Thursday, June 18, 2020

Apakah jaminan parti SABAH & SERAWAK akan bagi sokongan pada DSAI untuk jawatan PM?


Tiada jaminan WARISAN akan sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas 6 bulan Tun Mahathir menjadi PM. Begitu juga dgn tiada jaminan Tun Mahathir akan melepaskan Jawatannya selepas 6 bulan. 

Letaklah tarikah bila pun masih tidak menjamin apa2. Dengan perjanjian selama 2 tahun susah dilepaskan, inikan pula 6 bulan.

Diakhirnya rakyat dan negara akan terheret dari dalam permainan politik yg tidak berkesudahan.

Kita hanya ada dua pilihan, melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke-9 atau bekerja bermula dari sekarang bagi menghadapi PRU15.

#DSAI4PM
#TeamReformasiKB

APAKAH RAHSIA ATOK YANG MASIH DISIMPAN OLEH MP PUNCAK BORNEO YANG BELOM DIBONGKAR?


APAKAH RAHSIA ATOK YANG MASIH DISIMPAN OLEH MP PUNCAK BORNEO DARI PN YG DULU MENANG ATAS TIKET PKR..

APAKAH ATOK DAN MP TERSEBUT MASIH MENYMPAN SATU RAHSIA YANG MANA BILA TERBONGKAR IA BISA MEMALUKAN ATOK...

JADI KITA SEMUA TUNGGULAH KESUDAHAN EPISODE SINETRON YG SEDANG DIPERSEMBHKAN SKRG INI..

Melayu tak takut, tapi ditakutkan Najib yang takut ke penjara...!!!

DAP akan hancur orang Melayu – demikian dakwaan Najib dan Muhyiddin.


Apakah benar orang Melayu mudah dihancur sehingga sebuah parti politik pun boleh hancur orang Melayu.

Apa buktinya dalam sejarah orang Melayu dihancur.

Bagi Melayu yang takut dihancur ingin saya rujuk kepada sejarah orang Melayu.

Ya. Memang mereka lemah dari segi kewangan. Tetapi mereka tidak hancur. Diserang dan ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Melayu tidak hancur. Ditawan sebahagian oleh Siam, Melayu tidak hancur. Dikuasai oleh Jepun bangsa Melayu terus kekal tidak jadi seperti tamadun Egypt yang sudah hilang, tamadun Greek (Yunani) yang runtuh, tamadun Rome, tamadun Aztec, tamadun-tamadun asli Amerika Tengah dan Selatan yang dihancur dan banyak lagi.

Semasa semua tamadun dan negara-negara ini muncul, tubuh dan diri tamadun mereka bangsa Melayu berada dan turut berada

British balik dan cuba rampas Tanah Melayu – mereka gagal

Melayu tuntut kemerdekaan dari sebuah kuasa besar, berjaya

Setelah ambil alih negara, pentadbiran Melayu selamatkan negara dari gerila komunis – mereka diri Kerajaan yang berwibawa, maju berbanding dengan tanah jajahan orang Eropah yang lain, yang hancur jadi serbuk, tidak stabil, tidak maju, tetapi Malaysia dapat ditadbir dengan baik, maju dan Melayu tidak hancur.

KENAPA DAP KALUT SANGAT NAK JADI KERAJAAN?


 #Rupa-rupanya seluruh DAP mahukan Tun M jadi PM? Mari kita #HASUT DSAI utk bertegas TOLAK Tun M.

1) Sebelum ini saya telah kritik #sebahagian dari Amanah lalu saya diserang dan dimaki hamun dituduh mahu adu domba dan memecah belahkan PH. It's ok. Itu juga yg pernah berlaku pada tahun 2015 sewaktu saya mula-mula mendedahkan Kartel. Org biasanya takut pada perkara yg mereka tidak faham.

