Sunday, December 22, 2019

Kerajaan PH kejam sebab bayar pampasan pada penceroboh yang bina rumah di atas tanah kerajaan di Langkawi..

Sudahlah Ceroboh Tanah Kerajaan, Dapat Lagi Duit Pampasan: Siapa Yang Kejam Sebenarnya?

Baru-baru ini satu operasi merobohkan rumah-rumah haram di sekitar kawasan Langkawi telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah serta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Operasi berkenaan dilakukan berikutan lambakan rumah-rumah yang dibina untuk dijadikan chalet dan homestay diatas tanah milik kerajaan.

Seperti biasa, usaha itu telah disalahertikan oleh sesetengah pihak dan menjadikan ia sebagai isu untuk menghentam kerajaan.

Siapa yang kejam sebenarnya?

Keputusan untuk merobohkan rumah-rumah tersebut bukanlah baru dibuat sebaliknya notis telah dikeluarkan pada tahun 2014 dan 2016, yakni sebelum Pakatan Harapan memerintah.


Difahamkan, rumah-rumah haram yang dibina di sekitar kawasan Pasir Berdengung, Bukit Malut dan beberapa lagi semakin meningkat saban hari.

Malah, dikatakan seorang pengusaha ada yang memiliki lebih dari 3 biji rumah haram dan mereka ini bukanlah dikalangan orang miskin seperti yang didakwa.

Jumlah rumah yang ada di kawasan Pasir Berdengung adalah sebanyak 113 buah, bagaimanapun hanya 2 buah rumah sahaja yang didiami penduduk Langkawi.

Selebihnya hanyalah rumah-rumah haram yang dibina penceroboh untuk dijadikan homestay dan chalet.

Sudahlah bina rumah haram, kaut untung dari sewaan chalet dan homestay, sekarang buat kecoh pula.

Apa salahnya kerajaan nak robohkan rumah-rumah haram untuk tujuan pembangunan. Penceroboh ini sepatutnya sedar, apa yang mereka lakukan itu adalah salah dan sepatutnya kerja-kerja meroboh itu dilakukan tanpa sebarang tuntutan pampasan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi, yang juga Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah menjanjikan pemberian pampasan sebanyak RM5000 kepada pemilik rumah haram tersebut pada hari Ahad.

Masih mendapat pampasan walau penceroboh ini melakukan kegiatan haram, namun mereka masih bertempik kononnya kerajaan kejam.

Sepatutnya tak timbul soal pampasan bila yang membina rumah, homestay, atau penceroboh ini menyedari tanah itu bukan milik mereka, dan tak pernah memohon tanah itu, jauh sekali membayar apa bentuk sewa atau premium.

Kerajaan yang kejam atau mereka yang bodoh kerana bina rumah diatas tanah haram.

Salahkah kerajaan nak ambil semula tanah tersebut untuk membuat pembangunan?

Sumber fb PERAK TODAY
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2666124030104176&id=523441357705798

2 comments:

  1. Jgn bagi $5000. Bagi jam 1/2 juta punya harga, baru la tak kejam. Nampak sayang rakyat. Org pujuk bini je pun bagi jam ratus2 ribu. Ni roboh rumah org tu. Ingat reban ayam ke.

    ReplyDelete
  2. Kikikiki... Kalu masih x trasa tk tau la. Skit punya pedas sindiran tu.
    Camner ek nk dpt hati yg slamber badak camtu walau disindir..

    ReplyDelete