BILA PAS MAHU TUNAIKAN JANJI UNTUK SELESAIKAN KOS SARA HIDUP?
1. Rungutan orang ramai tentang kenaikan harga barang terutama barang mentah dan segar seperti ayam, telur dan sayur di waktu Ramadhan ini dan dijangka meningkat lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah sahih. Keadaan ini turut diakui kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Che Abdullah Mat Nawi pada 17 April lalu. Kenaikan harga barang sudah pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan ia berlaku akibat inflasi adalah amat membimbangkan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan PN menguruskan ekonomi negara dengan baik.
2. Inflasi jika tidak dikawal akan menyebabkan krisis ekonomi rakyat semakin kronik, apatah lagi kadar pengangguran yang meningkat kepada 782,500 orang pada kadar 4.9 peratus pada Januari 2021. Jika indiviu yang bekerja sekalipun, gaji yang diterima tidak cukup menangani kos sara hidup sepertimana gaji graduan hanya sekitar RM1,001 hingga RM1,500. Setakat hari ini, tiada apa-apa perancangan strategik kerajaan PN menangani masalah kos sara hidup rakyat. Infliasi pula dijangka meningkat kepada 5 peratus dan keadaan ini menunjukkan PN tiada kehendak politik (political will) untuk menyelesaikan masalah rakyat.