Thursday, December 5, 2019
Mana bukti yang mengatakan ada pimpinan PH perlekeh hudud. Mana dia?
Saya tanya soalan ni berulang kali ... mana bukti yang mengatakan mana-mana pimpinan Pakatan Harapan perlekeh hudud. Mana dia?
Tapi itulah modus operandi mereka. Memaksakan naratif palsu mereka ke dalam minda masyarakat. Pembohongan di atas pembohongan. Fitnah di atas fitnah.
Kerapkali sudah dijelaskan bahawa isu berkenaan perlaksanaan hudud adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Isu yang melibatkan perlembagaan tidak boleh ditangani secara partisan. Ia memerlukan konsensus. Ia memerlukan suasana yang kondusif untuk melakar asas perbincangan yang bermakna.
Apabila pembangkang berbohong dan cuba menghalalkan pembohongan
Lapuran audit ini adalah untuk tahun 2016-2018. Tempoh itu kebanyakannya di bawah pentadbiran kerajaan lama. PH baru ambil alih pertengahan 2018.
Tetapi pihak pembangkang memainkan isu ini seolah-olah PH sengaja membiarkan warga China dan India terus menetap di negara. Lepas itu mereka kaitkan pula dengan DAP.
Inilah modus operandi politik pembangkang. Fitnah diatas fitnah. Bohong di atas bohong. Mereka membina persepsi dengan cara yang sangat cela demi untuk berkuasa. Lebih buruk ... mereka membungkus kejahatan ini dengan pakaian agama dan menyebarkan kepada khalayak.
Maka, apakah yang lebih zalim dari yang demikian itu?
Jamzuri Adni
Artikal berkaitan..