Friday, January 24, 2020

Masa TH disamun.. ada orang cakap KAMI PUAS HATI.. Kini bila PH pulihkan TH sebaliknya berlaku

𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗨 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗗𝗨𝗟𝗨...


Pak Ngah saja ingatkan hampa pasai isu TH ni, ingat lagi dak satu masa dulu, 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜
penjelasan (pengurusan lama) TH.

Masa tu, semua puaih hati, apa yang depa jelaih pun tak tau, masa tu Pak Ngah tau dah, Lebai bukan reti apa bab2 ekonomi ni, cagha kona akaun, manipulasi akaun, ataih kertaih nampak cantik, dalam akaun duit tak dak.

Pengurusan lama TH buat benda ni zaman BN, punca TH rugi, dan anak syarikat macam TH Plantations kena tanggung, ambik reba galaih bewak hidup.

TH diperkuda untuk kepentingan politik, anak syarikat TH dipaksa beli tanah itu, tanah ini, harga jauh lebih tinggi dari pasaran, akhiaqnya kamsen (komisen) pi ke poket orang politik.

Sudah 2 tahun memerintah.. peranan komunikasi media sosial PH lintang pukang tak terurus..!!


Sempena tahun baru ni.. demi mengukuhkan fungsi komunikasi kerajaan PH yg sering mendapat kritikan hebat sejak peralihan kuasa aritu...yg juga merupakan antara faktor terpenting yg bakal menentukan kerajaan ini betul kerajaan sepenggal atau tidak ... buat kesekian kalinya aku nak sarankan kepada kerajaan (kawan2 aku yg rapat ngan menteri pun byk..kalau baca posting ni dan rasa munasabah blh lah tlg panjang2kan..ikut pandai hampalah nak bgtau menteri macamana..) ...

Dari beratus juta peruntukan KKM tu ambillah dlm 5 juta ka..(bkn byk manapun nak bandingkan dengan ratusan juta bajet kementerian tuu) kumpulkan OTAI2 seperti IPOH MALI, RMS, KING JASON, WAFAUDIN dan lain2 yg berselerak dlm MEDSOS yg sampai hari ni aku tgk masih setia ngan PH.

Walau aku rasa depa ni x dibayar pun utk kerja2 cyber depa..tapi masih kental bertempur dengan MACAI dan WALAUN dgn kemampuan masing2 yg amat terbatas...

Jujur aku cakap...kepala otak depa ni..walau x ckp bagus smpai blh jadi Menteri atau hatta Ketua Kawasan mana2 parti PH sekali pun...sekali depa menulis dan buat posting.. diviralkan oleh penyokong2 PH di MEDSOS.. MAMPU MENGGONCANG jentera cybertrooper pembangkang...

Kerajaan carilah pakar system analyst mana2 yg berlambak...bayarlah 10, 20k utk depa develop sistem canggih2 yg boleh menjadi tapak utk OTAI2 ni curahkan 'kebolehan' depa.. sistem yg blh pantau performance otai2 ni..agar kerja2 depa blh dipantau dgn mudah.....semudah hujung jari menteri.

Apabila tiada lagi "WAHYU POLITIK" dalam Tabung Haji..!!



Cerita Tabung Haji Plantation (THP) tu mudah je.

THP pernah berada zaman kegemilangan sehingga tahun 2013-2014. Duit banyak. Akhirnya masuklah “wakil-wakil orang politik dalam tu” dan membuat pembelian ladang-ladang pada harga tinggi dengan penilaian salah (faham-faham sendirilah bila beli harga “mark up” ni tujuan apa).

Bermula 2015 THP mulai rugi. Ladang-ladang yang dibeli tidak menjana keuntungan. “Orang politik” nak cover rugi tak bagi rakyat tahu kerja jahat diorang maka mula jual ladang senyap-senyap. Gemas dan di Terengganu. Tak cukup lagi sebab hutang dah meninggi, datang “wahyu” untuk induk Tabung Haji bagi “subsidi” tiap tahun kepada THP untuk nampak untung. Akhirnya Tabung Haji (yang pegang duit pendeposit nak gi haji) terpaksa tanggung. Meranalah TH bertahun-tahun.

Bila kerajaan bertukar, tiada lagi wahyu politik. Yang ada hanya arahan dari Mujahid agar semuanya diperbetul balik. Tiada lagi campurtangan politik, hanya golongan profesional diberi peranan untuk perbetul balik TH dan THP untuk kepentingan masa hadapan.

Buah Tangan Mujahid selepas pulang bermesyuarat dengan menteri haji & umrah Arab Saudi buat jamaah haji Malaysia


Dedah Fakta mengikuti dengan rapat, apa buah tangan di bawa pulang Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusuf sekembalinya beliau menghadiri Mesyuarat Tahunan Haji 2020 bersama Dr. Mohamad Saleh Taher Bentan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

Selepas mengikuti sidang media beliau, DF melihat beberapa penambahan dan keistimewaan diberikan Kerajaan Saudi kepada jamaah Haji Malaysia untuk musim Haji Tahun 1441H.

Pertamanya, Alhamdulillah Malaysia diberi kenaikan kuota haji dari jumlah 30,200 orang tahun 2019, kepada 31,600 orang tahun 2020. Pertambahan ini melibatkan angka sebanyak 1400 orang.

DF melihat kenaikan kuota ini berita baik ditunggu seluruh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang sedang menunggu giliran haji, dengan adanya pertambahan kuota ini, tempoh menunggu giliran haji pada masa akan datang dapat dikurangkan.