Wednesday, June 2, 2021

PN BERJAYA ALIH ISU, KESUDAHAN DIA RAKYAT YANG GADUH SESAMA SENDIRI..!


 Satu kebodohan rakyat bergaduh sesama sendiri

AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA SERTA KERJA HALUS KHADAM JKOM MENJILAT PN..

Byk juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yg berkata demikian bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dgn agenda 'swing' isu dari kelemahan sendiri kpd pihak lain...

Peranan ini tidak akan berjaya jika tidak ada hulubalang2 yg setia mempertahankan apa sahaja kerja buat pemerintah walaupun hakikatnya ia terang2 salah..

Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan isu.

Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi tidak mahu atasi dgn idea2 negara luar dgn percepatkan vaksinasi.

Apa yg dimaksudkan peralihan isu...? Mereka tuduh rakyat Malaysia anti vaksin dan tidak mahu mendaftar. Bila rakyat mahu mendaftar sistem jam. Bila rakyat mahu divaksin, progres vaksinasi mereka yg lembab hingga berjuta terpaksa menunggu. Jadi salah siapa skg ini... apa lagi yg rakyat perlu buat?

Kemudian bila mereka mahu lakukan lockdown... media seperti diarahkan kononnya rakyat 'panic buying'. Jadi yg poyo2 konon2 bijak tapi malas berfikir ini senadalah dgn propaganda..." tgk bodoh mereka bersesak sesak ke supermarket itulah punca kes meningkat. Buat apa beli byk2 bukannya kedai tu tutup esok."

Sebenarnya di setiap hujung bulan memang rakyat ramai ke Hypermarket utk membeli barangan dapur dgn jumlah yg byk. Apatah lagi bila tahu berlaku total lockdown pastinya SOP lebih ketat, jadi adalah wajar mereka membeli barangan dapur utk simpanan 2-3 minggu di rumah. Mana lebih efisen beli barang utk stok 2-3 minggu atau beli barangan dapur setiap 2-3 hari?

Yg poyo marahkan rakyat ini ada dia nak tegur kenapa Genting Highland dulu masih beroperasi? Adakah mereka ingin menegur kenapa kilang2 masih banyak dibuka sdgkan disitulah punca 60% tersebar Covid19?  Tahukah mereka berpuluh ribu kilang dibenarkan beroperasi... jadi siapa yg diperbodoh skg ni? Confirm la kita...

Adakah mereka ingin menegur atau marahkan kerajaan kenapa kilang arak beroperasi... adakah lockdown bermaksud minum arak banyak2? Jika kilang tak ditutup.. jgn mimpi kes akn dpt dikurangkan segera. Jadi kita akan terus ditakutkan dgn nombor. 

Pernah rakyat yg marahkan rakyat ini mahu maki ramai2 Menteri yg melanggar SOP. Yg bawa janda ke sana sini waktu PKP? Betul lah kata seorang Prof kpd saya... minda org Melayu ini mudah di kotak katik. Timbulkan panik... kita dituduh panik.

Cukup2lah kita sesama kita bergaduh. Sekali lagi saya katakan rakyat dah redha negara lockdown beberapa bulan. Tutup buka tutup buka...hingga beribu hilang perniagaan dan pekerjaan. Jadi saya kata stop menulis di wall menyalahkan rakyat. 

Sdgkan pembelian vaksin pun tidak telus kos pembeliannya. Dgn kerajaan Selangor pun tidak telus datanya. Sistem pendaftaran sampai RM 70 juta... please rakyat... jgn jadi hamba. Saya juga dulu pernah menulis kenapa tidak gerakkan tentera utk proses vaksinasi. Hari ini ramai yg memberi pendapat yg sama. Mereka yg lembab kenapa kita yg bebal...jadi sb itu ia adalah sebuah kerajaan yg gagal.

#kerajaanpngagal 
#KerajaanGagal 
#PMBodoh 
#KerajaanBodoh 
#walaunbodoh

1 comment:

  1. To be fair lah. UMNO satu ketika dulu merupakan parti yang terlalu kukuh hingga orang Kedah kata, "Letak lembu sebagai calon UMNO pun gerenti menang". Kita lihat bagaimana orang Melayu berebut-rebut untuk menjadi calon dan memegang jawatan penting UMNO bukan sahaja untuk mendapatkan kuasa tetapi yang penting adalah ..... (tahukan). Sebelum duit menjadi raja, ahli-ahli UMNO adalah pejuang yang setia, patriotik dan jujur. UMNO terlalu berajakan duit sehingga mengakibatkan kejatuhannya pada PRU lepas. So, sempat juga 2 tahun sebagai pembangkang dan yang peliknya, jiwa pembangkang itu macam dah sebati walaupun bersetuju bermuafakat membentuk kerajaan sekarang. UMNO dalam perhimpunan Agung telah bersumpah "No DAP, No PKR". Adakah mereka berani melanggar sumpah yang telah dilafazkan?

    ReplyDelete