Thursday, February 14, 2019

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengancam untuk mengambil tindakan saman ke atas Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan lidah rasmi parti itu, Harakah kerana didakwa memfitnah beliau.

Dalam satu artikel yang dimuatnaik oleh Harakah yang turut merujuk kepada kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘Ijazahnya ada, akalnya kerdil’ dipercayai ditujukan kepada Menteri Agama itu berikutan satu gambar yang telah di edit mendakwa Dr Mujahid menyebut Nabi Muhammad SAW juga tidak ada ijazah.

Dr Mujahid telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dr Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini berkata;

Sekali lagi diingatkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan atau membuat tuduhan (fitnah) akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Harap Media Rasmi PAS menarik balik artikel (http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/9724-ijazahnya-ada-akalnya-kerdil) berunsur tuduhan (fitnah) terhadap Menteri atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang. - Admin

Dasar baru MOA pentingkan kebajikan rakyat

Dasar baru MOA pentingkan kebajikan rakyat
RENCANA KHAS

BERSEMPENA dengan valentine day, (hari mengingati kekasih) 14 Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, (MOA) Salahuddin Ayub akan meluncur dan membentangkan dasar kementeriannya secara rasmi.

Walaupun sebelum ini beliau telah mengumumkan beberapa pendekatan atau langkah akan dipraktikan di kementerian itu selari dengan aspirasi kerajaan PH, namun hala tuju atau dasar lengkapnya akan dapat diketahui pada hari tersebut.

Dasar dan hala tuju bagi sesebuah kementerian sangat penting. Ia merupakan blue print dan wawasan menterinya. Sepanjang tempoh itu nanti, apa yang dirangka dan wawaskan itulah akan dilaksanakan.

Nik Abduh.. Ibarat Orang Lemas Sanggup Berpaut Di Ranting Yang Rapuh..

Nik Abduh.. Ibarat Orang Lemas Sanggup Berpaut Di Ranting Yang Rapuh..

Ini baru contoh dunia. Belum gambaran di akhirat bagaimana seorang anak sanggup berbuat apa sahaja termasuklah menyalahkan ayahanda sendiri untuk menyelamatkan diri sendiri ketika di hisab.. Mengambarkan keadaan manusia yang porak peranda di akhirat. Di dunia sudah tergambar..

Keadaan mula menjadi getir apabila Setiausaha Agong Pas Dato Takiyuddin membuat pendedahan rasmi pada media bahawa audio Nik Abduh adalah benar. Negara gempar seketika apabila kenyataan Nik Abduh sebelum ini menafikannya.

Hari berikutnya, Nik Abduh kemudian tampil menyalahkan Presiden Pas kerana memberi restu untuk beliau berbohong berhubung audio di dalam satu sesi penerangan 'Pas ambil duit Umno".. Persoalannya.. benarkah Presiden Pas memberikan restu pembohongan Nik Abduh..?