu itu kerajaan Pakatan Harapan atau Kerajaan Baharu. Isunya tetap sama kerana termaktub dalam undang - undang kanun tanah negara.
.
13. Saya juga tidak ralat atas tuduhan kroni atau lain - lain kerana rumah yang terlibat dan dirobohkan juga dimiliki oleh Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional dan Wakil Rakyat Pakatan Harapan.
.
14. Pihak berkuasa tidak pilih bulu, kedua - dua rumah pemilik terbabit dirobohkan kerana undang - undang hari ini tidak kenal siapa anda.

Amar Pared Mahamud
Anak Muda Jati Langkawi
19 Disember 2019

No comments:

Post a Comment