Friday, June 18, 2021

TAHNIAH PN... sudah 600K isi rumah M40 sudah jatuh ke kategori B40..!!!

 

Ini yang aku katakan. Akan datang M40 akan mengecut dan B40 akan berkembang. Kalau PN memerintah dan tiada langkah drastik diambil, menjelang Jun 2022 kita mungkin tinggal T20, M20 dan B60.
Lebih parah lagi, mungkin T10, M20 dan B70. Yang M20 tu bukan mereka yang dapat kekal dalam kelompok itu. Tapi 50% adalah mereka yang jatuh dari kelompok T20. Itulah yang kau risaukan.
Dah lama dah aku sebut benda ni. Sebab tu aku pernah tulis aku sanggup lihat PH bersama UMNO asalkan PN jatuh. Kerana kerosakan yang PN bawa memang tidak terbendung. Kita semua akan kena kesannya.
 
astro awani - KLIK SINI 

PERBEZAAN ANTARA UMNO DAN PAS WALAUPON SAMA2 DALAM KERAJAAN PN, TAPI PAS MENYOKONG KEMUNGKARAN


Pemimpin2 tertinggi Umno seperti Najib, Zahid, KP Pemuda Umno dll pemimpin Umno,  ada banyak juga yang bersuara perjuangkan permasalahan rakyat ketika ini dan banyak mengkritik Muhyidin Kerajaan PN.

Kecuali MP2 UMNO yang dapat jawatan dengan Muhyidin, puak2 ini bermasalah sikit.

Hadi Awang jarang rakyat dengar sebut kos sara hidup meningkat yang membebankan rakyat sejak Muhyidin jadi PM sailang jawatan.

Hadi tak krikitik pon kesalahan, kelemahan yang tersangat lemah Muhyidin mentadbir.

PAS tak pernah sebut perlunya buka parlimen segera.

APABILA TITAH TUANKU DIREMEHKAN, BAGAIMANA PULA DENGAN SUARA RINTIHAN RAKYAT?


 Rakyat minta dia tutup kilang untuk seketika, dia kata Covid naik sebab ziarah raya. 

Lalu dia tutup masjid dan peniaga kecil tapi benarkan kilang.

Rakyat suruh dia buat Full Lockdown, dia buat Fool Lockdown.

Rakyat kata kerajaan gagal kawal Covid, dia kata kerajaan berjaya sebab kes hanya 4,900 sehari dan bukan 13,000.

Rakyat tuntut moratorium pinjaman automatik, dia jawab kerajaan tak kawal bank.

Rakyat minta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0, dia kata KWSP bukan bank.