Tuesday, June 1, 2021

Mulanya KEJAHATAN, Tengahnya KEBODOHAN, Hujungnya KEROSAKAN.. ITULAH KERAJAAN PN..!


 Pemulaannya KEJAHATAN..
PertengahannyaKEBODOHAN..
PenghujungnyaKEROSAKAN...


KEJAHATAN.
Bermula dgn langkah Sheraton. Berlaku aktiviti membeli dan merasuah MP2 agar berpaling tadah. Akhirnya dgn kejahatan, sebuah kerajaan yg dipilih rakyat melalui proses yg sah, tumbang.

Tidak cukup dgn merampas Putrajaya, Negeri2 di bwh Pakatan Harapan juga perlu 'dirampas'... Maka berlakulah terus proses membeli wakil2 rakyat di peringkat negeri...hasilnya, beberapa negeri turut tumbang. Bermula dgn Johor, diikuti Perak, Kedah dan Melaka... Kemudian kejahatan ini di bawa menyeberang Laut China Selatan, ke negeri Sabah.

Satu demi satu wakil rakyat dibeli. Tetapi, kali ini, TYT Sabah lebih bersifat terbuka. Serahkan kembali mandat kpd rakyat yg akhirnya memaksa sebuah Praya Negeri diadakan. 
Bermulalah episod serangan covid19 yg kembali menggila.

KEBODOHAN
Satu demi satu kes covid19 menyerang. Dari angka puluh, naik menjadi ratus dan kemudian meningkat naik menjadi ribu. Dari bulan Sept 2020 sehingga ke hari ini, kes hanya turun sedikit di sekitar bulan 2 dan 3, 2021, namun terus mencanak naik sehingga mencecah angka 'puluh ribu'.

Dari kebodohan kerajaan pengkhianat, ketara benar tindakan2 mereka semuanya serba tak kena. Buat PKP, PKPD, PKPB dan PKPP...semuanya tak berkesan. 

Kebodohan diteruskan lagi dgn mengisytiharkan 'darurat'. Konon dgn mengisytiharkan darurat, angka covid dapat diturunkan, namun berlaku sebaliknya. Angka covid semakin menggila.

Panik dgn angka yg semakin naik, kebodohan mereka diteruskan lagi dgn SOP demi SOP yg saban waktu berubah ubah... Hari ni lain, esok lain, lusa tukar lagi, tulat ada SOP baru lagi... begitulah kebodohan demi kebodohan diteruskan...

KEROSAKAN
Akhirnya apa yg rakyat terima adalah 'kerosakan'. Sistem demokrasi rosak, sistem pendidikan rosak, sistem sosial rosak, sistem perundangan rosak. Ekonomi rakyat merudum, pengangguran dan pembuangan pekerjaan semakin melebar. Anak2 jadi keliru. Yg nak ambil SPM, keliru. Yg di universiti, keliru. Cikgu2 sekolah dan Pensyarah2 universiti keliru.
Yg berniaga tepi jalan, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Yg buka kedai makan, sekejap tutup pkl 10, skjp pkl 8 mlm dh kena tutup. Nak balik raya, ziarah mak bapak tak boleh, pegi melancong sambil main judi di Genting Highlands boleh!

Semua jadi keliru. Kerosakan demi kerosakan terus membarah.

Covid19 masih terus bermaharajalela!...

๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

No comments:

Post a Comment