Saturday, October 5, 2019
Media PH gagal salurkan maklumat tepat, baik menteri penerangan letak jawatan!
MIER bagi cadangan kpd Tun, suruh buat semula GST untuk meringankan beban ekonomi yang terpaksa ditanggung kerajaan sekarang.
Atas cakap berlapik menghormati MIER, Tun kata kena tanya rakyat.
Lalu kebanyakan rakyat termasuk TV3 suku, memahami dan sengaja mengulas seolah Tun dan kerajaan nak laksana semula GST.
Cara TV3 menebual individu tertentu untuk menyokong GST dilaksanakan semula seolah GST betul2 akan dilaksanakan semula.
GST : Orang Lain Yang Bagi Cadangan, PH Pulak Yang Disalahkan...
Orang lain yang bagi cadangan kerajaan PH yang di fitnah dan di tomah dikatakan nak laksanakan GST semula.
Sedangkan MIER inilah juga pada tahun 2013 yang beri idea kepada BN NAJIB supaya laksanakan GST nie..
Dan selama 2 tahun rakyat Malaysia bergelumang dengan sistem yang dimanipulasi oleh BN untuk buat duit dengan sedut dari poket rakyat.