Tuesday, June 15, 2021

ANWAR BERIKAN CARA DAN KAEDAH NAK ATASI MASALAH PANDEMIK DAN EKONOMI NEGARA..


 Strategi Keluar Dari Pandemik

1) Mentor saya pernah sebut pada saya yang "when you come to me with a problem, you better have a solution ready". Benda ini yang saya pegang dari dulu yang mengajar saya untuk berfikir secara kritikal sebelum bertanya. Sebab itu bila saya menulis atau mengkritik, saya sudah ada penyelesaian terhadap apa yang saya kritik. Jadi sebab saya kritikal, saya tak kisah kalau orang hendak kritik saya balik; it works both ways, baru dari situ kita boleh bezakan idea mana yang bagus.

2) Saya baru tonton strategi Keluar Dari Pandamik oleh Anwar Ibrahim dan saya sendiri amat berpuas hati dengan penjelasan beliau. Cara yang dipakai dan laras bahasa nampak macam yang memberi penerangan itu tahu dan pakar dalam bidang dia (subject matter expert). Sebab itu Anwar bawa sekali Dr Wan Hasni untuk membantu beliau memberi penerangan untuk cover mana-mana yang kurang. 

3) Strategi Anwar untuk keluar dari pandamik sangat jelas. Satu, kenal pasti masalah yang sedia ada, kedua; merancang rawatan untuk masalah tadi dan ketiga; rancangan masa hadapan (masa panjang) selepas keluar dari masalah tadi. 

RAKYAT BAYAQ GAJI MENTERI, LAST BUAT RAKYAT MACAM KULI..!


 Cik aun oi... Aku tak guna minyak sawit pun. Aku masak guna minyak sunflower. Aku bising soal harga minyak bukan sebab aku tak mampu, tapi aku fikirkan orang lain. Dan juga persoal tanggungjawab kerajaan.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencipta sebuah kehidupan yang sempurna buat rakyat. Memberi mereka akses kepada hidup yang berkualiti pada kos yang mereka mampu.

Ayat kalau kalau cuma mampu beli minyak 1kg, jangan beli yang 5 kg dalam botol itu adalah ayat orang dungu. Setiap rakyat berhak beli yang botol 5kg. Kalau rakyat tak mampu, kerajaan kena jadikan mampu.