E-WALLET @ E-DOMPET!!!
1. Inisiatif e-tunai rakyat RM30 diperkenalkan bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor peruncitan.
2. Ianya adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan PH pada ketika itu untuk memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.
3. Seawal pengenalannya, ramai dari kalangan pembesar parti lebai mempertikaikan tahap keselamatan data peribadi pengguna yang kononnya boleh disalahgunakan.
4. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Attakiri yang pada ketika itu masih belum bergelar menteri mendakwa, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-tunai itu dan rakyat perlu membantahnya kerana tidak selamat.
5. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga timbalan ketua pemuda parti lebai mempersoalkan apakah berbaloi merisikokan data peribadi pengguna hanya untuk wang RM30.00?
6. Syahir Sulaiman, setpol kepada presiden parti lebai juga menggesa pengguna untuk memikirkan kewajarannya menuntut RM30 yang diberikan secara "one off" berbanding besarnya nilai data peribadi yang didedahkan itu.