2) Saya penuh sedar yg tulisan saya mengkritik DAP ini akan mengundang maki hamun dari pentaksub-pentaksub DAP yg menyangkakan parti itu sesuci embun pagi. DAP sebenarnya sedang menunjukkan sikap #Abg_Long mereka ke atas DSAI dan PKR. Ini adalah tembelang terbaik yg mereka sdg tunjukkan.

3) MySalam 200 juta kali RM kpd DAP. 😅 Cara DAP membuat desakan terbuka ini hanya beri peluru kpd PN dan M(B)N utk tambah jahanamkan lagi imej PH dan "mengesahkan "NARATIF" UMNO-PA$ bahawa PH kononnya dikuasai oleh DAP. Terrima kasih 400 juta kali RM pula buat DAP. Izinkan saya menambah garam pada luka itu.

4) Apa yg DAP kalut sgt nak jadi kerajaan? Bukankah di dalam Mesyuarat MP PH dulu apabila SUA Bersatu waktu itu Marzuki Yahya membayangkan akan keluar dari PH maka wakil Amanah dan DAP kata mereka tak kisah jadi pembangkang sebab dah biasa jadi pembangkang? Tiba2 bagi alasan nak dapatkan mandat rakyat pula? Kalau begitu, dulu otak letak di lutut kah bila menempelak Marzuki? Skrg dah tak suka dan tak tahan nak jadi pembangkang ke sehingga sanggup mengangkat semula seorang yg telah meletak jawatan PM? Bukankah org yg sama yg bertanggungjawab merancang plot yg menjatuhkan PH dulu?

Wednesday, June 17, 2020

TEKNOKRAT MUDA TIADA TEMPAT DI DALAM ERA KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL


1. Saya cukup terkejut dengan apa yang dialami oleh seorang anak muda yang cukup membanggakan negara iaitu saudara Jalil Rasheed yang merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad. Beliau mengumumkan perletakan jawatan kelmarin.

2. Anak muda yang mempunyai bakat dan kredibilitI INI, Baru sahaja berumur 38 tahun sudah mampu menerajui sebuah syarikat yang sungguh memberi 1001 makna kepada negara dalam aspek pelaburan. Pelbagai usaha rejuvenasi yang dilakukan oleh beliau untuk memastikan PNB berada di jalan yang benar dalam menghadapi cabaran semasa.

3. Meneliti pencapaian beliau, Jalil berpengalaman dalam mengurus dan melaburkan aset di Asia Selatan berjumlah lebih 1.2 trillion dollar di 25 buah negara. Aspirasi beliau untuk komited dalam menangani isu tadbir urus dalam syarikat pelaburannya sangat ditagih.

Alhamdulillah.. Kedai judi dah boleh beroperasi semula!!


Syukur Alhamdulillah..  Nampaknya golongan kaki judi boleh bergerak semula selepas kena kurung sepanang PKP tempohari..


Benarkah ANWAR IBRAHIM dikatakan gila jawatan PERDANA MENTERI..!!


1.Pada malam keputusan pru, zahid dan najib ada menghubungi dsai di pusat rehab dan menawarkan tawaran terbaik buat pkr dan beliau. Jawatan No 1 ditawarkan kepada kak wan dan akan di amik alih oleh dsai setelah menjadi MP kelak. Tawaran itu ditolak oleh dsai

2.Umno sekali lagi membuat tawaran setelah dsai menang prk PD, tawaran kali ini hampir sama dgn tawaran malam keputusan pru. Kali ini dsai ditawarkan jawatan No 1 manakala umno di jawatan No 2. Tawaran tersebut ditolak oleh dsai

3.Dikatakan Abah Sembam juga ada membuat tawaran sedemikian rupa sebagai syarat sokongan pkr dan dsai dialih dari PH kepada PN. Tawaran tersebut ditolak oleh dsai.

Tuesday, June 16, 2020

KEMANA POLITIK AMANAH & DAP APABILA SOKONG TUN M JADI PM BUKANNYA ANWAR..??


