Monday, April 19, 2021

TUN M: SIAPA PENYANGAK?


 TUN M: SIAPA PENYANGAK?

Tun M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan tidak ada individu yang digelarnya “penyangak".

Dia dakwa seluruh rakyat Malaysia tahu susuk tubuh "penyangak" yang dimaksudkannya. Semua orang tahu dia tuju kepada Najib.

Sebenarnya Tun M amat takut dengan Najib. Najib adalah penghalang utama agenda besar beliau untuk naikkan Mukriz sebagai Perdana Menteri.

#KERAJAANGAGAL | BILA PAS MAHU TUNAIKAN JANJI UNTUK SELESAIKAN KOS SARA HIDUP?


 BILA PAS MAHU TUNAIKAN JANJI UNTUK SELESAIKAN KOS SARA HIDUP?


1. Rungutan orang ramai tentang kenaikan harga barang terutama barang mentah dan segar seperti ayam, telur dan sayur di waktu Ramadhan ini dan dijangka meningkat lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah sahih. Keadaan ini turut diakui kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepertimana kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Che Abdullah Mat Nawi pada 17 April lalu. Kenaikan harga barang sudah pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan ia berlaku akibat inflasi adalah amat membimbangkan. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan PN menguruskan ekonomi negara dengan baik.  


2. Inflasi jika tidak dikawal akan menyebabkan krisis ekonomi rakyat semakin kronik, apatah lagi kadar pengangguran yang meningkat kepada 782,500 orang pada kadar 4.9 peratus pada Januari 2021. Jika indiviu yang bekerja sekalipun, gaji yang diterima tidak cukup menangani kos sara hidup sepertimana gaji graduan hanya sekitar RM1,001 hingga RM1,500. Setakat hari ini, tiada apa-apa perancangan strategik kerajaan PN menangani masalah kos sara hidup rakyat. Infliasi pula dijangka meningkat kepada 5 peratus dan keadaan ini menunjukkan PN tiada kehendak politik (political will) untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

APAKAH KERAJAAN PN PUNYA PASAL YANG MENYEBABKAN PELABUR TAK MASUK?


 Shahidan Kasim kata netizen bantai kerajaan adalah punca pelabur tak masuk & dalam negara sendiri lari keluar? Ni menteri kayu wakil dari mana, ppbm ka @ umno ?


Pelabur yg ada dalam Malaysia lari ke negara jiran & hat yg baru tak masuk itu bukan di sebabkan netizen. Itu semua adalah di sebabkan pentadbiran tebuk atap ini GAGAL & tidak kompeten. Sebuah pentadbiran yg korup!


Cuba lihat berapa banyak kes berprofil tinggi di mahkamah di "Lepas tanpa Bebas". Ada nk penjarakan dan dakwa ? Baru masuk pendakwaan pertama kes, tiba2 lepas tanpa bebas. Gebang ja kata nak penjara dan kununnya tidak bertolak ansur dgn ketirisan & salahguna kuasa. Yg rakyat lihat pentadbiran tebuk atap bersungguh nak siasat & penjarakan ialah Zahid Hamidi & Najib ja. Itu pun pasai kes besar yg di kenali dunia melibatkan Jho Low, kalau tidak berkemungkinan juga setara dalam kelab yg sebaris dgn Musa Aman di Sabah... Hasanah dari ketua unit risikan MEIO yg terkait USD12juta dll.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...