Wednesday, March 25, 2020

KITA tak mungkin putuskan rantaian dan menang berperang dgn COVID-19 jika kita TIDAK BERDISIPLIN??

"HUMAN BEHAVIORAL" dan Demography yg berbeza dgn Singapore dan Korea Selatan.


1) Yiddin kata keadaan mungkin makin teruk kes COVID-19. Aku dah kata dah, COVID-19 di Malaysia tidak mudah stop tapi ada yg kata depa optimis kes akan menurun sbb Grafnya mcm Singapore. Jgn tengok GRAF Singapore, sabaq sat, jgn optimis sgt. Faktornya tak sama. Boleh tgk faktor Korea Selatan tapi tindakan "affirmative" kerajaan dan masyarakat Korea Selatan sgt berbeza dari kerajaan dan rakyat Malaysia.

2) Come on....hgpa ni faham ke tidak dah sejuta kali aku kata jgn bandingkan dgn Singapore sebuah pulau kecil yg rakyatnya tak boleh bergerak jauh, populasinya kecil, pintu masuknya terhad. Orgnya tidak berkerumun sana sini sebyk kita.

3) COVID-19 ni intelligent dan berjangkit akibat "Human Behavioral". "Human Behavorial" dan Demography Malaysia hampir sama mcm Italy bukan Korea Selatan dan bukan Singapore.

4) Kalau lah kita ni mcm Korea Selatan dan Singapore, tak perlu lah kita nak sambung MCO lagi 14 hari atau mungkin perlukan Lockdown mcm Jakarta, Thailand dan India??

5) So bersedialah. Sbb org Malaysia masih ada yg tak peduli MCO dan "Social Distancing". Aku tgk dgn mata aku sendiri hari ni hari ke 8 MCO selepas 3 atau 4 hari lsg tak keluar rumah aku terpaksa keluar beli brg dapur.


6) Aku tak suka nak keluar, tapi utk family, sbb byk jugak brg2 yg tak boleh order online, aku keluar lah jugak. Lagipun aku perlu beli glove di farmasi. Order online asyik disuruh cancel. Aku nak kelur, siap pakai Nasal Spray dulu, pakai mask, pakai glove, spray "alcohol disinfectant" pd stereng kereta, gear, hand brake dan signal sebelum start enjin.

7) Aku melilau ke 3 atau 4 pasaraya dan hypermarket nak cari yg paling kurg org dan boleh kekalkan SD. Sgt sukar. Ada sesetgh brg aku beli di kedai runcit bila tgk kurg org. Tu pun jenuh nak mengelak..sbb ada shj yg nak dtg dekat tak reti nak patuh SD.

8) Tadi aku tegur satu pasangan Indonesia yg tak boleh jarakkan diri 2 meter sewaktu aku sdg byr di kaunter. Dah le tak pakai mask. 4 atau 5 hari lepas aku tegur sorg brader Melayu dan nyonya yg tak pakai mask pun, taknak keep SD dtg dekat aku masa aku nak timbang sayur di Tesco. Byk jugak brg 

9) Faham tak kenapa aku kata sukar? Aku tgk ramai je tak pakai mask, tak pakai glove, ambil troli takde plak dia org nak spray handle troli dgn "disinfectant" dulu. Benda mcm ni bleh jd "Sporadic" sbb kita tak berdisplin.

10) Klau kita cukup berdisplin tapi kena jugak itu takdir Allah lah, kena redha. Tapi kena lah usaha dulu. Jgn sambil lewa harap org lain je jaga disiplin?

11) Rakyat kita ni memg tak berdisiplin. Sifat kepatuhan masih rendah. Berkali2 PA system Tesco keluarkan amaran kelalkan SD depa buat derk jer. Yg lalu dan stop dekat aku, aku rasa mcm nak siku jer...

12) Walau ada peraturan, ramai lagi yg tak peduli. Yg tak pakai mask, yg masih nak dtg berckp2 sesama mereka dekat2 dgn kita. Yg pakai mask mcm nak taknak, pakai mask tapi hanya tutup mulut, hidung tersembul keluar jugak. Pakai mask kain yg 0% dari virus pun ada...hadoi. Mcm2 perangai acuh tak acuh org kita aku tgk.

13) Tadi depan aku, kat parking ada bdk Food Panda buka mask, lepastu bersin depan satu brader ni yg sdg leka tgk hp dia. Jarak sekitar 1 meter shj antara mereka. Brader tu lari dok jauh2 terdengar org bersin dekat dia. Aku hanya mampu geleng kepala.

14) Itu pemerhatian aku. Berapa juta lagi di seluruh Malaysia yg endah tak endah. Aku baca laporan, kereta masih byk di jalanraya dan kwn2 di kpg bgtahu, masih ramai yg balik kpg.

15) Bukan aku nak suruh panik atau paranoid TAPI berdisiplin dan tahu apa perlu dibuat. Ambil langkah kebersihan dan keselamatan yg PALING WAJAR.

16) Sedar tak yg kita tak mgkin putuskan rantaian jangkitan dan menang berperang dgn COVID-19 jika kita TIDAK BERDISIPLIN?? Apa lah nak jadi dgn kita semua?


Wallahualam.
- Zus Din
25 March 2020
..........................
VIDEO: PM: 172 kes baru, keadaan mungkin lebih buruk

No comments:

Post a Comment