NAMPAKNYA POLITIK PH SEMAKIN TIADA KEPUTUSAN DAN SEPERTI DIKATAKAN SEKARANG DIMANA AMANAH DAN DAP BERSETUJU UNTUK MENGANGKAT TUN M SEKALI SEBAGAI CALON PM DARI PH PLUS.

NAMUN APABILA HARI SELASA TIBA DIDAPATI MASIH TIADA KEPUTUSAN UNTUK MENYATAKAN SIAPA CALON PM SEBENARNYA..

JADI NAMPAKNYA DIDALAM PH SENDIRI SUDAH ADA KEPUTUSAN BERCANGGAH DIMANA HANYA PKR SAHAJA YG KEKAL MENYOKONG ANWAR SEBAGAI PM...

JIKA SETERU INI BERLAKU MAKA DIMANAKAH AMANAH DAN DAP SEMASA PRU15 NANTI...???

Thursday, June 11, 2020

‘PENCAPAIAN’ #100 HARI KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL (PN)


Berikut merupakan kronologi kegagalan kerajaan 'tebuk atap' pintu belakang Penyamun Nasional (PNipu) sepanjang 100 hari pertama pentadbiran rejim mereka tanpa mandat rakyat


Wednesday, June 10, 2020

RENUNGAN 100 HARI PN - LEGASI JENIS APAKAH MUHYIDDIN AKAN TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG?

Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada amanah dan mandat yang diberi rakyat.

Namun, bukan ruang ini dan ketikanya untuk membincangkan perkara tersebut.

Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada para barisan hadapan yang berusaha dan bertungkus lumus berdepan dengan hentakan COVID-19 ke atas negara dan warga.

Tidak lupa juga kepada Kementerian Kesihatan dan kakitangan kerajaan dalam menggembeleng seluruh upaya dan kekuatan tatkala memastikan wabak ini ditundukkan.

Tuesday, June 9, 2020

Adakah Najib Boleh Lari Dari Kes SRC..??


 https://img.astroawani.com/2019-microsite/najib-razak-1mdb-fakta-astro-awani-1.jpg

Berdasarkan dari pendakwaraya dan juga keterangan melalui Pegawai Ambank mengesahkan Najib telah menandatangani siri cek dengan jumlah keseluruhan RM 10,776,514 kepada 15 individu atau entiti di antara 21 Januari ke 26 Februari 2015.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg97-pqsRrMSdTLzmTY71kQCxAcK24FwtBAihatW2xHvBIKWfZWUCI8DXf0ob5LT2WByLvmQu2FpahfpzUeoq9XRPuZXbHYmU6Nu59mAFfglAOK0i4MzSciztLUftDJ4rDGqJHxPCrOvfg/s1600/SRC.jpg

1- Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM 20 juta dari akaun SRC bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin oleh Syamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Bahagian Sungai Siput dan bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia.

2- Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM 3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman UMNO, Hafarizam Wan n Aisha Mubarak.

3- Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM 240,000 dari akaun peribadi Ambank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.

10 PENCAPAIAN MCA DALAM 100 HARI PEMERINTAHAN KERAJAAN PN..!!

Adrian Lim Chee En
(Orang Melayu jangan terkejut ye)


1. KUASAI PELABUHAN

Cina-cina Kafir-kafir telah berjaya menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik melalui lantikan Pengerusi Lembaga Pelabuhan yang baru. Antaranya Chong Sin Woon (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang), Tan Teik Cheng (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang) dan Koh Chin Han (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka). Semuanya Cina Kafir dan pemimpin masyarakat Cina yang pernah ketuai bantahan terhadap Jawi, bantahan terhadap RUU355 dan bantahan terhadap seni khat.

2. KUASAI RUANG UDARA

Jawatan CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum ini disandang oleh dua orang Melayu Muslim yang bernama Ahmad Nizar Zolfakar dan Dr. Zainul Fuad. Namun, berkuatkuasa 1 Jun 2020, khidmat CEO Melayu Muslim Dr. Zainul Fuad telah ditamatkan oleh MCA dan digantikan dengan CEO Cina Kafir baru yang bernama Chester Voo.

