Punca kenaikan harga barangan runcit.
Pelbagai alasan telah dikemukakan atas kenaikan harga barangan runcit yang kini menjadi isu hangat di kalangan masyarakat khususnya B40. Kerajaan dan kementerian berkenaan sedang mengkaji dan ingin menyelesaikan isu ini.
Ada beberapa pandangan dan tuduhan terutamanya ketidakcekapan kerajaan dalam hal ini yang mungkin menjadi relevan sebab penderitanya adalah rakyat biasa dan bukan orang atasan.
Perkenalan PKP dan PKPD selama 2 tahun oleh kerajaan adalah satu tindakan yang wajib walaupun ia telah menganggu gugat kestabilan ekonomi negara kita. Tetapi, kaedah yang diperkenalkan itu amat kurang memuaskan dan seperti biasa kita telah GAGAL dalam usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ini sampai hari ini.
Disebabkan oleh implikasi PKP yang berterusan, semua bahan mentah tersebut gagal sampai ke industri masing-masing untuk pengeluaran.
Saya tidak menyalahkan usaha kerajaan memperkenalkan PKP bagi menghapuskan Covid-19 ini, tetapi saya hanya berasa kesal dan sedih atas tindakan yang kurang bijak seperti memperkenalkan pelbagai PKP yang membuat rakyat menderita. Sepatutnya, PKP yang 100% ketat selamat 14 hari atau sebulan mungkin dapat mengatasi masalah Covid-19 ini dengan lebih efisyen dan sempurna.
Ramai yang hilang punca pendapatan dan telah menjadi pengemis ditepi jalanraya dan persimpangan lampu trafik dengan menjual bungkusan makanan seperti nasi lemak dan potongan buah mangga. Tetapi kita juga dapat melihat bahawa gaji lumayan kepada ahli-ahli politik yang sedang menjawat jawatan setaraf dengan Menteri tidak pernah terjejas. Tidak lupa juga dengan CEO GLCs yang sanggup menerima gaji hampir RM 1Juta sebulan yang sangat tidak patut.
Ahli-Ahli Politik tersebut tidak pernah rasa susah untuk mendapatkan sesuap nasi seperti yang dialami oleh rakyat jelata. Tetapi mereka ini melayar diperantara kononnya untuk menarik pelaburan melaui perbelanjaan wang rakyat.
Ada pula ahli politik yang menguasai GLC sampai tidak pernah menguntungkan syarikatnya setiap tahun disebabkan oleh penerimaan gaji dan elaun yang lumayan.
Di manakah arah negara kita yang menjamin kesejateraan rakyat?
Saya menyeru kepada kerajaan pusat untuk memberi tumpuan utama kepada isu semasa rakyat dan bukan lagi bersekongkol atau merasa gembira dengan kemenangan PRN Melaka baru-baru ini. Sebagai kerajaan, mereka patut bertanggungjawab kepada rakyat. Program-program prihatin untuk memulihkan ekonomi negara perlu dijalankan dengan kadar yang segera dan tidak lagi bermain dengan nasib masyarakat yang tidak berdosa.
V.Papparaidu
#KerajaanGagal
#MalaysiaforMalaysian
#KeluargaMalaysia
iklan
No comments:
Post a Comment