Thursday, February 11, 2021

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal dalam urus tadbir PKP 2.0

Kenyataan Pemuda AMANAH Kedah


11 Februari 2021 | Khamis


Kerajaan Perikatan Nasional Gagal dalam urus tadbir PKP 2.0.


Sekejap begini, sekejap begitu itulah boleh dirungkaikan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkaitan pematuhan SOP. Ini menunjukkan kegagalan urus tadbir dan tidak bersistematik. Apa makna PKP 2.0 serta Proklamasi Darurat diadakan sekiranya setiap hari kes positif meningkat dan kadar kematian harian membimbangkan.


Perihal yang berlainan adalah SOP yang diadakan dikategorikan pada dua iaitu marhein dan bangsawan. Mengapa terjadi begini? Adakah SOP ini untuk rakyat marhein sahaja dengan tindakan yang drastik tangkap,reman dan dakwa? Kalau di negara-negara lain SOP diperkenalkan untuk semua rakyatnya tidak mengira latar belakang. Umpama pepatah ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus hakikatnya tidak sebegitu.


Terbaru Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri membenarkan waktu  operasi kedai makan dalam premis dengan garis panduan baru iaitu satu meja hanya dua orang. Sepatutnya perihal ini telah dijalankan lebih awal bukannya setelah didesak. Rata-rata pengusaha premis terpaksa menutup premis yang dijalankan dan ada yang gulung tikar. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa PKP 2.0 ini gagal mencapai matlamat yang sebenar dan benar-benar menekan rakyat bawahan.