3. NAIKKAN PERUNTUKAN KOLEJ CINA SWASTA

Jika sebelum ini PH diratib kerana memperuntukkan RM40 juta kepada Kolej Swasta Cina TAR, kini MCA dengan bangganya umum mereka lebih hebat kerana menaikkan jumlah tersebut kepada RM58 JUTA. Semakan di laman Facebook TAR mendapati Kolej Swasta Cina milik MCA tersebut telah mengiktiraf UEC, malah biasiswa tanpa had (unlimited UEC scholarships) ditawarkan kepada pelajar-pelajar IEC melalui TAR Merit Scholarships.

Monday, June 8, 2020

MP BUKIT GANTANG - Rupa2nya dapat ghanimah.. patutlah serah borang lompat parti... !!

<


Rupa2nya dapat ghanimah.. patutlah serah borang lompat parti... nasiblah dunia nak buat macamana.. musim jual beli nie siapa buat tawaran terbaik maka dapatlah habuan dia...

TAHNIAH DATO' sebab jadi pengerusi LIM yang baru...


Saturday, June 6, 2020

AWAS!!E-WALLET @ E-DOMPET akan diambil data peribadi untuk daftar ahli DAP???

E-WALLET @ E-DOMPET!!!


1. Inisiatif e-tunai rakyat RM30 diperkenalkan bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor peruncitan.

2. Ianya adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan PH pada ketika itu untuk memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.

3. Seawal pengenalannya, ramai dari kalangan pembesar parti lebai mempertikaikan tahap keselamatan data peribadi pengguna yang kononnya boleh disalahgunakan.

4. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Attakiri yang pada ketika itu masih belum bergelar menteri mendakwa, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-tunai itu dan rakyat perlu membantahnya kerana tidak selamat.

5. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga timbalan ketua pemuda parti lebai mempersoalkan apakah berbaloi merisikokan data peribadi pengguna hanya untuk wang RM30.00?

6. Syahir Sulaiman, setpol kepada presiden parti lebai juga menggesa pengguna untuk memikirkan kewajarannya menuntut RM30 yang diberikan secara "one off" berbanding besarnya nilai data peribadi yang didedahkan itu.

Kenapa MAHATHIR terlalu sombong hendak berikan ANWAR jadi PM?


Jika dilihat daripada percakapan beliau sehingga saat ini belum lagi menyatakan beliau akan menyokong DSAI sebagai PM MALAYSIA...

Apa yang berbuku dalam diri beliau pun semua tak tahu tapi yang pasti itulah kenyataan dari beliau sampai saat ini... saksikan VIDEO dibawah...

Adakah kerana disebabkan RM4JUTA dikatakan MP PKR lompat sokong PN?


Nampaknya MP PKR ini adalah berstatus BEBAS sebab beliau sebelum ini adalah MP dari Sarawak yg sokong BN dan melompat sokong PH dengan masuk PKR.

Sekarang ini selepas dicongak dan dilihat beliau dikatakan melompat menyokong kerajaan PN adalah disebabkan duit RM4JUTA... Sila dengar penjelasan Iswardy Morni dalam video beliau..

MENTERI KPLB PERLU JELASKAN ISU MEMO PROJEK MEMBINA JALAN ULU TOMANI, TENOM, SABAH ATAU BERDEPAN TINDAKAN SPRM


5 Jun 2020


1. Merujuk kepada satu Memo Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) kepada Menteri KPLB iaitu Datuk Dr. Hj Abd Latiff Ahmad bertajuk *Menandatangani Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak Perlantikan Kontraktor Secara Terbuka bagi: Projek Membina Jalan Ulu Tomani, Tenom, Sabah,* YB Datuk Dr. Hj Abd Latiff yang juga ahli parlimen Mersing (UMNO) telah membuat minit Menteri keatas memo tersebut dengan tulisan jawi.

2. Tulisan Jawi yang bermaksud “Datuk KSU.. Dicadangkan ditender semula runding terus atau tender terhad.. terima kasih”.

3. Berdasarkan kronologi projek ini yang didedahkan oleh ADUN Kemabong, YB Jamawi Jafar menerusi laman sosial Facebook, projek ini telah mula mendapat perhatian kerajaan pada tahun 2012. YAB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal yang ketika itu merupakan Menteri KPLB (KKLW) telah melawat Kg. Bakuku, Kemabong dan meninjau perlunya Jalan Ulu Tomani dinaiktaraf dalam RMK 11.

4. Pada 2016, Lawatan Kerja Menteri KPLB (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri di Kg. Alutok, Kemabong telah meninjau projek yang sama dan memaklumkan projek ini telah disenaraikan dalam RMK 11.

5. Pada 2017 pula, Kementerian Kewangan telah melantik kontraktor pelaksana secara tender terhad dengan kos RM 178 juta. Namun, pada 2018, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan, Kementerian Kewangan telah membatalkan tender terhad tersebut dan akan dilaksanakan secara tender terbuka atas alasan kos projek yang terlalu tinggi.

Friday, June 5, 2020

APABILA AGAMAWAN SEMBUNYI CITA-CITA POLITIK DALAM JUBAH AGAMA!!!


(Tak perlu baca, panjang)


1. Akhirnya agamawan tersohor itu bertemu dalil untuk mengabsahkan sebuah pengkhianatan kepada mandat rakyat iaitu ayat 118, Aali Imran. Nas itu dipakaikan sentimen bacaan pada waktu tahajjud untuk menambah perisa bahawa nas yang dibacanya tepat untuk ditempel kepada pihak yang mahu ditempelnya.

2. Walaupun ayat itu jika disorot berlatarbelakangkan golongan munafik yang tidak lekang dengan permusuhan terhadap Nabi SAW, ia ditampal sebagai nas kepada persoalan selesakah dia dengan sebuah kerajaan yang tegak melalui pengkhianatan.

3. Seterusnya nas itu dicekak leher dan diheret ke sana-sini atas nama agama, atas nama anti golongan anti agama demi menonjolkan kepada umum bahawa dia adalah agamawan yang bertindak berpandukan nas. Padahal tindakannya berpandukan nafsu politik yang disimpan kemas dalam jubah agamawan.

4. Begitulah jadinya apabila agamawan ingin bergulat dengan krisis politik kepartian tanpa mahu menanggalkan jubah agamawan, nas akan ditempel sesuka hati. Jika nas itu dilihat oleh agamawan sebegitu berupaya menarik simpati awam untuk bersama-sama dengannya melawan kelompok politik yang dibencinya, di situlah nas itu ditempel.

Kenapa Dr MAZA berpusing macam wau putus ekor bila ditanya berkenaan Kerajaan PN??

Dari FB wall Abu Mishkat / Ali Muda 👇👇


Sebab Dr. Maza selesa dengan PN

1. Saya sudah tonton 2 kali video 11 minit Dr. Maza jawab 1 soalan sama ada dia selesa atau tak selesa dengan kerajaan PN. Terima kasih buat Dr. Maza kerana mengubat kerinduan netizen setelah lama menghilangkan diri dari persada alam maya. 

2. Dr. Maza tak menjawab soalan secara terus, tetapi berpusing jauh memberitahu dia banyak menerima tawaran jawatan dan habuan drp PN tapi dia tolak. Ni nak habaq mai dia ikhlas dan tak harap habuan!

3. Seterusnya dia pergi lagi jauh habaq dulu dia menentang BN kerana korup dan sudah terlalu lama memerintah. Dia juga kata asalnya tak percaya Dap akan buat masalah kepada negara jika memerintah.

4. Tiba2 dia terus serang Amanah dan sebahagian orang PKR yang menjadi penyebab keberanian banyak pihak membuat kenyataan mengguris hati umat Islam. Saya pun tak faham lagu mana Amanah dan PKR jadi sebab keberanian segelintir orang bukan Islam jadi kurang ajar itu. Sedangkan sebelum PH (Amanah sebahagian drpdnya) memerintah iaitu di zaman BN pun sudah golongan yang kurang ajar dan menghina Islam seperti MCA menghina hudud dan geng liberal Siti Kassim cakap lepas.

Ramai yang sokong Muhyiddin kekal daripada Mahathir kembali jadi perdana menteri.

Mahathir Mengekalkan Muhyiddin.

Biarlah Muhyiddin kekal sebagai PM sehingga habis penggal parlimen ke 14, daripada meruntuhkan kerajaanya kalau PMnya diserahkan kepada Dr Mahathir. 

Alasannya mudah, tunggak perjuangan PH adalah reformasi. Apabila kerajaan itu telah digulingkan semasa Mahathir jadi PM maka automatik beliau tidak layak lagi untuk terus jadi PM maka kedudukan itu perlu direform. Peletakan jawatannya tempoh hari tepat dan bertanggungjawab.

Seeloknya Mahathir sedar hakikat ini dan mereka yang terus membodeknya juga faham perkara ini.
Kalau Anwar berkeras untuk jadi perdana menteri sekiranya PH berjaya mendapat sokongan baik menerusi SD atau Piraum akan datang ia sangat munasabah. 

Rahsia kenapa Dr Shahruddin meletak jawatan didedahkan..!!!

Pimpinan Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.mendedahkan kenapa Dr Shahruddin meletak jawatan.. Belia telah memberikan penjelasan panjang lebar akan situasi tersebut berlaku.

nampaknya AHLI PARLIMEN pimpinan BERSATU kebanyakkan sekarang sedang seperti ank itik kehilangan ibunya.. dan mereka pula boleh bapak tiri yg sampai kesudah tak mengaku BERSATU tu anak dia...

Dari apa diperkatakan memang nampaknya BERSATU seakan menjadi PARTI 46 dimana mati tak ada kubur.

Monday, June 1, 2020

Oghang Kedah kata, kena kat oghang jadi singa. Kena kepala senighi dan² jadi pondan...!

ORANG LAIN DAN PUAK SENDIRI


Semasa orang lain jadi kerajaan.

"Arak haram. Kenapa masih jual? Nak jaga hati orang kafir? Kamu mahu kafir mabuk langgar orang Islam sampai mati? Orang Islam apa kamu ni reda dengan ibu segala maksiat. Nak masuk neraka?"
Semasa puak sendiri jadi kerajaan.

"Arak haram. Kita tak boleh larang orang kafir minum arak jika agama mereka benarkan. Jika mabuk, gunakan grab, jangan memandu. Kita kena fikir cara terbaik untuk kawal arak. Islam ada penyelesaian."

Oghang Kedah kata, kena kat oghang jadi singa. Kena kepala senighi dan² jadi pondan...!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Covid-19 : Orang kita masih dalam "honeymoon" mood dan mood festival..


Orang kita masih dalam "honeymoon" mood dan mood festival. Masih seronok cuti lama.

Kita tengok lepas 6 bulan ni, bagaimana keadaan yang dibuang kerja, yang freelance.. great depression di seluruh dunia akan sampai awal tahun depan. 

Sektor perlancongan sudah mula terkesan, Airlines rugi USD500 billion di seluruh dunia, hotel dah mula tutup, Air BNB pun dah mula dilelong, Selepas 6 bulan, kereta, rumah, akan mula dilelong. Ramai yang akan jatuh muflis.

Sektor perumahan, "sejuk" sangat sekarang. Kereta motor penjualannya jatuh teruk dalam 2 bulan yang lepas.

SME banyak yang tidak boleh nak sambung meniaga. Restoran pendapatannya separuh atau kurang separuh.

Di China, kilang dah dibuka, order tiada, di US 32 juta kehilangan pekerjaan.

Hutang isi rumah orang Malaysia tinggi dan simpanan rendah.